Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Membongkar kisah pemenggal kepala

View previous topic View next topic Go down

Membongkar kisah pemenggal kepala

Post by Park Deen on Thu Apr 05, 2012 4:22 am

Membongkar kisah pemenggal kepala








THE BORNEO INCIDENT tidak berbunyi seakan-akan sebuah filem. Namun
itu faktanya. Ia merupakan sebuah filem seram eksperimental hasil karya
sulung terbitan Maverick Media arahan Michael Helfman.

Bakal menemui penonton pada bulan September tahun ini, The Borneo Incident juga dikhabarkan akan turut dipertandingkan di Festival Filem Toronto sebelum memasuki Malaysia.

Filem yang mengumpulkan pengacara terkenal, Henry Golding, Daphne
Iking dan Hansen Lee dalam barisan pelakonnya itu juga turut melibatkan
pelakon Singapura, Fay Hokulani selain pelakon seksi Carmen Soo serta
penyanyi Dennis Lau.

Henry tidak canggung

Tidak sukar rasanya bagi pengacaraprogram 8TV, Without Boundaries,
Henry Golding untuk sekali lagi masuk ke hutan menjalani penggambaran
filem itu. Walaupun pada kali ini dia menjelajah isi hutan bukan sebagai
hos, tetapi sebagai pelakon, ia adalah satu pekerjaan baharu yang
mengujakannya.

Hal itu diakui sendiri olehnya yang ditemui ketika sidang akhbar dan
previu filem itu di Hotel Gardens, Petaling Jaya, Selangor, pada Selasa
lalu.

"Filem ini akan membawa penonton kembali kepada budaya asal etnik
pribumi di Borneo dan pastinya menjanjikan pengalaman sebenar yang
sangat realistik.

"Penggambaran ini dilakukan di kawasan rumah panjang Ukum yang
terletak di daerah Batang Ai, Sarawak, malah kami juga masuk ke dalam
hutan yang mengambil masa sejam dari kawasan penempatan untuk
penggambaran selama dua hari di sana.

"Mujur sebelum ini saya dibiasakan untuk pengembaraan di dalam hutan,
maka lokasi penggambaran filem kali ini tidak terlalu aneh bagi saya,"
ujarnya yang menjelaskan lebih banyak reaksi berbanding aksi terkandung
dalam filem ini.

Fay tukar minat

Salah seorang pelakon dari Singapura, Fay Hokulani yang pertama kali
terpaksa melakukan aktiviti lasak di dalam hutan turut menceritakan
pengalamannya sepanjang tempoh penggambaran yang bermula pada hujung
Februari lalu.

"Pada mulanya apabila saya dikhabarkan perlu masuk ke hutan saya
takut! Tidak pernah terlintas untuk melakukan nktiviti sedemikian.
Pastinya perkara yang menyukarkan bagi saya selaku seorang perempuan
adalah apabila berada di kawasan hutan dan tiada tandas.



DARI KIRI, Fay, Henry (duduk,depan), Hansen dan Daphne merupakan antara pelakon penting filem The Borneo Incident.



"Namun, selepas bersama dengan kru produksi filem ini, sedikit sebanyak ia telah menarik minat saya untuk melakukantreking hutan dengan lebih kerap selepas ini," cerita Fay teruja.

Daphne ketakutan

Sementara itu, filem itu turut menampilkan heroin filem Belukar, Daphne Iking sebagai seorang pemandu pelancong di kawasan Batu Caves, Selangor.

Bercerita tentang tekanan bekerja di bawah produksi luar negara
sehingga dirinya pernah tersesat dalam hutan, ujar pengacara rancangan
ntv7, Bella itu, pengalaman dirinya sebagai seorang wartawan sebelum ini banyak membantunya.

"Sebagai seorang wartawan, kita dilatih untuk menyerap sebanyak
mungkin maklumat yang diberikan. Begitu juga sewaktu berlakon dalam
filem ini.

"Kami melakukan penggambaran di Batu Caves dua hari sebelum perayaan
Thaipusam dan sewaktu ralit melihat kavadi saya terpisah daripada kru
produksi lain dan sesat.

"Menakutkan tapi pengalaman itu sangat berharga bagi saya. Selain
itu, saya perlu menghafal sebanyak mungkin informasi yang diberikan
pemandu pelancong dalam masa yang singkat. Akhirnya apa yang melekat
saja yang keluar dari mulut," ujarnya bersungguh-sungguh.

Hansen tayang badan

Pengacara The Breakfast Show di ntv7, Hansen Lee pula tampil sebagai cameo dalam filem itu memegang watak sebagai abang kepada watak lakonan Carmen Soo.



FILEM The Borneo Incident membawa penonton kembali kepada budaya asal etnik pribumi di kepulauan Borneo.




Wataknya itu merupakan seorang pemuda yang sudah sebati dengan
kehidupan pantai menyebabkan dia muncul dalam banyak babak filem itu
tanpa memakai baju.

Hansen bagaimanapun berharap ia tidak timbul menjadi isu kontroversi
kerana sepanjang filem itu, dia sememangnya diwajibkan untuk tidak
berbaju!

"Saya bersedia untuk aksi tayang badan. Apabila ditawarkan watak ini
saya mengandaikan sama ada saya akan memakai singlet mahupun sekadar
memakai seluar pendek di tepi pantai.

"Tidak menjadi isu bagi saya dan saya selesa beraksi sebegini.
Mungkin sesetengah orang merasakan perkara ini sensitif tapi saya masih
menghormati norma masyarakat kita," katanya yang sebelum ini pernah
menjadi seorang jurulatih gimnasium selama empat tahun.

Dia sebelum ini pernah berlakon dalam sebuah drama Singapura berjudul Polo Boys pada tahun 2009 juga tanpa memakai baju.

Tambah pelakon telefilem Akinabalu dan Di Telapak Kaki Bonda
itu, perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan isu kerana tindakannya
adalah berdasarkan watak dan tiada niat untuk mencetuskan sebarang
kontroversi.

The Borneo Incident menceritakan pengalaman lima orang sahabat yang
mendokumentasikan pengembaraan mereka dari New York, Amerika Syarikat ke
Borneo, Malaysia.

Tujuan rombongan mereka adalah untuk menjejak semula keluarga Henry
yang terkenal dengan kaum pemenggal kepala iaitu Iban sehingga tersasar
daripada matlamat asal setelah tersesat sehingga memasuki sempadan
sebuah puak di Indonesia.

Semakin jauh kumpulan itu berjalan mereka sedar bahawa kawasan yang ditinjau bukan tempat yang terbaik untuk mereka jejaki.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum