Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Transformasi Upin & Upin

View previous topic View next topic Go down

Transformasi Upin & Upin

Post by Park Deen on Sun Apr 08, 2012 11:48 am

Transformasi Upin & Upin




DARI kiri: Faris Adzim
sebagai Upin dan Amir Johar (Ipin) sangat seronok diberi kepercayaan
membawa watak kartun popular di pentas teater.



ANIMASI Upin & Ipin bermula sebagai siri televisyen berdurasi
selama empat minit setiap siaran. Ia diperkenalkan menerusi TV9 pada 13
September 2007 dengan tema Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang
bertujuan untuk mendidik kanak-kanak menunaikan ibadat puasa dan
menyambut hari raya.

Siri yang sebenarnya projek sampingan kepada filem animasi Geng... Pengembaraan Bermula itu kemudian melangkah jauh.

Musim pertama Upin & Ipin dipilih sebagai pemenang anugerah
Animasi Terbaik pada Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007.
Selepas dua musim bertemakan Ramadan dan keislaman, penerbitan Upin
& Ipin beralih kepada penceritaan yang bersifat sejagat.

Evolusi pertama itu menumbuhkan sayap baharu membawa Upin & Ipin
menjelajah ke dunia penyiaran lebih global dan sehingga hari ini ia
telah memasuki musim kelima.

Musim keenam dan ketujuh akan ditayangkan pertengahan tahun ini.
Selain di Indonesia dan Singapura, hingga ke hari ini, animasi itu masih
ditayangkan di 17 negara Asia menerusi saluran Disney Channel Asia.

Fenomena Upin & Ipin yang boleh difahami kanak-kanak seawal usia
dua tahun itu bakal mencetuskan satu lagi tanda aras menerusi pementasan
Upin & Ipin The Musical di Istana Budaya mulai Sabtu depan.

Realiti

Ia juga bakal melakar sejarah baharu dengan 30 persembahan tanpa
henti dalam tempoh 22 hari dan disifatkan sebagai pementasan paling lama
di Istana Budaya setakat ini.

Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md. Razi dan pengarah
naskhah Upin & Ipin, Zaifri Hussin menjadi dua jentera penting
muzikal tersebut. Merekalah pelaksana serta pengawal kualiti untuk Upin
dan Ipin menjadi kanak-kanak sebenar di pentas teater.

Bukan setakat memacak maskot di atas pentas, dunia animasi Upin &
Ipin yang sebelum ini bergerak dari layar kaca itu harus melalui
transformasi menjadi sebuah lakon fizikal dan muzikal hebat oleh
karakter sebenar.

"Itulah cabaran besar kepada muzikal berkenaan.

"Selain skrip, kostum, dialog serta prop, bagi saya pelakonlah yang
akan memberi nyawa kepada pementasan berkenaan. Dalam soal itu, kami
cuba melakukan apa yang terbaik.

"Memandangkan tempoh pementasan yang panjang, pelakon untuk watak
Upin dan Ipin sendiri dipecahkan kepada dua grup iaitu grup A dan grup
B," jelas Zaifri.



PERSEMBAHAN Upin & Ipin The Musical di
Istana Budaya bermula 14 April hingga 6 Mei 2012 menjadi satu lagi
pencapaian jenama Upin & Ipin yang mulanya diperkenalkan sebagai
animasi berdurasi empat minit di kaca televisyen itu. Selepas di Istana
Budaya, muzikal berkenaan mahu dibawa ke Indonesia, Singapura, Brunei
dan Filipina.



Tambahnya, draf pertama skrip pernah ditolak oleh Burhanuddin selaku
penerbit yang merasakan kerja tangannya tidak keluar daripada kotak Upin
& Ipin yang sedia ada.

"Sekali tengok sahaja, Burhanuddin bersama isterinya sudah dapat
mengagak keseluruhan skrip berkenaan. Saya diminta untuk hanya
memasukkan elemen yang ada dalam keseluruhan cerita Upin & Ipin.

"Elemen yang dimaksudkan itu adalah sesuatu yang dapat menghubungkan
minda penonton cilik yang menyaksikan muzikal itu nanti terhadap
kisah-kisah yang pernah mereka saksikan dalam versi filem dan siri Upin
& Ipin di televisyen.

"Les' Copaque sangat menitikberatkan soal dialog serta moral dalam
muzikal berkenaan. Saya pula mengusulkan pencarian kegembiraan yang
hilang sebagai isu utama," cerita Zaifri yang memunculkan watak
rama-rama dan puteri dari angkasa, Puteri Cinonit sebagai dua watak
penting versi muzikalnya.

Kualiti

Bersetuju dengan plot penceritaan yang mengisahkan kedatangan seorang
puteri dari angkasa lepas yang turun ke bumi mencari kegembiraan itu,
Burhanuddin bagaimanapun terpaksa sekali lagi memutuskan pelakon watak
heroin yang melakonkan watak puteri itu ditukar dengan pelakon lain, 12
hari sebelum pementasan dimulakan.

"Kami terpaksa buat keputusan drastik sebab pelakon mainkan peranan penting dalam sesebuah pementasan.

"Pelakon yang baru dipilih itu beri lebih keyakinan terhadap aspek
penghayatan kepada watak heroin muzikal itu. Kita beri sedikit arahan
tapi dia sudah menunjukkan tahap yang melegakan kami semua," kata
Burhanuddin yang melabur kira-kira RM3 juta untuk Upin & Ipin The
Musical yang turut mendapat kerjasama KPJ Healthcare Bhd. sebagai penaja
utama.

Burhanuddin dan isterinya yang menulis skrip asal Upin & Ipin sebelum ini telah beberapa kali menolak cadangan skrip Zaifri.

Tidak hanya skrip, aspek lain seperti kostum, koreografi serta
lagu-lagu baharu ciptaan Pak Ngah juga ditapis dan harus menepati
standard yang dimahukannya.

"Nak buat muzikal bukan kerja main-main sebab saya merancang untuk
beri tanda aras baharu kepada Upin & Ipin sendiri. Bagusnya, sebab
saya bekerja dengan sebuah produksi yang berpengalaman, mereka boleh
beri apa yang saya minta.

"Setakat ini, pihak Espalande dari Singapura sangat berminat untuk
membawa muzikal ini ke sana. Untuk pementasan berbahasa Inggeris pada 29
April nanti, ada wakil penganjur dari Filipina yang akan datang melihat
muzikal berkenaan. Saya juga ada berbincang dengan wakil penganjur dari
Indonesia," katanya yang turut bercadang membawa muzikal itu ke Brunei.

Seronok

Bertemu satu daripada dua team pelakon yang menjayakan watak Upin dan
Ipin, Faris Azim Abd. Karim yang memegang watak Upin dan Amir Johar
Nadim (Ipin), kedua-duanya sungguh berbakat biarpun baru kali pertama
membawa peranan dalam sebuah pementasan besar.

Amir Johan, 11, menganggap lakonan bukan sesuatu yang mengejutkannya
memandangkan sebelum ini dia pernah terlibat dalam iklan komersial,
pementasan LAT Kampung Boy The Musical, drama bersiri Geng Bas Sekolah
serta beberapa buah telemovie.

"Saya memang peminat kartun Upin & Ipin, semua kanak-kanak
sukakan watak Upin dan Ipin termasuk adik saya, jadi bila diberi watak
Ipin, itu memang sangat menyeronokkan. Bagi saya, cabaran paling besar
ialah menghafal dialog dalam bahasa Inggeris," ujar pelajar tahun lima
Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 1 itu.

Berbeza pula dengan Faris Azim, 14, pelajar tingkatan dua itu baru
kali pertama kenal apa itu teater menerusi Upin & Ipin The Musical.
Dia menyertai sesi uji bakat bukan mengharapkan diterima sebagai pelakon
sebaliknya mahu menonjolkan bakat tarian B-boys yang sebati dengan
dirinya.

"Tapi bila terpilih sebagai pelakon utama, sudah tentu gembira cuma
cepat belajar cara penghayatan karakter. Setakat ini semua okey sebab
cikgu yang mengajar lakonan dan tarian semuanya garang," ujar Faris
sambil tertawa.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum