Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Filem silat tembusi pasaran AS (Kosmo)

View previous topic View next topic Go down

Filem silat tembusi pasaran AS (Kosmo)

Post by Park Deen on Thu Apr 26, 2012 5:36 am

Filem silat tembusi pasaran AS




SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem The Raid: Redemption.




JAKARTA – Sebuah filem tentang silat dari Indonesia, The Raid:
Redemption menjadi filem pertama negara itu menembusi pasaran Amerika
Syarikat (AS), malah turut menerima pujian pada beberapa festival filem
antarabangsa.

Kini, pengarahnya, Gareth Evans berharap kejayaan filem tersebut akan memberi nafas ke atas seni mempertahankan diri itu.

Filem The Raid: Redemption mula ditayangkan di seluruh dunia pada 28
Mac lalu dan berada di tempat ke-11 dalam carta pecah panggung AS
bermula April ini.

Sejumlah dua juta penonton menyaksikan filem itu di AS.

Karya tersebut mencipta rekod filem tempatan apabila memperoleh
kutipan pecah panggung tempatan dan ditonton lebih sejuta penonton
Indonesia.

“Ia sebuah filem yang boleh membantu mempromosikan silat di seluruh dunia.

“Justeru, jika penonton filem ini dari AS, United Kingdom atau
Perancis atau dari mana sahaja tiba-tiba ingin mempelajari tentang
silat, kami berjaya melakukannya,” kata Evans, seorang pengarah dari
Wales.

Dia mengarahkan filem tersebut selepas jatuh cinta dengan seni silat beberapa tahun lalu.

Filem The Raid: Redemption mengisahkan tentang sekumpulan anggota
unit khas Indonesia yang dihantar untuk menumpaskan penjenayah yang
tinggal dan bekerja dalam satu blok bangunan.

Antara pelakonnya ialah, guru dan bekas juara silat, Iko Uwais dan seorang pengadil silat antarabangsa, Yayah Ruhiyan.

Filem yang dihasilkan dalam tempoh tiga bulan menelan belanja AS$1 juta (RM3 juta).

Hampir 90 peratus penggambaran dilakukan dalam bangunan.

Ia mendapat ulasan hebat daripada pengkritik-pengkritik antarabangsa termasuk pada Festival Filem Toronto. – Reuters
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum