Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Jangan dabik dada!

View previous topic View next topic Go down

Jangan dabik dada!

Post by Park Deen on Mon Sep 30, 2013 5:25 am

2013/09/30 - 08:22:02 AM Syed Riduan Ahmad | smriduan@bh.com.my 


Kuala Lumpur: Tiada siapa di kalangan lapan pasukan boleh mendabik dada betapa mereka harus menjadi pilihan untuk mara dalam kelompok empat pasukan terbaik selepas berakhir suku akhir pertama Piala Malaysia, malam kelmarin.

Sebaliknya, ketua jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee menegaskan perebutan empat slot terakhir ke separuh akhir masih terbuka kepada semua pasukan dan meramalkan perlawanan suku akhir kedua Jumaat dan Sabtu ini pasti lebih menarik serta sengit.

“Kemenangan dirakam pada perlawanan pertama sebelum ini tidak tidak menjanjikan laluan mudah kerana ada yang hanya menang tipis dan yang tewas pula mendapat bekalan gol di tempat lawan,” kata Kim Swee yang akan kembali memulakan sesi bersama skuad Harimau Muda hari ini.



Bagi perlawanan antara Tentera dan Lions XII di Stadium Selayang Jumaat ini, Kim Swee menjangkakan tuan rumah yang tewas 1-0 di Stadium Jalan Besar kelmarin, mempunyai kelebihan untuk mara tetapi perlu memastikan tampil dengan tahap kecergasan terbaik.

“Tentera yang dibarisi pemain berpengalaman mampu mengatasi Lions XII tetapi faktor keletihan mungkin menjadi halangan. Ini kerana apabila kembali dari bermain di atas padang tiruan, pemain akan cepat letih sebaik kembali bermain di padang biasa.

“Jadi mereka perlu berhati-hati kerana Lions XII yang hanya memerlukan keputusan seri pastinya akan lebih banyak bertahan dan menggunakan peluang mencari gol menerusi serangan balas atau situasi bola mati.”

Pada hari sama, Pahang yang merakam kemenangan 3-2 di Stadium Darul Makmur Jumaat lalu akan bertandang ke Stadium Shah Alam bertemu PKNS FC dan Kim Swee meletakkan kedua-dua pasukan sebagai seimbang.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum