Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

zizan raja lawak

View previous topic View next topic Go down

zizan raja lawak

Post by Park Deen on Fri Mar 30, 2012 5:47 am

Bukan itu niatnya
Oleh Hanisah Selamat
nisa@bharian.com.my
2012/03/30



Zizan yakin peminat bijak menilai lagu Bawaku Pergi

TIDAK
pernah terniat di fikiran pelakon dan pelawak, Zizan Razak, untuk
menggalakkan gadis muda lari dari rumah tatkala tampil bersama lagu,
Bawaku Pergi, sebaliknya menganggap ia sekadar hiburan santai.

Tambahnya, masyarakat sudah cukup bijak untuk mempertimbangkan sesuatu
perkara, apatah lagi membuat penilaian terhadap dendangannya bersama
penyanyi baru, Kaka, atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff.

Bagi saya, setiap dendangan hanya halwa telinga. Kalau ikutkan, banyak
lirik tidak masuk akal terutama dendangan dari Barat yang begitu mudah
diterima. Apa pun saya enggan membuat perbandingan kerana muzik adalah
sesuatu yang bersifat sejagat dan ia bergantung kepada persepsi
individu. - Zizan

“Saya sebenarnya malas mahu membuka mulut berhubung isu Bawaku Pergi
yang dikatakan membawa mesej negatif menerusi bait liriknya. Jika saya
terus menjawab, bimbang isu ini semakin diperbesarkan.

“Bagi
saya, setiap dendangan hanya halwa telinga. Kalau ikutkan, banyak lirik
tidak masuk akal terutama dendangan dari Barat yang begitu mudah
diterima. Apa pun saya enggan membuat perbandingan kerana muzik adalah
sesuatu yang bersifat sejagat dan ia bergantung kepada persepsi
individu,” katanya selepas tayangan filem baru, Jangan Pandang-Pandang,
kelmarin.

Bagai memahami media akan bertanyakan soalan mengenai
lagu ciptaan bekas anggota kumpulan Too Phat, Malique, Zizan tenang
merungkai persoalan malah mengakui masih ramai di belakangnya yang
memahami situasi terbabit.

Cuma tegasnya, lagu yang semakin
mendapat tempat di corong radio itu barangkali diperdebatkan gara-gara
beberapa kes gadis muda yang lari dari rumah kebelakangan ini.

“Secara kebetulan ketika Bawaku Pergi ‘panas’ di radio, banyak kes
gadis lari dari rumah dipaparkan di media. Sedikit sebanyak keadaan ini
menjadikan saya terpaksa berfikir dua kali jika mahu tampil dengan lagu
baru.

“Sedih juga bila niat kita disalah erti. Bukan hanya saya
dan Kaka yang bertalu-talu diajukan persoalan sama, pelbagai tanggapan
kurang manis juga dilemparkan kepada kami, termasuk Malique sekali,
kerana dicop membawa anasir buruk kepada anak muda lain,” ulasnya.

Ditanya
mengenai percubaannya menceburi cabang seni lain termasuk nyanyian,
Zizan atau nama sebenar, Mohd Razizan Abdul Razak, 27, enggan dicop
tamak sebaliknya suka mencabar diri meneroka sesuatu yang baru.

Sudah
diintai menjadi duta bagi jenama aksesori kereta yang bakal diumumkan
kelak, anak muda berbakat besar ini punya misi mengukuhkan lagi empayar
seni menerusi penubuhan syarikat produksi selain menguruskan artis.

“Berlakon
sudah menjadi bidang yang semakin saya cintai. Namun, banyak lagi
perkara yang harus saya pelajari termasuk tugasan belakang tabir. Pada
masa sama, saya juga bermula dengan kosong. Melihat rakan lain yang baru
berjinak-jinak mencari tapak, saya cuba membantu menerusi penubuhan
Wire Fame.

“Syukur kerana rezeki saya dipermudahkan apabila satu
persatu tawaran berlakon tiba. Walaupun dikenali sebagai pelawak, saya
juga ingin mencuba pelbagai lagi watak berbeza kerana tidak mahu
penonton jemu,” luahnya yang turut berdebar menanti reaksi penonton
terhadap Jangan Pandang-Pandang yang berada di pawagam bermula 29 Mac.

Lirik Bawaku Pergi – Kaka ft Zizan

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan munkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

* Oh Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

** Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak muka ada topeng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Ulang **

Bila kita pergi
apakan berlaku
siapakan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

Ulang *
Ulang **
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum