Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tan Sri Annuar Musa

Go down

Tan Sri Annuar Musa

Post by Park Deen on Fri Mar 30, 2012 4:37 am

‘Saya akan terima’








“APA sahaja hukuman yang bakal saya hadapi saya akan terima tetapi
jangan tidak berlaku adil kerana saya Timbalan Presiden kelas kedua.”

Demikian reaksi Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM), Tan Sri Annuar Musa yang bersedia untuk menerima apa sahaja
keputusan yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib persatuan
itu selepas pendengaran kes 4 April ini.

Bagaimanapun, menurutnya, keputusan yang bakal dibuat itu tidak
boleh terhenti begitu sahaja kerana ia melibatkan kesamaran
undang-undang yang memerlukan keputusan kongres bersama-sama dengan ahli
gabungan untuk memperjelaskannya.

Katanya, beliau akan menghadiri pendengaran kes tersebut
bersama-sama dengan orang yang arif dengan peraturan persatuan tersebut
untuk membantunya mempertahankan diri.

“Saya akan menghadiri pendengaran tersebut dengan bantuan orang
yang lebih arif dalam persatuan sebab saya hanya orang biasa, saya
memerlukan bantuan orang yang lebih tahu tentang selok belok persatuan.


“Isu ini bukan saja melibatkan bentuk hukuman. Saya ialah ahli
jawatankuasa pentadbir, bila timbul tafsiran berbeza antara Jawatankuasa
Tatatertib dengan pembuat dasar ia tidak boleh berhenti begitu sahaja,
kita perlu betulkan dalam kongres,” katanya ketika ditemui semalam.

Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah sebelum ini dilaporkan bertitah,
Annuar akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin badan induk bola sepak
negara pada 4 April ini kerana didakwa secara terbuka mengkritik
prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal dalam
media.

Baginda bertitah, Annuar perlu berdepan dengan jawatankuasa itu
kerana tindakannya ternyata melanggar peraturan badan induk bola sepak
negara kerana apa yang dilakukannya merupakan satu kesalahan yang amat
besar.

Sementara itu, Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak
Kelantan (KAFA) turut menyifatkan keputusan yang mengheretnya ke
Jawatankuasa Tatatertib agak meragukan kerana ia dibuat tanpa memberi
surat tunjuk sebab terlebih dahulu dan dibincangkan di peringkat Exco.

Katanya, ada ‘orang tertentu’ yang membuat keputusan untuk
mengheretnya ke jawatankuasa tersebut tanpa dibincangkan terlebih di
peringkat eksekutif.

“Saya tidak kisah kalau orang yang hendak 'menyaman' saya itu
(kedudukan) lebih rendah kerana dalam persatuan akan timbul perkara
seperti ini dan keputusan (membawanya ke jawatankuasa tatatertib) itu
dibuat ketika Presiden dan saya sebagai Timbalan Presiden berada di luar
negara.

“Saya ada sikit perbezaan pendapat (dalam isu tersebut),
sepatutnya saya diberi surat tunjuk sebab dahulu dan Exco memutuskan
dahulu sebelum dibawa kepada lembaga disiplin. Sejak kongres FAM
terakhir hanya ada empat mesyuarat Exco dan saya sekarang sedang menulis
surat dan berharap lebih banyak mesyuarat diadakan kerana saya ada
banyak perkara yang ingin disampaikan,” jelasnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Tan Sri Annuar Musa

Post by Park Deen on Sat Mar 31, 2012 9:41 am

Annuar lwn FAM


Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


KERATAN Kosmo! semalam.




KEMELUT yang melanda hubungan antara Timbalan Presiden Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa dengan badan induk bola sepak
Malaysia itu kini semakin memuncak selepas beliau diarahkan untuk
berdepan Jawatankuasa Tatatertib, 4 April ini.

Sesetengah pihak berpendapat, kelantangan ‘orang kuat’ bola sepak
Kelantan itu wajar dihukum kerana dosa Annuar yang paling besar adalah
mengkritik prestasi pasukan Harimau Malaya yang di bawah kelolaan
persatuan berkenaan.

Bagi FAM, kritikan boleh dilemparkan namun, ia harus dalam bentuk
yang ‘enak’ didengar dan tidak terlalu keras terutama melibatkan pasukan
kebangsaan yang telah membuktikan keupayaannya menjuarai beberapa
kejohanan sebelum ini.

Annuar sepatutnya belajar daripada kesilapan yang dilakukan oleh dua
bekas Naib Presiden FAM sebelum ini, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja
Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang digantung kerana
mengkritik FAM.

Namun, tidak ada yang perlu dikesalkan, nasi sudah menjadi bubur,
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, Annuar perlu berdepan
tindakan disiplin yang akan diputuskan kelak.

Kini seluruh peminat Kelantan sudah tentunya tidak berpuas hati
dengan apa jua bentuk tindakan yang akan dikenakan kepada bapa
pembangunan bola sepak mereka itu kecuali Annuar dilepaskan tanpa
sebarang hukuman.

Sebarang bentuk hukuman sama ada Annuar digantung atau diharamkan
terus daripada dunia bola sepak Malaysia, pastinya ditunggu penuh minat
oleh seluruh peminat bola sepak Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Siber Kelantan
(Klate.Net), Mahizi Mahmood, berkata, teguran yang diberikan oleh Annuar
seharusnya dilihat dalam bentuk yang positif.

Katanya, sebagai seorang Timbalan Presiden, Annuar mempunyai hak
untuk bersuara dan menyatakan pendapat dalam usaha untuk terus
memantapkan pasukan kebangsaan.

“Sepatutnya teguran itu tidak dilihat dalam konteks kritikan
sebaliknya satu nasihat untuk kita sama-sama melihat proses pemantapan
pasukan kebangsaan secara berterusan.

“Bagi saya, teguran tersebut telah disalahertikan oleh mereka yang
berkenaan dan saya yakin ia mempunyai kaitan dengan ‘tangan-tangan
ghaib’ yang cuba menjatuhkan Annuar,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, jika diteliti semula, kenyataan yang dikeluarkan oleh
Annuar adalah bersifat umum dan sebagai salah seorang tenaga pentadbir
di dalam FAM, sudah tentu kenyataan berkenaan tidak bersifat untuk
mengaibkan.

Katanya, kemelut tersebut juga berpunca daripada kenyataan yang
dikeluarkan oleh Annuar dalam satu sidang media dan beliau hanya
menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan.

“Annuar berdepan pertuduhan Artikel 88 di bawah Perlembagaan FAM
iaitu memberikan kenyataan media tanpa kebenaran Presiden dan Setiausaha
Agung.

“Jika itu diambil kira, semua orang di dalam FAM tidak boleh bercakap
kecuali kedua-dua individu ini tetapi, hakikatnya ramai yang
mengeluarkan pendapat di dalam FAM dan mungkin secara kebetulan apa yang
dicakap itu bersifat memuja dan memuji menyebabkan mereka tidak
dikenakan tindakan,” ujarnya.

Mengulas mengenai titah Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, yang
menyatakan Annuar sudah melakukan kesalahan besar, Mahizi berkata,
beliau bimbang dengan keputusan yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Tatatertib itu nanti.

“Titah tersebut sudah pastinya akan mempengaruhi keputusan yang akan
dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib dan kita bimbang ia menjadi suatu
keputusan yang tidak adil,” jelasnya
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Tan Sri Annuar Musa

Post by Park Deen on Sun Apr 01, 2012 5:11 am

GEMPITA mahu berhimpun di FAM


Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


annuar



“KAMI tidak berniat untuk mencetuskan keadaan yang tidak diingini
pada 4 April ini tetapi kehadiran kami sebagai tanda memberi sokongan
moral kepada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan
Sri Annuar Musa.”

Demikian nada tegas Penyelaras Gabungan Kelab-Kelab Penyokong
Kelantan (GEMPITA), Mohd. Shaharuddin Abdul Latif ketika mengulas
mengenai kes Annuar yang akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin FAM di
Wisma FAM, Kelana Jaya Rabu ini.

Ia ekoran tindakan Annuar yang didakwa mengkritik secara terbuka
prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal kepada
pihak media baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Shaharuddin berkata, perhimpunan itu nanti akan
diwakili oleh beberapa kelab, antaranya Kelab Rasmi Bola Sepak Kelantan,
Cyber Bola Sepak Kelantan dan The Red Warriors Lembah Klang.

Katanya, kumpulan tersebut juga bakal disertai oleh beberapa kelab
penyokong negeri lain yang akan turut ‘turun padang’ di Wisma FAM,
Kelana Jaya nanti.

“GEMPITA tidak berniat untuk melakukan perkara-perkara yang tidak
diingini, sebaliknya kami percaya kemelut itu perlu diselesaikan dengan
cara yang lebih baik.

“Kami hadir bukan sahaja sebagai orang Kelantan tetapi sebagai peminat dan penyokong bola sepak tempatan.

“Perhimpunan itu akan diadakan secara aman dan kami tidak berniat
untuk melakukan perkara yang tidak diingini seperti merusuh atau
sebagainya.

“Kami berharap dengan kehadiran kami dapat menaikkan semangat Annuar
dan kami menerima apa jua keputusan FAM dengan hati yang terbuka,” kata
Shaharuddin kepada Kosmo! Ahad semalam.

Bagaimanapun, Shaharuddin menegaskan, keputusan untuk menjatuhkan
hukuman terhadap Annuar harus diadili dengan saksama tanpa dipengaruhi
oleh mana-mana pihak.

“Keputusan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM itu nanti harus adil.

“Kami bukan hendak menidakkan badan induk itu tetapi kehadiran Annuar
dalam FAM sebenarnya satu bonus kepada bola sepak tempatan.

“Justeru, kami mahu satu keputusan yang adil, seterusnya mencerminkan ketelusan FAM,” katanya.

Sementara itu, lebih 500 penyokong setia The Red Warriors mengadakan
demonstrasi aman di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu semalam
sebagai membantah sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap
Annuar.

Himpunan tersebut juga membuktikan tanda sokongan seluruh peminat
bola sepak Kelantan terhadap Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola
Sepak Kelantan (KAFA).
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Tan Sri Annuar Musa

Post by Park Deen on Thu Apr 05, 2012 4:12 am

FAM putuskan Annuar bersalah


Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


ANNUAR dikerumuni jurugambar ketika hadir ke Wisma FAM di Kelana Jaya semalam.




JAWATANKUASA Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
memutuskan bahawa Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa digantung
selama dua tahun enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di
peringkat nasional dan negeri berkuat kuasa semalam.

Pengerusinya, Datuk Taufik Razak memberitahu, keputusan itu dibuat
hasil persetujuan bersama lapan ahli Jawatankuasa Disiplin FAM yang
bersidang hampir tujuh jam di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Terdahulu, Annuar didakwa melanggar statut FAM dengan membuat
kenyataan akhbar, yang mana hanya Presiden FAM boleh memberi komen
berkenaan skuad kebangsaan. Atas kesalahan itu, Annuar dikenakan hukuman
penggantungan selama dua tahun.

Beliau juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM, Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM
pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebarkan kepada
pihak media. Bagi pertuduhan kedua itu, Annuar dikenakan hukuman
penggantungan enam bulan.

“Ahli Jawatankuasa Disiplin FAM sebulat suara membuat keputusan
bahawa Tan Sri Annuar Musa didapati bersalah atas kedua-dua tuduhan
tersebut.

“Justeru, pihak jawatankuasa tidak ada pilihan lain selain daripada
menjatuhkan hukuman penggantungan selama dua tahun enam bulan terhadap
beliau (Annuar).

“Pihak jawatankuasa juga telah menggunakan budi bicara (dengan) tidak
mengenakan sebarang denda terhadap beliau,” kata Taufik pada sidang
akhbar di Bilik Piala Liga Wisma FAM semalam.

Jelasnya, hukuman yang dikenakan ke atas Annuar itu menyebabkan
jawatan yang disandang Annuar selaku Timbalan Presiden FAM serta
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) digantung serta-merta.

Selain menjawat kedua-dua jawatan utama itu, Annuar turut memegang
jawatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Malaysia,
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dan Pengerusi
Jawatankuasa Liga Super Malaysia.

“Pihak kami tidak pernah menghalang Annuar untuk memberikan
penjelasan. Ini bukan kesalahan pertama beliau dan hukuman tersebut
tidak boleh dibuat sebarang rayuan memandangkan ia hukuman paling
mininum,” ujarnya.

Sementara itu, Annuar ketika ditemui pemberita selepas kes
perbicaraan tersebut berkata, beliau telah menunaikan tanggungjawab
sebagai salah seorang ahli majlis FAM.

“Kepada kawan-kawan media, (saya) minta maaf sebab dalam FAM telah
ditetapkan saya tidak boleh cakap kepada media, kecuali ada kebenaran
bertulis daripada kongres.

“Jikalau saya nak cakap pasal FAM, saya kena tulis surat kepada kongres terlebih dahulu,” katanya.

Sebelum kes perbicaraan itu bermula, kira-kira 300 penyokong Annuar
berhimpun di luar pekarangan Wisma FAM sejak pukul 12.45 tengah hari
sebagai tanda sokongan kepada Timbalan Presiden FAM itu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Tan Sri Annuar Musa

Post by Park Deen on Sun Apr 08, 2012 11:44 am

Annuar harus tanggung kos mesyuarat RM2,124


Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI dan YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my
IBARAT kata pepatah, 'Sudah jatuh ditimpa tangga.'

Begitulah nasib yang dialami Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa sejak kebelakangan ini.

Selepas dijatuhkan hukuman dua tahun enam bulan, semalam badan induk
itu mengarahkan Annuar membayar kos perbelanjaan mesyuarat Jawatankuasa
Tatatertib FAM yang bersidang pada 4 April lalu.

Annuar dalam entri terbaharu akaun Facebook miliknya berkata, beliau
dikehendaki membayar perbelanjaan tersebut yang berjumlah RM2,124.

"Baru buka emel dan menerima surat (daripada) Setiausaha Agung FAM
mengenai hukuman yang dikenakan kepada saya, penggantungan dua tahun
setengah.

"Saya juga dikehendaki bayar perbelanjaan mesyuarat Jawatankuasa
Disiplin (agaknya elaun-elaun jawatankuasa dan makan minum) berjumlah
2,124. Saya terima dengan redha dan akan bayar insya Allah," katanya
semalam.

Ketika diminta mengulas perkara tersebut, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar)
berkata: "Amalan mengenakan kos (pada) mesyuarat Jawatankuasa
Tatatertib ke atas pihak tertuduh telah lama diamalkan sejak 2010.

"Bayaran kos itu dikenakan ke atas semua pihak iaitu pemain, pegawai
dan pasukan yang kalah kes atau didapati bersalah, macam kes terbaharu
(kes Annuar).

"Ini bukan satu perkara yang baharu, ia telah diluluskan oleh Exco
FAM. Tan Sri Annuar yang turut memegang salah satu jawatan Exco FAM
sendiri meluluskan peruntukan tersebut.

"Peruntukan itu dimuatkan dalam Kod Tatatertib FAM dan ia diluluskan pada Mesyuarat Exco FAM pada 12 Julai 2010.

"Perlu dinyatakan bahawa peruntukan itu selari dengan peraturan yang
ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)," ujar Azzuddin.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Tan Sri Annuar Musa

Post by Park Deen on Sun Apr 15, 2012 10:29 am

RUJUK FAM DULU








MAHKAMAH Timbang Tara Sukan (CAS) yang berpusat di Switzerland
mungkin dilihat sebagai jalan terakhir buat Tan Sri Annuar Musa bagi
membersihkan kembali imejnya.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
itu harus mendapat ‘lampu hijau’ daripada ahli-ahli kongres badan induk
tersebut jika mahu merujuk kes penggantungannya kepada CAS.

“Jika beliau (Annuar) mahu bawa kes itu ke CAS, ia adalah hak beliau.
Namun, beliau perlu mendapat kebenaran daripada ahli-ahli kongres FAM
kerana kes itu melibatkan disiplin dan perlembagaan,” jelas Pesuruhjaya
Sukan, Datuk Mohd. Yasin Mohd. Salleh kepada Kosmo! Ahad semalam.

Pada 4 April lalu, Jawatankuasa Disiplin FAM memutuskan bahawa Annuar
digantung dua tahun enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di
peringkat nasional dan negeri kerana memberikan kenyataan media tanpa
kebenaran Presiden dan Setiausaha Agung badan induk itu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Tan Sri Annuar Musa

Post by Park Deen on Sun Apr 15, 2012 10:30 am

Kongres FAM harus beri ‘lampu hijau’


Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my


ANNUAR hadir ke Wisma FAM, Kelana Jaya bagi menghadiri kes perbicaraannya pada 4 April lalu.




TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar
Musa harus mendapat persetujuan daripada ahli-ahli kongres badan induk
itu andai mahu merujuk kes penggantungannya kepada Mahkamah Timbang Tara
Sukan (CAS).

Demikian jelas Pesuruhjaya Sukan, Datuk Mohd. Yasin Mohd. Salleh
(gambar kecil) ketika diminta mengulas tentang hasrat yang disuarakan
Annuar kelmarin.

Annuar yang digantung jawatannya sebagai Timbalan Presiden FAM dan
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dikatakan bersedia membawa
kes tersebut kepada CAS di Switzerland sekiranya rayuan yang
dikemukakannya kepada Jawatankuasa FAM ditolak.

Begitupun, Mohd. Yasin menjelaskan, Annuar tetap mempunyai hak untuk
mempertahankan dirinya dengan merujuk kepada CAS, namun bekas Menteri
Belia dan Sukan itu perlu mendapat persetujuan daripada ahli-ahli
kongres FAM terlebih dahulu.

“Saya rasa jika beliau (Annuar) mahu membawa kes itu ke CAS, itu
adalah hak beliau. Namun, beliau perlu mendapat persetujuan daripada
ahli-ahli kongres FAM kerana kes itu melibatkan disiplin dan
perlembagaan dalam persatuan sukan berkenaan.

“Kes itu sama seperti kes pindaan perlembagaan dalam sesebuah
persatuan itu sendiri. Kalau semua ahli bersetuju dalam satu Mesyuarat
Agung Tahunan (AGM) atau Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang diadakan,
maka ia mungkin boleh dilaksanakan,” jelas Mohd. Yasin kepada Kosmo!
Ahad semalam.

Annuar yang didapati bersalah kerana melanggar Artikel 88
Perlembagaan FAM iaitu memberi kenyataan media tanpa kebenaran Presiden
dan Setiausaha Agung, memberitahu dalam satu sidang akhbar di Ketereh
kelmarin bahawa beliau mahu merujuk kes itu bagi menguji sejauh mana
kesesuaian sistem perundangan yang diguna pakai FAM ini.

“Saya tidak pasti sama ada usahanya itu boleh dilakukan atau tidak.
Saya kena semak dahulu peraturan sukan negara, kemudian baru boleh
beritahu keputusannya,” tambah Mohd. Yasin.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad enggan
mengulas lanjut mengenai hasrat Annuar yang mahu merujuk kes
penggantungannya kepada CAS.

“Maaf, saya tidak boleh memberikan komen memandangkan ia menyentuh hal ehwal dalaman FAM.

“Sekiranya terdapat pertanyaan mengenai apa-apa masalah, anda boleh
merujuk kepada FAM dengan menghantar surat secara rasmi berdasarkan
tatatertib kerja melalui prosedur ‘hitam putih’ bukannya menggunakan
saluran media (untuk meluahkan sebarang pertanyaan),” katanya.

Pada 4 April lalu, FAM memutuskan Annuar digantung selama dua tahun
enam bulan daripada kedua-dua tugasnya setelah dibicarakan dalam
mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Annuar juga tidak dibenarkan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Tan Sri Annuar Musa

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum