Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

JDT Lantik Mora Ganti Gomez

View previous topic View next topic Go down

JDT Lantik Mora Ganti Gomez

Post by Karl on Thu Jan 19, 2017 6:57 am


Benjamin Mora KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Jurulatih Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Benjamin Mora disah sebagai ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards, dalam Facebook rasmi, Johor Southern Tigers, berkata Mora dilantik bagi menggantikan Mario Gomez yang menamatkan perkhidmatannya dengan JDT.

Katanya, Mora, kelahiran Mexico itu telah meluangkan masa sebulan bersama kelab Sepanyol, Atletico Madrid semasa di luar musim sebagai persediaan menggalas tugas baharu itu.

Beliau juga mengumumkan pelantikan ketua jurulatih JDT IV, Mohd Hamzani Omar bagi menggantikan Mora untuk membimbing pasukan JDT II dalam kempen Liga Perdana.

Katanya, penolong Gomez dalam pasukan JDT, Raul Linghi akan membantu Mora dalam persiapan menghadapi Piala Sumbangsih menentang Kedah di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Jumaat ini.

-- BERNAMA
avatar
Karl
co-Admin
co-Admin

Negeri :
Posts : 53
Points : 139
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum