Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kelantan gah kukuh kedudukan Kumpulan C

View previous topic View next topic Go down

Kelantan gah kukuh kedudukan Kumpulan C

Post by Park Deen on Sun Aug 25, 2013 2:04 pm

2013/08/25 - 07:38:41 AM




Penyerang Terengganu, Effa Owona (tengah) diasak pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu pada saingan Kumpulan C di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, malam tadi.

Kota Bharu: Kelantan terus mengekalkan penguasaannya sekali gus meletakkan Terengganu di tangga tercorot Kumpulan C apabila membenam pasukan jiran itu 2-0 pada perlawanan kedua saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

“Saya gembira apabila isu penyalahgunaan dadah membabitkan pemain saya tidak mempengaruhi persembahan pasukan malam ini (malam tadi).

"Tiga mata amat berharga buat kami dan kemenangan ini memberi moral terbaik buat pemain mencipta kemenangan pada perlawanan seterusnya," katanya jurulatih Kelantan, Bojan Hodak ketika ditemui selepas perlawanan.



Kelantan yang dahagakan kemenangan selepas sekadar seri 1-1 pada perlawanan pertama menentang Pahang Selasa lalu ternyata garang apabila terus membuat asakan bertali arus ke kubu Terengganu sebaik perlawanan dimulakan.



Sepakan penalti

Usaha keras anak buah Bojan Hodak akhirnya berhasil apabila pemain import berbisa, Dickson Nwakaeme menanduk masuk bola hantaran ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi pada minit ke-10 untuk gol pertama Kelantan.
Tersentak dengan asakan bertali arus Kelantan, anak buah E Elavarasan bertindak mengatur serangan balas dan Mohd Ashari Shamsuddin hampir mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-15, tetapi rembatan derasnya sekadar terkena tiang gol.

Peluang terbaik Kelantan menambah jaringan muncul pada minit ke-24 apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti selepas ketua pasukan Terengganu, Hasmizan Kamaruddin menjatuhkan Mohd Norfarhan Mohamad di dalam kotak penalti.


NS putih mata


Di Seremban, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C hasrat Negeri Sembilan meneruskan rentak kemenangan pada perlawanan kedua tidak kesampaian apabila kalah 3-5 kepada Pahang dalam perlawanan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Jaringan pembukaan pelawat dihasilkan penyerang kebangsaan, Azamuddin Akil pada minit ke-23 namun kembali disamakan oleh S Sivanesan pada minit ke-48.

R Gopinathan turut tidak menghampakan apabila meledak dua gol pada minit ke-51 dan satu gol menerusi tonggak import, Matias Ruben Conti pada minit ke-63.

Sivanesan kembali merapatkan jurang dengan gol kedua tuan rumah pada minit-73 dan tiga minit kemudian, William Modibo menambah gol ketiga Negeri Sembilan namun ia semakin membangkitkan semangat lawan untuk melengkapkan jaringan kelima menerusi Mohd Faizol Hussin pada minit ke-82.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum