Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Battleship fantasi Hollywood

View previous topic View next topic Go down

Battleship fantasi Hollywood

Post by Park Deen on Sun Apr 22, 2012 1:52 pm

Battleship fantasi Hollywood

Studio di Amerika kini semakin gila mengadaptasi
filem daripada komik, permainan video, superhero dan fantasi. Walaupun
ceritanya berbeza namun formatnya sama. Sama dari segi struktur
naratifnya dan juga idea-ideanya. Protagonisnya mesti manusia. Kalau
ingin bekerjasama sekalipun pasti manusia menjadi ketua dan robot jadi
pengikutnya. Manusia menjadi penentu hala tujunya. Mungkin itulah
sedikit keunikan fantasi Hollywood kepada dunia.

Fantasi Hollywood telah mewujudkan fantasi teknologi yang digerakkan
oleh kuasa yang dapat dimanipulasi. Saya berfantasi pula segala
teknologi fantasi adalah realiti yang telah ditemui tetapi disorokkan.
Kini fantasi teknologi telah diumumkan sedikit demi sedikit dalam bentuk
fantasi Hollywood. Namun demikian, kuasanya siapa dan apa? Dari Battleship permainan video hingga ke filem Battleship, ia bagai dirancang.

Interteks dilihat sebagai aspek pinjam meminjam antara satu karya ke
dalam karya lain. Sama ada meminjam idea, petikan teks, watak, cerita
atau apa saja. Kita lihat sahaja teks tradisional Melayu kita. Betapa
masuknya Islam raja-raja kita melalui mimpi bertemu nabi dan apabila
terjaga anunya telah tersunat.

Ceritanya sama cuma watak dan latarnya berbeza. Lalu timbul
pertanyaan adakah pencipta karya tersebut saling kenal mengenali? Hidup
sezaman? Atau pencipta yang sama? Tujuannya pula sama? Sungguh
menakjubkan. Inilah juga misteri dan cuba diungkapkan melalui interteks,
iaitu unsur di luar karya yang melahirkan karya itu sendiri.

Berbalik kepada fantasi Hollywood, dalam tahun ini selepas The Darkest Hour dan Wrath of the Titans, kita disogokkan lagi dengan fantasi Battleship - kisah kapal perang USS yang berdepan dengan kapal perang makhluk asing. Semasa permainan Battleship
dilancarkan dan dipasarkan, fantasi permainan video yang diberi melalui
mainan kanak-kanak dan remaja. Tembaklah semahunya sehingga sakit
kepala dan kurang tidur.

TeknologiKini dijadikan sebuah filem berbajet besar,
berbingkai, berwatak manusia dan berimej sebenar. Siapa yang tidak
teruja? Teknologi bukan lagi alatan yang memudahkan kehidupan dan urusan
manusia tetapi alat hiburan terkini dan mengkagumkan (kononnya).

Menghubungi makhluk asing bukanlah kerja kita. Alatannya dan
risikonya lagi. Tetapi dalam fiksyen ia boleh sahaja diwujudkan dan
menawarkan fantasi demi fantasi berterusan. Generasi muda kini mungkin
belum lahir lagi semasa permainan Battleship wujud dan popular suatu ketika. Tetapi kini generasi muda boleh menonton filem adaptasinya dengan paparan 2D.

Generasi yang tidak pernah menemui permainan Battleship akan terkesima dengan idea naratifnya.

Interteks berlaku dalam kehidupan manusia melalui lintasan kenangan.
Adaptasi adalah pengalihan dari satu medium ke medium lain. Penambahan
merupakan suatu keperluan dan juga suatu penyesuaian dengan putaran
zaman. Ketika gabungan latihan ketenteraan antara negara besar dunia
(RIMPAC) dilancarkan, nama negara kita disenaraikan dan disebutkan dalam
satu babak dengan urutan Amerika, Jepun, Malaysia begitulah dibunyikan.

Sekali lagi kita teruja. Jika tadi mungkin penonton dari negara
lain-lain teruja dan terkesima. Dan kita yang bakal meraikan kemerdekaan
ke-55 negara tahun ini lagi teruja dan terkesima apabila nama negara
kita diumumkan, dibunyikan. 'Sayangnya' tentera kita tidak divisualkan.
Adakah tentera kita tidak bersedia untuk memasuki seluruhnya fantasi
Hollywood? Atau fantasi Hollywood yang belum bersedia menerima visual
dan imej kehadiran tentera kita?

Sebaliknya imej dan visual yang ditonjolkan ialah tentera Jepun.
Malah Kapten Jepun menjadi pelakon pembantu kepada Kapten-kapten tentera
Amerika. Seingat saya bendera kita tidak dikibarkan di atas kapal
perang melainkan bendera negara lainnya sekadar hendak menunjukkan
banyak lagi negara lain terlibat biarpun tidak disebut.

Sewaktu latihan tentera diadakan dengan kapal-kapal perang, datanglah
makhluk asing. Mereka datang pun dengan isyarat gelombang yang
dipancarkan oleh NASA di Pulau Iowa, Hawaii sembah salam pun bersambut.
Datanglah gerombolan tentera makhluk asing ke bumi seperti ketulan
meteor menghentam bumi, dan pilihan dibuat, ia terkena satelit US dan
terpelanting serpihannya ke Hong Kong, skala kemusnahan yang besar dan
matinya pun ribuan orang.

Baru saya teringat, kapten tentera Malaysia yang diumumkan pun bukannya Melayu. Spontan teringat buku memoir juga sejarah Askar Melayu 50 Tahun oleh
Dharmala N.S terbitan Pustaka Budiman dan pengedar tunggalnya Utusan
Publications & Distributors (UP&D) pada tahun 1983. Ingat, ini
bukan fantasi ini fakta sejarah. Bilakah agaknya kita dapat melihat
fakta kita diadaptasi ke fiksyen filem dan wiranya adalah kita?
Percayalah, kita tidak akan menjadi besar dalam sejarah dan fiksyen
orang lain apatah lagi kalau sekadar disebut sahaja.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum