Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Lelaki dapat muka baruuuuuuu

View previous topic View next topic Go down

Lelaki dapat muka baruuuuuuu

Post by Park Deen on Thu Mar 29, 2012 7:36 pm

Lelaki dapat muka, gigi baru


WAJAH asal Norris (kiri), selepas insiden tembakan (tengah) dan selepas menjalani pemindahan muka.

WASHINGTON: Seorang lelaki berusia 37 tahun yang cedera dalam
kejadian tembakan diberikan wajah, gigi, lidah dan rahang baru yang
disifatkan oleh doktor sebagai pemindahan muka besar-besaran pernah
dilakukan.

Pegawai di Pusat Perubatan Universiti Maryland mengumumkan semalam,
Richard Lee Norris semakin pulih selepas pembedahan 36 jam minggu lalu.

Dia mula merasakan wajahnya dan sudah pun memberus gigi dan bercukur. Dia
juga memperoleh semula deria bau yang hilang selepas insiden berkenaan.

Norris, selama 15 tahun lalu, hidup menyendiri, bersembunyi di
sebalik topeng dan hanya keluar pada waktu malam. Pemindahan itu akan
mengembalikan kehidupannya, kata ketua pakar bedah, Dr Eduardo
Rodriguez.

“Ia bagaikan hidup di alam fantasi ketika melihat
wajahnya. Sebelum ini, orang akan merenung Norris kerana dia memakai
topeng dan mereka mahu melihat kecacatan di wajahnya,” kata Rodriguez.

“Kini, mereka punya alasan lain untuk merenungnya dan ia sungguh
menakjubkan,” kata Rodriguez. Pakar bedah menggelarnya pemindahan muka
paling lengkap di dunia yang membolehkan lelaki dari Virginia itu
muncul di sebalik topengnya selepas 15 tahun.

Ketika Norris menembak dirinya di muka pada 1997, dia kehilangan
hidung, bibir dan semua pergerakan di mulutnya. Dia telah menjalani
pelbagai pembedahan menyelamatkan nyawa dan membentuk semula wajahnya,
tetapi tidak begitu berjaya seperti ini.

Dia menerima wajah
baru daripada seorang penderma yang tidak dikenali minggu lalu.
Penderma itu turut menyelamatkan lima lagi pesakit pada hari sama
melalui pendermaan organnya.

Enam hari selepas pembedahan, Norris sudah boleh menggerakkan
lidahnya dan membuka serta menutup matanya. Dia pulih lebih cepat
daripada jangkaan doktor. - DM
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum