Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

United,Chelsea berentap awal

Go down

United,Chelsea berentap awal

Post by Park Deen on Sat Aug 24, 2013 4:02 am

LONDON - Hanya seminggu musim baharu Liga Perdana Inggeris bermula, perhatian kini tertumpu kepada pertembungan dua calon utama untuk meraih kejuaraan utama musim ini iaitu antara Chelsea yang akan berdepan dengan juara bertahan, Manchester United, Isnin ini.
United memulakan saingan musim ini dengan kemenangan 4-1 ke atas Swansea pada minggu lalu.

Namun Chelsea akan menjadi penentu aras sebenar kepada keupayaan pengurus baru Red Devils, David Moyes yang akan bertemu Liverpool dan Manchester City selepas ini.

Chelsea yang kembali mendapat sentuhan pengurus baru, Jose Mourinho, menang 2-0 ke atas Hull City dan meneruskan pungutan tiga mata dengan menewaskan Aston Villa 2-1 pada pertengahan minggu ini.

Sekiranya kelab London itu mampu mengejutkan Red Devils di Old Trafford, Chelsea berpeluang menjarakkan diri sebanyak enam mata pada permulaan musim dengan kelebihan satu perlawanan namun pemain tengah Unied, Ryan Giggs tidak mahu perkara itu terjadi.

"Pada musim pertama Mourinho di Chelsea, dia sentiasa bermula baik dan kami sukar untuk mengejar kedudukan mereka pada akhirnya," kata Giggs. - AFP
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum