Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Bola hanyut dari Jepun ke Alaska

View previous topic View next topic Go down

Bola hanyut dari Jepun ke Alaska

Post by Park Deen on Tue Apr 24, 2012 11:02 am

Bola hanyut dari Jepun ke Alaska




BAXTER (kiri) memegang bola sepak manakala isterinya menunjukkan bola tampar yang hanyut dari Jepun.




TOKYO - Seorang pelajar sekolah di sini, Misaki Murakami akan
mendapat kembali sebiji bolanya yang dihanyutkan ke Alaska selepas
bencana tsunami melanda Jepun pada Mac tahun lalu.

Murakami, 16, kehilangan rumah dan semua barangan di dalam
kediamannya semasa ombak besar menghancurkan kampung Rikuzentakata di
timur laut Jepun.

Pemilik bola itu diketahui kerana terdapat contengan mesej 'semoga berjaya' oleh bekas rakan sekolahnya.

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA) Amerika Syarikat menyatakan seorang lelaki, David Baxter, 51, menemui bola itu.

Ia ditemui di sebuah pantai di Pulau Middleton pada Mac tahun lalu.

"Nama sebuah sekolah tertera pada bola itu dan isteri lelaki itu
mampu menterjemah tulisan tersebut bagi mengesan sekolah berkenaan,"
kata NOAA.

Isteri Baxter ialah wanita berketurunan Jepun.

Perjalanan bola itu mendapat liputan meluas di Jepun.

"Saya bersyukur kerana ketika ini saya tidak menemui sebarang barang
yang pernah menjadi milik saya," katanya kepada stesen penyiaran TBS
kelmarin.

Baxter turut menemui sebiji bola tampar dengan tulisan Jepun menyebabkan media Jepun berusaha untuk mencari pemiliknya. - AFP
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum