Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kelantan dalam kelas tersendiri

View previous topic View next topic Go down

Kelantan dalam kelas tersendiri

Post by Park Deen on Sun May 06, 2012 3:46 am

Kelantan dalam kelas tersendiri


Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my






PENGENDALI Kelantan, Bojan Hodak tidak mahu mendabik dada biarpun
skuad kendaliannya berjaya menjinakkan pendahulu Liga Super, Lions XII
3-0 malam kelmarin.

Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri di Stadium Sultan
Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan jelas sekali berada dalam kelas
tersendiri bagi membenam wakil Singapura itu.

Selepas gagal memecahkan kebuntuan gol pada babak pertama, Kelantan
seakan-akan mendapat aura sebaik memulakan saingan pada babak kedua.

Hasilnya, tiga gol diperoleh skuad The Red Warriors itu dalam tempoh 20 minit terakhir perlawanan.

S. Chanturu membuka tirai jaringan Kelantan pada minit ke-73, sebelum
Norfarhan Muhammad menyumbang gol kedua empat minit kemudian.

Tonggak pertahanan, Rizal Fahmi Rosid melengkapkan malam gemilang Kelantan apabila meledak gol ketiga pada minit ke-85.

“Siapa pemain terbaik malam ini? Ia suatu yang sukar. Pemain
pertahanan begitu cemerlang, Shakir (Shaari) melakukan kerja dengan
baik. Mungkin Farhan dan Chanturu lebih layak untuk dikatakan pemain
yang beraksi dengan cemerlang.

“Bagaimanapun, saya tidak fikir tiga mata yang dipungut malam ini
(malam kelmarin) membolehkan kami dilabel sebagai pasukan pilihan untuk
bergelar juara.

“Namun dalam masa yang sama, kemenangan ini meletakkan kami di
landasan yang betul untuk tujuan itu,” kata Hodak ketika ditemui selepas
perlawanan malam kelmarin.

Hodak berkata, anak-anak buahnya berjaya mengambil kesempatan untuk
memburu gol selepas menyedari barisan Lions XII agak keletihan.

“Setiap pasukan dalam dunia hanya boleh bermain selama 60 minit
dengan kecergasan yang maksimum dan 30 minit terakhir mereka akan mula
hilang fokus, letih dan melakukan kesilapan.

“Ketika 20 minit terakhir, saya lihat pemain Lions XII banyak memberi
ruang kepada pemain saya dan akhirnya kami berjaya memanfaatkan situasi
tersebut dengan tiga gol yang cukup penting,” ujarnya.

Pada aksi malam kelmarin, Kelantan tidak menurunkan tiga tonggak
utama iaitu Muhammad Ghaddar, Zairul Fitree Ishak dan Daudsu Jamaluddin.

Ghaddar dan Zairul Fitree digantung satu perlawanan kerana mengumpul
tiga kad kuning manakala Daudsu masih menjalani penggantungan kerana
mengutip kad merah.

“Saya tidak melakukan rombakan besar malam ini (malam kelmarin), cuma
memasukkan beberapa pemain yang saya fikir mampu menggalas tugas yang
diberikan,” jelasnya.

Dengan kemenangan itu, Kelantan mengumpul 34 mata, ketinggalan dua
mata di belakang Lions XII yang beraksi lebih tiga perlawanan berbanding
The Red Warriors.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Kelantan dalam kelas tersendiri

Post by Park Deen on Mon Jul 09, 2012 4:23 am

Kelantan dalam kelas tersendiri (Kosmo)



Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


INDRA PUTRA menjaringkan hatrik pada aksi menentang Perak di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.




“SAYA gembira membimbing Kelantan sekali gus membantu pasukan ini
mempertahankan mahkota kejuaraan Liga Super buat kali kedua
berturut-turut.”

Demikian luah pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak sejurus
pasukannya mencatatkan kemenangan besar dengan menumbangkan Perak 6-0
dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, malam kelmarin.

Tanpa berselindung, Hodak mengakui dia gembira dengan semangat juang
yang dijelmakan oleh barisan pemainnya sebaik sahaja wisel permulaan
dibunyikan.

“Sebelum perlawanan saya ada memberitahu pengurus pasukan (Azman
Ibrahim) bahawa pemain mahu menang dalam perlawanan ini seterusnya
menghadiahkan kejuaraan liga sebagai bonus dan akhirnya mereka berjaya
melakukannya dengan baik.

“Sepanjang membimbing Kelantan, saya lihat barisan pemain Kelantan
telah menunjukkan corak permainan yang konsisten sejak dari awal hingga
akhir perlawanan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Hodak memberitahu, untuk pertemuan dengan
Felda United esok, beliau bakal kehilangan khidmat dua pemain utamanya
iaitu Daudsu Jamaluddin dan ketua pasukan Mohd. Badri Radzi yang
digantung perlawanan selepas mengumpul tiga kad kuning.

“Ditambah pula dengan kecederaan yang dialami oleh beberapa pemain
utama, namun saya tetap akan mempertaruhkan barisan terbaik untuk
menghadapi perlawanan tersebut,” ujarnya.

Selepas membantu The Red Warriors menjulang kejuaraan Piala FA buat
kali pertama musim ini, pengendali kelahiran Croatia itu membuktikan
sentuhannya semakin berbisa apabila membimbing Kelantan mempertahankan
gelaran Liga Super yang dimenangi pada musim lalu.

Lebih menarik, kejuaraan untuk musim ini diraikan lebih awal, biarpun
masih berbaki dua perlawanan sebelum saingan Liga Super melabuhkan
tirainya pada Sabtu depan.

Kejayaan mempertahankan kejuaraan liga kali kedua berturut-turut
meletakkan namanya selaku jurulatih asing pertama yang berjaya
membimbing Kelantan menjulang dua kejuaraan dalam satu musim setakat
ini.

Sementara itu, ketua pasukan Mohd. Badri Radzi memberitahu, kejayaan
mempertahankan kejuaraan liga melonjakkan lagi semangat mereka untuk
merangkul Piala Malaysia selepas ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum