Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Lokasi tempat mangsa Titanic tertanam ditemui

View previous topic View next topic Go down

Lokasi tempat mangsa Titanic tertanam ditemui

Post by Park Deen on Mon Apr 16, 2012 7:08 am

Lokasi tempat mangsa Titanic tertanam ditemui




IMEJ menunjukkan sehelai kot dan kasut dekat bangkai kapal Titanic yang karam di dasar Lautan Atlantik.




NEW YORK - Rangka tulang mangsa kapal penumpang Titanic yang karam di Lautan Atlantik mungkin tertanam dalam lumpur di dasar laut itu, kata seorang pegawai persekutuan kelmarin.

Satu gambar yang dirakamkan pada tahun 2004 tetapi didedahkan buat
kali pertama pada minggu lalu menunjukkan sehelai kot dan kasut but di
dalam kawasan berlumpur di lokasi kapal tersebut karam.

Pegawai itu, James Delgado yang merupakan Pengarah Warisan Maritim di
Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA) memberitahu agensi
berita AP, kasut yang terdapat pada dasar laut tersebut bukan terkeluar dari sebuah beg milik penumpang lain.

Gambar itu dirakamkan semasa satu ekspedisi NOAA dan pengasas pencari bangkai kapal Titanic, Robert Ballard dilancarkan pada tahun 2004.

Akhbar New York Times melaporkan mengenai gambar itu pada Sabtu lalu.

Pengarah filem Titanic, James Cameron yang pernah mengunjungi
sebanyak 33 kali lokasi serpihan tempat kapal itu karam didasar lautan
memberitahu akhbar berkenaan, dia tidak menemui sebarang rangka manusia.

"Kami menemui kasut. Kami menemui beberapa pasang kasut yang mungkin
mengukuhkan dakwaan bahawa terdapat tinggalan manusia pada satu tempat.
Namun, kami tidak menemui sebarang tinggalan rangka manusia," katanya.

Kapal itu karam pada 14 April 1912 selepas ia melanggar bongkah ais di perairan antarabangsa di Lautan Atantik.

Seramai 1,500 orang terbunuh apabila kapal itu karam dan terputus dua selepas ia melanggar bongkah ais. - Agensi
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum