Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Bapa rantai anak pada tiang

View previous topic View next topic Go down

Bapa rantai anak pada tiang

Post by Park Deen on Fri Mar 30, 2012 4:47 am

Bapa rantai anak pada tiang




LEHER seorang remaja berusia 13 tahun dirantai pada sebatang tiang elektrik di Battambang semalam. - AFP



BATTAMBANG - Seorang bapa di Kemboja merantai leher seorang anak
lelakinya pada sebatang tiang kayu elektrik di sini bagi menghukum
remaja berkenaan yang ponteng sekolah untuk bermain permainan Internet,
kata polis semalam.

Remaja berusia 13 tahun itu dirantai pada tiang elektrik sekitar dua jam.

Jirannya kemudian menghubungi pihak polis yang tiba di tempat kejadian bersama seorang tukang kunci untuk membebaskan mangsa.

"Si bapa amat marah apabila menemui anak lelakinya di sebuah kafe
Internet dan bukan di sekolah sehingga dia sanggup merantai anaknya di
khalayak sebagai pengajaran," kata Timbalan Ketua Polis Battambang,
Cheth Vanny.

Menurutnya, mangsa turut dipukul oleh bapanya.

Bapa berusia 40 tahun itu, Sok Thoeun yang bekerja sebagai pemandu
teksi motosikal melarikan diri selepas insiden berkenaan yang berlaku
pada Selasa lepas.

Dia kini diburu polis kerana melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.

"Dia sedang diburu," kata pegawai berkenaan.

"Penderaan seperti ini menyalahi undang-undang," tambahnya lagi.

Penggunaan Internet di Kemboja adalah antara yang terendah di Asia
Tenggara dengan kurang 1.5 peratus daripada 14 juta penduduk Kemboja
menggunakan kemudahan tersebut. - AFP
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum