Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Derita manusia albino Afrika

View previous topic View next topic Go down

Derita manusia albino Afrika

Post by Park Deen on Sun May 06, 2012 4:12 am

Derita manusia albino Afrika (Kosmo)



Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


MEREKA yang hidup dengan albanisme sering didera fizikal dan mental.




SEKILAS pandang ramai pasti akan terpesona dengan kulit mereka yang sangat putih selain rambut keperang-perangan.

Namun, mereka mengalami masalah penglihatan dan amat sensitif pada cahaya matahari.

Begitulah nasib golongan albino iaitu individu yang mempunyai
penyakit metabolik kongenital yang diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa
mereka.

Albino berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘albus’ yang bermaksud
putih. Penghidap penyakit ini mempunyai ciri-ciri seperti
hipopigmentasi pada mata, kulit dan rambut.

Hakikatnya, individu yang hidup dengan albanisme sering didera secara fizikal dan mental di benua Afrika.

Lebih berbahaya, legenda dan kepercayaan karut boleh mengancam nyawa si penghidap.

Sebagai contoh, di Tanzania, penangkapan dan pembunuhan golongan
albino telah bermula sejak tahun 2007 oleh bomoh dan pengamal ilmu
hitam.

Mereka percaya bahawa manusia albino boleh dijadikan ramuan ajaib bagi pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan.

Lain pula halnya di Zimbabwe apabila satu kepercayaan karut menjadi
ikutan ramai iaitu lelaki penghidap HIV boleh sembuh jika mengadakan
hubungan seks dengan wanita albino.



Genetik

Menurut pengasas organisasi kebajikan yang membantu individu yang
hidup dengan albanisme, The Same Sun, Peter Ash, segelintir masyarakat
di negara-negara Afrika memandang penghidap albino dengan pandangan yang
negatif.

“Benua Afrika berbeza dengan Eropah. Sebanyak 95 peratus kanak-kanak
albino merupakan anak pasangan yang sama-sama berkulit hitam.

“Bayangkan jika anda dan isteri berkulit hitam. Kemudian, isteri
anda melahirkan zuriat yang mempunyai kulit yang sangat putih. Pasti
pelik bukan?

“Lebih-lebih lagi tahap pendidikan yang rendah menyebabkan mereka
tidak mengetahui penyakit itu disebabkan oleh gangguan genetik,” cerita
Ash.

Katanya lagi, individu albino bukan sahaja diperlakukan seperti
haiwan untuk seks dan aktiviti ritual malah keluarga yang mempunyai
anak dengan penyakit genetik berkenaan terdorong untuk membunuh anak
mereka.

Satu kes yang menyedihkan berlaku pada Ogos 2010 apabila kanak-kanak
albino, Esther Morra dari Kenya dibunuh oleh ibunya sendiri.

Semasa perbicaraan mahkamah, ibu Morra mendakwa suaminya telah mempengaruhinya supaya dia membunuh anak mereka itu.

Katanya, sejak Morra dilahirkan, keluarga mereka sering ditimpa
malang manakala taraf kewangan keluarga merudum. Peliknya, dia hanya
dipenjarakan selama setahun manakala suaminya terlepas.

Selain itu, ramai wanita Afrika yang diceraikan oleh suami kerana
melahirkan anak albino. Mereka dituduh melakukan hubungan seks dengan
lelaki berkulit putih atau disihir.

Ash memberitahu, selain pembunuhan dan jenayah seks, beberapa
anggota badan individu yang hidup dengan albanisme diperdagang untuk
pasaran di utara dan timur Afrika bagi tujuan ilmu hitam.

Berdasarkan beberapa laporan akhbar dan sumber tertentu, kira-kira
100 orang yang menghidap albino telah dibunuh di Tanzania, Burundi,
Kenya, Uganda, Swaziland dan Zimbabwe.

Pembunuhan itu dilakukan kerana anggota badan tertentu seperti
rambut, limpa, payudara, kaki, jari tangan, lidah dan darah individu
albino boleh menyebabkan seseorang menjadi kuat dan bertenaga selain
mampu menjadikan sihir lebih berkesan.

“Sepasang kaki sahaja boleh berharga sehingga RM12,000 sedangkan
pendapatan tahunan penduduk negara-negara Afrika tersebut kurang
RM3,000.

“Lebih mengejutkan, puncak pembunuhan ini berlaku semasa pilihan
raya kerana terdapat ahli politik yang percaya dengan amalan sihir
menggunakan anggota badan penghidap albino membuatkan mereka dipilih
sebagai wakil rakyat,” kata Ash.

Seorang wanita Tanzania yang hidup dengan albanisme berumur 28
tahun, Mariam telah diserang pada Oktober 2008 semasa sedang sarat
mengandung.

Jari

Walaupun serangan itu tidak mengorbankan nyawanya, kedua-dua tangannya telah dipotong sementara kandungannya gugur.

Segelintir masyarakat di Benin pula menganggap darah individu albino mempunyai magis yang membawa tuah dan kekayaan.

Malah, jari tangan mangsa dipotong sebelum disarungkan bersama rantai untuk dipakai kerana dikatakan membawa tuah.

Hakikatnya, penghidap penyakit ini turut dinafikan peluang untuk
mendapat pendidikan, perubatan dan pekerjaan yang baik walaupun ada
dalam kalangan mereka yang pintar.

Menurut pengasas Pertubuhan Albino Nigeria, Jake Epelle, dia sering
dipinggirkan oleh rakan sekerja, dihalau keluar daripada parti, tiada
yang ingin menjadikannya teman lelaki malah pernah dipecat hanya kerana
penyakitnya itu.

Katanya, dia juga sukar untuk mencari seorang isteri untuk dijadikan teman hidup.

“Mungkin wanita itu sememangnya mencintai saya tetapi apabila
berjumpa dengan keluarganya pasti mereka mereka akan menolaknya dengan
sekeras-kerasnya,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum