Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Selangor yakin tewaskan KL

View previous topic View next topic Go down

Selangor yakin tewaskan KL

Post by Park Deen on Mon Sep 26, 2011 5:38 am


Oleh Wan Fakhrul Bakar

2011/09/26
Maniam berkeyakinan tinggi skuadnya mampu raih tiket suku akhir

JURULATIH baru Selangor, P Maniam berkeyakinan tinggi skuad kendaliannya mampu menewaskan Kuala Lumpur pada aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Shah Alam, malam esok, sekali gus mara ke suku akhir Piala Malaysia, 10 dan 14 Oktober depan.

Maniam, 43, lulus ujian pertama selepas menggantikan K Devan yang meletak jawatan, 20 September lalu, apabila Selangor garang membelasah Polis 4-1 di Paroi, kelmarin, hasil jaringan Amri Yahyah, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal dan pemain gantian, Rudie Ramli.
Satu permulaan baik untuk diri saya secara peribadi dan yang lebih penting menghidupkan semula peluang Selangor ke suku akhir. Boleh nampak, para pemain betul-betul nak main dan mencari kemenangan. Daripada lapan peluang dimiliki, empat menghasilkan gol.
Berdasarkan aksi pusingan pertama di Selayang (seri 0-0), saya yakin kita boleh menewaskan Kuala Lumpur (esok) dengan syarat, pemain beraksi bersungguh-sungguh dan memanfaatkan peluang terhidang, kata Maniam ketika dihubungi, semalam.

Andai Selangor layak ke suku akhir selaku naib juara Kumpulan D di belakang T-Team, mereka bakal bertemu Perak yang sudah pun mengesahkan tempat sebagai juara Kumpulan A.

Namun tegas Maniam: Jangan fikir tentang lawan di suku akhir. Fikir dulu bagaimana untuk layak kerana jika seri atau tewas kepada Kuala Lumpur, kita akan tersingkir.

Maniam turut memperlihatkan keyakinannya terhadap pemain simpanan dengan menurunkan Bunyamin Umar, Azidan Sarudin dan pemain pinjaman dari Harimau Muda A, Nazri Ahmad ke dalam kesebelasan utama kelmarin, serta mencuba formasi baru 4-3-3

--- Berita Harian
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum