Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Rumah rehat dalam hutan

View previous topic View next topic Go down

Rumah rehat dalam hutan

Post by Park Deen on Sun May 06, 2012 4:14 am

Rumah rehat dalam hutan (Kosmo)









KUNJUNGAN ke Rumah Rehat Adeline di Kampung Geruntum, Gopeng, Perak
cukup signifikan lebih-lebih lagi kerana faktor lokasinya yang agak jauh
ke dalam hutan.

Perjalanan dari pekan Gopeng yang sejauh tujuh kilometer sahaja
dirasakan mencabar. Pengunjung perlu mendaki laluan berliku yang cuma
muat dilalui oleh sebuah kereta.

Ironi, Rumah Rehat Adeline bukan untuk penginapan semata-mata bahkan
turut menawarkan pakej aktiviti luar yang menarik seperti jungle
trekking, redah jeram, abseiling air terjun dan meneroka Gua Tempurung.

Kedatangan kru Jurnal baru-baru ini disambut mesra oleh pemiliknya, Adeline Kuo Yoon Moy, 46.

Memulakan bicara, wanita berketurunan Cina itu berkata, reka bentuk
rumah rehat itu berkonsepkan rumah Orang Asli yang beratapkan nipah
selain menggunakan buluh dan kayu hutan.

Hampir 90 peratus rumah rehat itu menggunakan bahan-bahan tersebut.

Rumah penginapan itu dilengkapi kemudahan air panas dan sajian
makanan. Biliknya pula dipasang kipas dinding. Namun, tutur Adeline
dengan jujur, ia tidak menyediakan televisyen.

"Saya ingin pengunjung benar-benar berehat di sini. Kemudahan
internet juga tiada kerana kawasan ini terletak jauh ke dalam hutan,
apatah lagi isyarat telefon.

"Jadi, pengunjung dapat berehat dengan selesa dan merasai ketenangan
suasana hutan di sini. Sebagai ganti, mereka boleh mengikuti pelbagai
aktiviti luar yang mendebarkan," katanya yang merupakan anak jati pekan
Gopeng.



RUMAH rehat ini turut menyediakan masakan tradisi ala kampung.




Di laman rumah rehat, terdapat buai-buai rajut yang terikat pada
pokok untuk pengunjung berehat santai sambil menyaksikan keindahan
pohonan menghijau.

Kata wanita yang selesa berpakaian ringkas ini, lapan tahun lalu
beliau hanya berniat membuka rumah rehat itu untuk memenuhi hobinya yang
suka memasak.

"Daripada hobi ia menjadi satu perniagaan yang membanggakan.
Bermodalkan RM5,000 sewaktu mula beroperasi, kini rumah rehat ini
berkembang pesat dengan mempunyai 18 buah rumah rehat dan 10 buah vila.

"Saya juga mempunyai 33 orang pekerja yang terdiri daripada Orang
Asli suku Senoi Semai," katanya yang hanya berkelulusan tingkatan tiga.

Kadar penginapan bagi rumah rehat bermula daripada RM138 termasuk
makan pagi, tengah hari dan malam. Bagi vila pula ia bermula daripada
RM188 seorang termasuk makanan.

Bagaimanapun, harga penginapan tersebut tidak termasuk pakej aktiviti
luar memandangkan kadar bayaran dikenakan mengikut jenis aktiviti.

Berbeza

Adeline yang gemar memasak menambah, pada musim buah-buahan
pengunjung berpeluang menikmati buah-buahan seperti rambutan, langsat,
manggis, ciku, duku dan langsat secara percuma.

Rumah rehat ini masih dikelilingi pokok getah yang merupakan sumber ekonomi utama penduduk negeri Perak sebelum ini.

Suasana seperti di dalam hutan cukup dirasakan apabila sebatang anak
sungai mengalir berhampiran rumah-rumah buluh tersebut, sekali gus
mewujudkan satu bunyi yang harmoni.

Setelah penat berbicara, tiba masa untuk tidur.

Walaupun tiada katil mewah disediakan, hanya tilam nipis menjadi alas, nikmat tidur berlantaikan buluh juga cukup menyegarkan.

Aktiviti luar disediakan Rumah Rehat Adeline pasti menguji tahap adrenalin.

Pengurus aktiviti lasaknya, Jamjahuri Ahmad memberitahu, tarikan
utama adalah aktiviti redah jeram di Sungai Kampar yang terletak lebih
kurang lima kilometer dari rumah rehat itu.

Pengunjung pasti berdebar dibawa ke Sungai Kampar menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau lori kecil.



MENGHARUNGI arus Sungai Kampar yang deras pasti membangkitkan keterujaan.




Laluan sempit melalui jalan-jalan kampung di samping mengelak daun
pokok kelapa dan kelapa sawit semasa perjalanan pasti akan diingati
selamanya.

Mengharungi Sungai Kampar untuk aktiviti redah jeram menggunakan bot
getah begitu mendebarkan kerana tetamu perlu melepasi jeram-jeram yang
agak mencabar.

Menjelajah Gua Tempurung yang berusia hampir 400 juta tahun dan
terbentuk daripada formasi hebat batu kapur dan marmar yang indah pula
pasti meninggalkan momen manis kepada pengunjung.

Jamjahuri memberitahu, bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki
ke gua itu tidak perlu gusar kerana kebanyakan laluan di kawasan curam
dan bertebing telah dipasang tangga demi keselamatan pengunjung.

"Pengunjung pasti terpesona melihat pelbagai formasi stalagmit dan
stalaktit yang terbentuk daripada larutan air batu kapur termasuk juga
batu marmar yang terdapat di kawasan sungai," katanya.

Masih tidak cukup lagi?

Menuruni air terjun menggunakan tali di Kampung Ulu Geruntum yang
terletak lima kilometer dari rumah rehat itu pasti memberikan sudut
berbeza kepada penggemar aktiviti lasak.

Air terjun setinggi tujuh meter cukup mendebarkan.

Bagi seorang jurutera komputer yang berasal dari Mesir tetapi menetap
di Australia, Asser Samak, beliau agak takut untuk memulakan aktiviti
tersebut.

"Arus deras air terjun dan pergerakan menuruni air terjun dari atas puncak sungguh mendebarkan.

"Ini kerana kawasan di bawah air terjun bukan kolam sebaliknya batu sungai," katanya.



GUA Tempurung sudah berusia berjuta-juta tahun.



Pengunjung juga berpeluang melihat rama-rama spesies Rajah Brooke yang kini dilindungi kerana hampir pupus.

Spesies rama-rama terbesar di negara ini itu mempunyai warna yang cukup unik seperti hijau, kuning, hitam dan merah.

Malah, rama-rama itu didakwa mampu terbang dengan laju selain
keistimewaannya menghisap air garam yang mengalir di tepi batu sepanjang
Sungai Kampar.

Rama-rama ini juga bijak melarikan diri dengan pantas selain mampu mengesan kehadiran manusia dari jarak yang jauh.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum