Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Menang di Anfield beri kepuasan besar

Go down

Menang di Anfield beri kepuasan besar

Post by Park Deen on Sun Sep 01, 2013 5:32 am


TOM Cleverley (kiri) percaya biarpun hanya beraksi di peringkat awal musim, namun kemenangan ke atas Liverpool di Anfield esok bakal memberi kepuasan besar buat Manchester United.
LONDON - Pemain tengah Manchester United, Tom Cleverley mahu membantu pasukannya dalam apa jua cara untuk memalukan Liverpool esok kerana dia percaya, pulang bersama tiga mata di Anfield akan memberi kepuasan besar kepada pemain dan penyokong United.


Menurut pemain muda England itu, pertembungan United dan Liverpool, tidak kira di peringkat mana sekalipun menghadirkan 'bahang' tersendiri kerana kedua-dua pasukan mempunyai sejarah permusuhan panjang.

"Pertemuan dengan Liverpool amat bermakna buat peminat kerana sejarah dan permusuhan yang wujud di antara dua kelab ini, malah bermain di peringkat akademi sekalipun, kalau lawan kami adalah Liverpool, ia akan memberi makna berbeza.

"Saya tidak pernah bermain untuk United di Anfield, jadi saya tidak pernah merasai pengalamannya bagaimana.
"Harap saya dapat diturunkan dalam pertembungan Ahad ini dan saya akan melakukan apa saja untuk membantu pasukan membawa pulang tiga mata bermakna," kata pemain berusia 24 tahun itu.

United memulakan kempen musim baharu Liga Perdana Inggeris dengan menang 4-1 di Swansea City, sebelum seri 0-0 dengan Chelsea di Old Trafford.

Reds pula memenangi kedua-dua perlawanan pertama mereka, mengalahkan Stoke City dan Aston Villa 1-0.
Liverpool bakal menerima kunjungan United tanpa tonggak pertahanan, Kolo Toure yang cedera, manakala tahap kecergasan pemain tengah, Joe Allen masih membimbangkan.

Dalam satu lagi perlawanan tumpuan, Arsenal menerima kunjungan Tottenham di Emirates esok tanpa penyerang utama, Lukas Podolski.
Bintang Jerman itu mengalami kecederaan hamstring, sekali gus menambah masalah Arsene Wenger, yang sudahpun kehilangan dua pemain tengah, Alex Oxlade-Chamberlian dan Mikel Arteta.

"Ini adalah berita buruk buat Lukas Podolski selepas dia tidak dapat beraksi selama lapan hingga 10 minggu.
"Kecederaan hamstring yang dialami lebih parah daripada sangkaan awal kami," kata Wenger. - AGENSI
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum