Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

KELANTAN KE SEPARUH AKHIR

View previous topic View next topic Go down

KELANTAN KE SEPARUH AKHIR

Post by sekito669 on Thu May 03, 2012 4:03 am

Jangan lekeh Sime Darby: Khairul Fahmi (Apex)
2012/05/03










PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menyeru rakan sepasukan
supaya tidak memandang mudah keupayaan Sime Darby yang mencipta kejutan
dengan menewaskan Terengganu untuk layak ke final Piala FA.


The Red Warriors yang menewaskan Kedah menerusi peraturan gol di
tempat lawan selepas agregat 3-3, kelmarin akan menentang pasukan kelab
itu di final pada 19 Mei ini.









“Untuk pertemuan dengan pencabar baru seperti Sime Darby ini, kita
tidak boleh memandang mudah dan tidak terlalu yakin kerana sepanjang
saingan Piala FA mereka (Sime Darby) bermain penuh semangat dan kita
perlu berhati-hati,” katanya.











Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan Apek berkata selain
berwaspada dengan rentak permainan Sime Darby dia bertekad untuk
membaiki prestasi dan membentuk keyakinan diri sebelum menjelang
perlawanan akhir nanti.


“Saya mengakui pernah membuat beberapa kesilapan ketika beraksi
namun saya akan membaiki kelemahan dalam masa terdekat dan akan fokus
dalam perlawanan akhir nanti,” katanya.


Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak memuji
kekentalan anak buahnya yang mampu menghalang kemaraan Kedah dalam
perlawanan separuh akhir kedua Piala FA – sekali gus layak ke final buat
dua musim berturut-turut.


Bojan menyifatkan jaringan pemain pertahanan import, Obinna Nwneri
pada babak kedua pencetus semangat kepada rakan sepasukan untuk bangkit
biarpun ketinggalan 0-2 pada babak pertama.




“Kami akui pemain tidak bermain dengan baik pada separuh masa
pertama kerana pihak lawan mendahului dua jaringan dan ia juga hampir
membunuh moral pemain kita.


“Bagaimanapun jaringan Obinna berjaya menghidupkan kembali
semangat pasukan dan pemain mula bangkit untuk mencari kemenangan
sehingga Mohamad Ghaddar berjaya menjaringkan gol kedua,” katanya ketika
dihubungi, semalam.

sekito669
Ahli Baru
Ahli Baru

Negeri :
Posts : 4
Points : 10
Reputation : 0
Join date : 25/04/2012

View user profile http://smartmullet@yahoo.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum