Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kim Swee: Hormati lawan

View previous topic View next topic Go down

Kim Swee: Hormati lawan

Post by Park Deen on Wed May 02, 2012 7:43 am

Kim Swee: Hormati lawan


Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KIM SWEE (kiri) mengingatkan barisan pemainnya agar berhati-hati dengan ancaman Geylang United pada aksi Liga S malam esok.




ADA mesej yang cukup jelas cuba disampaikan pengendali Harimau Muda,
Ong Kim Swee menjelang pertemuan menentang Geylang United dalam saingan
Liga Singapura (Liga S) di Stadium Jalan Besar, malam esok.

Menyedari pasukannya bakal ‘berehat seketika’ gara-gara menempuh
kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun di Myanmar bermula 23 Jun depan, Kim
Swee tidak mahu anak-anak buahnya memandang mudah cabaran Geylang
United.

Menurut beliau, skuad Harimau Muda kini berada di trek yang betul
untuk kekal sebagai antara pencabar utama dalam saingan Liga S.

“Misi memburu tiga mata berharga ketika menentang Geylang United amat
penting supaya kami tidak terlalu jauh ketinggalan sebaik pusingan
kedua Liga S bermula.

“Seandainya kami mahu mencapai sasaran menamatkan saingan di tangga
kelima liga musim ini, ada baiknya setiap pemain tidak mengambil mudah
perlawanan tersebut meskipun Geylang United dilihat masih tercari-cari
rentak sebenar apabila sekadar menghuni tangga kedua tercorot liga
setakat ini,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Harimau Muda ketika ini selesa di tangga ketiga Liga S dengan 20 mata hasil enam kemenangan, dua seri dan dua tewas setakat ini.

Selepas perlawanan malam esok, skuad muda negara bakal melayan
kunjungan Tampines Rovers di Stadium Yishun pada 13 atau 14 Mei depan.

Mereka hanya akan kembali beraksi dalam saingan Liga S menentang
pasukan tercorot liga, Tanjong Pagar United di Stadium Queenstown pada
13 Julai depan.

Kehebatan dua tonggak muda negara, Ahmad Hazwan Bakri dan Wan Zack
Haikal Wan Nor yang cemerlang membantu skuad kebangsaan membelasah Sri
Lanka 6-0 dalam satu aksi persahabatan minggu lepas juga dijangka
ditagih Kim Swee bagi merobek gawang Geylang United malam esok.

Dalam pada itu, Kim Swee memberitahu beliau masih belum membuat
keputusan mengenai senarai pemain yang akan dibawa ke Myanmar kelak.

“Ia bergantung kepada prestasi semasa kesemua pemain sekembalinya
kami menjalani beberapa perlawanan ujian di Eropah selepas ini, dan saya
akan membuat pemilihan pemain (call up) terlebih dahulu sebelum membuat
keputusan,” katanya.

Pada kelayakan Piala Asia nanti, skuad muda negara diundi dalam
Kumpulan G bersama tuan rumah, Myanmar bersama Korea Selatan, Vietnam,
Taiwan dan Filipina.

Aksi kelayakan tersebut juga menyebabkan skuad Harimau Muda terpaksa
melupakan saingan Piala Singapura, dan tempat mereka akan digantikan
skuad Harimau Muda B yang dikendalikan Ismail Ibrahim.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum