Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kisah manusia dibela haiwan

View previous topic View next topic Go down

Kisah manusia dibela haiwan

Post by Park Deen on Sun Apr 22, 2012 10:08 am

Kisah manusia dibela haiwan


Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


P'NGIENG tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan manusia kerana telah hidup terlalu lama di dalam hutan.




CERITA manusia hidup dan membesar bersama haiwan cukup popular dalam
siri Tarzan yang dihasilkan oleh ‘penciptanya’ Edgar Rice Burroughs
yang berasal dari Illinois, Amerika Syarikat (AS).

Tarzan mengisahkan seorang lelaki yang diasuh sejak kecil oleh
sekumpulan gorila di hutan Afrika. Budak itu mampu menyesuaikan diri
dengan gorila yang dikenali dengan sifat agresif dan ganas. Tarzan juga
bersahabat dengan haiwan lain seperti gajah, beruk dan ular.

Tetapi sisi kehidupan ‘normal’ Tarzan digugat dengan ketibaan
sekumpulan pengembara dari Britain, Profesor Archimedes Q. Porter,
anaknya Jane dan pembantu mereka, Clayton yang juga seorang pemburu.

Walaupun Burroughs telah lama meninggal dunia, bukunya, Tarzan of the Apes telah diterjemahkan ke dalam 58 bahasa.

Kisah mitos Tarzan sering menimbulkan persoalan sama ada bolehkah
manusia hidup malah berinteraksi dengan haiwan? Hakikatnya, lebih 100
kes telah direkodkan di seluruh dunia membabitkan dakwaan seperti itu.

Antara cerita yang mendapat liputan meluas media adalah tentang
seorang wanita bernama Oxana Malaya yang dilahirkan pada tahun 1983 di
Ukraine. Malaya berkelakuan seperti anjing.

Ketika gadis itu ditemui oleh pihak berkuasa tempatan pada tahun
1991, dia hidup dengan sekumpulan anjing liar. Ibu bapanya menghadapi
masalah ketagihan dadah yang kronik menyebabkan Malaya terabai sejak
kecil.

Rumahnya terletak di kawasan pinggir bandar yang kotor dan dipenuhi anjing liar.

Semasa ditemui, kelakuannya sama seperti anjing. Dia menyalak serta berjalan menggunakan kedua-dua belah tangan dan kaki.



Curi beras

Malah, Malaya juga sukar berkomunikasi dengan manusia. Dia dihantar ke sebuah klinik mental di Ukraine sejak ditemui.

Kisah Malaya turut dialami oleh seorang wanita bernama Rochom
P’ngieng yang hilang secara tiba-tiba dari kampungnya di Kemboja semasa
berusia lapan tahun.

P’ngieng dikesan kembali semula ke kampungnya selepas hilang selama
berpuluh-puluh tahun pada tahun 2007 semasa dia ingin mencuri beras
milik seorang penduduk kampung.

Ibu bapa P’ngieng mendakwa, gadis itu ialah anak mereka yang hilang berdasarkan parut luka di badannya.

Walaupun telah berumur lebih 30 tahun, gadis itu tidak mampu
bertutur dalam bahasa Kemboja. Akhirnya, dia lari semula ke hutan dan
tidak ditemui sehingga kini.

Mungkin kisah lelaki bernama John Ssebunya paling menyayat hati.
Ini kerana dia yang berumur empat tahun melarikan diri dari rumah ke
hutan pada pertengahan tahun 1988 akibat trauma melihat ibunya mati
ditembak bapanya sendiri.

Semasa ditemui oleh seorang wanita tiga tahun kemudian, fizikal
lelaki itu begitu menyedihkan dengan rambut lebat tidak terurus,
berjalan menggunakan kedua-dua tangan dan kaki serta tidak boleh
menjamah makanan yang dimasak.

Dia bernasib baik kerana diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga. Uniknya, dia mampu menjadi ahli kumpulan koir.

Kelakuan

Pakar sakit mental dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor
Dr. Nor Zuraida Zainal, berkata, walaupun kisah manusia dipelihara oleh
haiwan tidak berlaku di negara ini, manusia yang sejak kecil tinggal di
habitat semula jadi mampu berkelakuan seperti haiwan tersebut.

Katanya, semasa manusia kecil mereka belajar dengan memerhatikan
tindak tanduk individu atau haiwan yang mereka anggap sebagai ibu.

Proses itu juga dikenali sebagai etologi ataupun kajian tingkah laku
haiwan. Sama seperti anak itik yang sebaik sahaja menetas mendapati ada
seekor monyet di sebelahnya, ia akan menganggap monyet itu sebagai
ibunya.

“Lebih-lebih lagi jika manusia itu terdedah selama bertahun-tahun.
Haiwan kebiasaannya tidak menyerang budak kecil kerana mereka tidak
mengancam keselamatan haiwan tersebut.

“Haiwan tidak boleh berfikir. Segala tindakannya berdasarkan
pemerhatian dan kebiasaan semata-mata. Hasilnya, manusia yang hidup
dengan binatang kurang cerdas mentalnya,” ujarnya.

Namun, Zuraida memberitahu, sekiranya ditemui dan dipulihkan ketika masih kecil potensi untuk mereka sembuh adalah tinggi.

“Tetapi jika sudah meningkat dewasa, mungkin mereka akan memberontak dan melarikan diri ke hutan semula,” katanya.

Beliau juga tidak menolak sebahagian besar cerita manusia hidup dengan haiwan adalah rekaan dan penipuan pihak tertentu.

“Mereka mungkin menghadapi masalah kekurangan fizikal sejak kecil ataupun berpenyakit, jadi mereka dibuang oleh keluarga.

“Kadangkala kekurangan fizikal itu juga digunakan untuk mencari keuntungan menerusi kutipan derma,” katanya.

Pengarah Zoo Negara, Dr. Mohamad Ngah tidak menolak manusia boleh
hidup bersama binatang tetapi kes tersebut jarang sekali berlaku.

“Haiwan sendiri mempunyai habitat dan cara hidup tersendiri sama
seperti manusia. Lagipun mengapa kita ingin merendahkan martabat manusia
sebagai makhluk yang paling bijak di muka bumi ini?” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum