Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Khyril Muhymeen Zambri

View previous topic View next topic Go down

Khyril Muhymeen Zambri

Post by Park Deen on Fri Mar 30, 2012 5:34 am

Khyril Muhymeen mula 'gatal kaki'
Oleh Bashah Zainol Abidin
bhsukan@bharian.com.my
2012/03/30




KHYRIL (kiri) sudah belajar kesilapan dan tak sabar tunggu aksi menentang Perak, malam ini.

PENJARING terbanyak Kedah, Khyril Muhymeen Zambri tidak sabar beraksi
kembali apabila Hijau Kuning menentang Perak dalam saingan Liga Super di
Stadium Darulaman, malam ini selepas tersisih daripada senarai pasukan
yang menewaskan T-Team dalam suku akhir Piala FA tempoh hari.


“Saya kesal kerana kemarahan saya mengakibatkan dilayangkan kad
kuning kedua sehingga terpaksa menjadi penonton ketika kita bertemu
T-Team di Kuala Terengganu. Tapi saya sudah belajar dan mahu bantu
pasukan mencari kemenangan ke atas Perak, esok (malam ini,” kata
penyerang yang sudah menyumbang enam gol setakat ini.

“Saya juga gembira dengan prestasi rakan penyerang (Hamidan Mohamed)
berjaya menjaringkan dua gol memastikan kami ke separuh akhir. Saya
yakin peningkatan prestasi dia dan keyakinan diri saya mampu membantu
Kedah.

“Apa pun kami tidak memandang rendah keupayaan Perak kerana kedudukan
mereka pada tangga liga membuktikan kemampuan mereka dan kami harus
berwaspada di gelanggang sendiri.”


Khyril juga yakin, jurulatih pasukan, Wan Jamak Wan Hassan mampu menjelmakan satu lagi ramuan terbaik mengatasi lawan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum