Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

K. Devan

Go down

K. Devan

Post by Park Deen on Sun Sep 25, 2011 5:58 am

20 September, 2011 20:45 PM

Jurulatih Selangor K. Devan Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- K. Devan meletak jawatan sebagai jurulatih bola sepak Selangor berkuat kuasa semalam, berikutan aksi hambar Gergasi Merah Kuning itu sepanjang kempen tahun ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Hamidin Amin yang dihubungi Selasa mengesahkan peletakan jawatan Devan itu.

Pemohonan Devan untuk meletak jawatan sebagai jurulatih itu diterima sebulat suara anggota jawatankuasa FAS yang mengadakan mesyuarat khas semalam, katanya.

Beliau berkata teraju utama pasukan itu kini diambil alih penolong jurulatih P. Maniam.

Selangor gagal memenangi sebarang piala sepanjang tahun ini, selain berdepan kemungkinan tersingkir awal dalam kempen Piala Malaysia kali ini.

Selepas empat perlawanan peringkat kumpulan, skuad itu hanya mengumpul empat mata dan berada di tangga ketiga Kumpulan D selepas Kuala Lumpur dan T-Team.

Terbaru, Selangor tewas 1-2 pada T-Team dalam Kumpulan D Piala Malaysia Ahad lepas.

Devan menjadi jurulatih bola sepak Selangor dari Oktober 2008. Selangor di bawah kendalian Devan pernah merangkul Piala Liga Super pada 2010, Piala FA 2009 dan Piala Sultan Ahmad Shah pada 2009.

-- BERNAMA
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: K. Devan

Post by Park Deen on Sat Apr 14, 2012 9:31 am

Malam penentuan Devan


Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my
KRISIS kemerosotan prestasi yang dialami Johor FC bakal mencapai
kemuncaknya apabila skuad dari selatan tanah air itu menerima kunjungan
Selangor pada aksi Liga Super malam ini.

Selepas gagal mencatat kemenangan daripada lima perlawanan terakhir,
Johor FC tidak mempunyai pilihan lain, selain perlu menewaskan Selangor
sekali gus keluar daripada kelompok tiga pasukan tercorot dalam liga.

Selepas melalui 12 perlawanan, skuad kendalian K. Devan (gambar) itu
kini sekadar menduduki tangga ke-12 dengan hanya mencatat tiga
kemenangan dan dua keputusan seri.

Bagi Setiausaha Kehormat Johor FC, Mohd. Tahir Hamdan, dia mengakui
perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru malam
ini sangat penting bukan sahaja kepada pasukan, tetapi juga kepada
Devan.

Katanya, perlawanan menentang Selangor perlu digunakan sebaik mungkin
oleh Devan, terutamanya apabila Johor FC beraksi menentang bekas
pasukan yang pernah dibimbingnya sebelum ini.

“Malam esok (malam ini) merupakan detik penentu kepada masa depan
Devan bersama Johor FC. Dia perlu buktikan sesuatu dengan menghadiah
kemenangan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, Devan bersama enam pemain Johor FC telah diberikan surat
amaran daripada pihak pengurusan ekoran prestasi kurang memberangsangkan
yang dipamerkan pasukan itu.

“Dalam surat itu kami telah jelaskan bahawa mereka harus membuktikan
sesuatu pada perlawanan menentang Terengganu, Lions XII dan Selangor.
Namun buat masa ini, Johor FC hanya seri dengan Terengganu dan kalah
kepada Lions XII.

“Secara keseluruhan juga, pihak pengurusan belum berpuas hati dengan
prestasi semasa Johor FC terutama selepas melalui pusingan pertama dalam
liga,” katanya.

Mohd. Tahir turut mengakui, pihaknya akan mengadakan perbincangan
lanjut untuk menentukan mengenai masa depan jurulatih Johor FC.

Jelasnya, andai Johor FC masih gagal meraih kemenangan, kemungkinan besar pihak pengurusan akan cuba mencari jurulatih baharu.

“Bagaimanapun, saya tetap berharap kami mampu meraih kemenangan dan
saya yakin surat amaran yang dikeluarkan sebelum ini tidak menjejaskan
prestasi pemain, sebaliknya menjadi pemangkin untuk mereka lebih bekerja
keras,” ujarnya lagi.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: K. Devan

Post by Park Deen on Mon Apr 16, 2012 4:18 am

Devan disingkir








JODOH K.Devan bersama Johor FC tidak berpanjangan.Belum pun sampai
semusim menjadi jurulatih skuad Lebah, Devan disingkir apabila Johor FC
sekadar menghuni tangga kedua tercorot selepas berakhirnya pusingan
pertama saingan Liga Super kelmarin.

Keputusan itu disahkan oleh Setiausaha Kehormat Johor FC, Mohd. Tahir Hamdan kepada Kosmo! semalam.

Menurut Mohd. Tahir, kontrak Devan akan ditamatkan serta-merta dan tempat beliau akan diganti oleh Sazali Saidon.

Sazali sebelum ini pernah memangku jawatan ketua jurulatih Johor FC
selepas Azuan Zain ‘direhatkan’ pada September tahun lepas atas alasan
kesihatan.

“Pihak pengurusan telah bersetuju untuk melantik Sazali Saidon bagi
menggantikan Devan untuk baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

“Bagaimanapun, untuk perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super
menentang Selangor Selasa ini, penolong jurulatih, Azmi Mohamad akan
membawa pemain ke Shah Alam memandangkan proses pertukaran akan
mengambil masa beberapa hari,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bulan lepas, pihak pengurusan Johor FC telah menyerahkan surat amaran
kepada Devan serta enam pemainnya dan menetapkan tiga perlawanan
terakhir pusingan pertama Liga Super sebagai penanda aras masa depan
Devan bersama pasukan berstatus kelab itu.

Bagaimanapun, Johor FC sekadar seri tanpa jaringan menentang
Terengganu pada 31 Mac dan tewas 0-1 kepada Lions XII di tempat sendiri
sebelum seri 1-1 menentang Selangor kelmarin.

“Pada awalnya kami bercadang untuk merehatkan Devan tetapi selepas
berbincang, adalah lebih baik jika kita tamatkan terus kontrak beliau.
Saya harap, dengan jurulatih baharu ini, nasib Johor FC akan berubah,”
kata Mohd. Tahir.

Sementara itu, Devan ketika dihubungi berkata, pihak pengurusan tidak sepatutnya mengambil keputusan terburu-buru.

Katanya, kedudukan Johor FC dalam liga setakat ini tidak menggambarkan prestasi sebenar skuad Lebah.

“Pihak pengurusan harus kaji punca dan kelemahan sebenar pasukan ini.
Banyak faktor yang meletakkan Johor FC pada kedudukan sekarang.

“Jika dibuat analisis, prestasi Johor FC di tempat lawan agak baik
tetapi kita sering tidak bernasib baik apabila beraksi di tempat
sendiri.

“Sepatutnya pihak pengurusan tidak cepat panik dan ambil keputusan terburu-buru,” katanya
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: K. Devan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum