Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Go down

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Post by Park Deen on Fri Apr 06, 2012 10:00 am

'Permainan dunia bola sepak'




JADI TUMPUAN... Annuar ketika hadir di Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin.




"PEMAIN bola sepak yang baik sekalipun, tidak bermakna dia tidak akan dikenakan kad merah."

Itu reaksi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
(gambar) ketika diminta mengulas mengenai hukuman penggantungan Timbalan
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa
daripada sebarang aktiviti bola sepak pada peringkat nasional dan negeri
selama dua tahun enam bulan.

Ahmad Shabery berkata, walaupun umum sedar Annuar banyak memberi
sumbangan kepada dunia bola sepak tempatan, terutamanya skuad Kelantan
sehingga berjaya menjadi antara gergasi Liga Malaysia (Liga M) sejak
beberapa tahun lalu, ia tidak bermakna Annuar kebal dari- pada sebarang
tindakan.

"Ia adalah sebahagian daripada permainan dalam dunia bola sepak
sendiri. Adakalanya pengadil terpaksa layangkan kad kuning atau kad
merah, walaupun adakalanya keputusan itu tidak digemari para penyokong
tetapi keputusan tetap keputusan," kata- nya.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata. beliau difahamkan yang Annuar sendiri sudah akur dengan kepu- tusan tersebut.

Kelmarin Annuar dikenakan hukuman gantung dua tahun enam bulan oleh
Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas jawatankuasa itu mendapati beliau
bersalah mengkritik skuad bola sepak negara menerusi media pada 12
Februari lalu.

Akibat hukuman itu, Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti badan induk bola sepak negara mahupun negeri.

Ahmad Shabery berkata, beliau melihat Annuar dikenakan 'kad merah'
terhadap tindakannya yang dikatakan melanggar sebahagian daripada
disiplin FAM.

"Pengadil dah berikan kad merah, dia (Annuar) kena akur, kalau dia
lawan dia akan berhadapan dengan masalah-masalah lain pula," katanya
sambil mengakui bahawa keputusan itu mengakibatkan satu kehilangan dalam
arena bola sepak negara.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery mengucapkan tahniah kepada
atlet lawan pedang, Yu Peng Kean yang baru melayakkan diri ke Sukan
Olimpik 2010 di London berdasarkan merit.

Atlet berusia 21 tahun itu berjaya ke pentas temasya sukan berprestij
tersebut Julai depan selepas menduduki tangga kedua dalam ranking Asia,
selepas tempoh kelayakan dimuktamadkan pada penghujung Mac lalu.

"Saya terkejut tetapi amat gembira kerana kita tak pernah terlintas
acara ini (lawan pedang) sebagai salah satu daripada agenda Road to
London.

"Sekarang jumlah atlet negara ke London sudah bertam- bah," katanya.

Ahmad Shabery berkata, bagi menunaikan janji, Peng Kean akan
diberikan elaun terus RM2,500 kerana melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

"Ini contoh satu persatuan (Persatuan Lawan Pedang Malaysia) yang
melalui detik- detik kegawatan suatu masa dahulu kerana terjerumus dalam
krisis dan kini mereka sudah menyelesaikannya," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum