Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

ATM sedia bedil lawan

View previous topic View next topic Go down

ATM sedia bedil lawan

Post by Park Deen on Fri Aug 16, 2013 9:47 am

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my
ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) sudah bersedia mengharungi kempen Piala Malaysia yang dijadualkan bermula 20 Ogos ini.
Jurulatih ATM, B. Sathianathan berkata, barisan pemainnya kini berada dalam prestasi terbaik selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas penyandang juara, Kelantan pada aksi persahabatan di Kota Bharu malam kelmarin.

Menurut Sathianathan, walaupun sekadar aksi pemanas badan, namun kemenangan ke atas Kelantan yang mengecewakan mereka di pentas final Piala Malaysia musim lalu, memberi satu motivasi tambahan buat para pemainnya menjelang kempen Piala Malaysia musim ini.

Situasi penjaring terbanyak Liga Super, Marlon Alex James turut diragui kerana masih kurang cergas akibat kecederaan.

Sathianathan berkata, selain ketiga-tiga tonggak terbabit, kesemua pemainnya yang lain berada dalam prestasi terbaik menjelang aksi menentang Sime Darby nanti.

"Kemenangan ke atas Kelantan itu sememangnya sangat istimewa kepada saya dan juga para pemain kerana ia memberi kami satu keyakinan tambahan sebelum sepak mula Piala Malaysia Selasa depan.

"Namun, agak malang apabila Mohd. Nizaruddin (Yusof) mengalami kecederaan dalam perlawanan itu dan masih belum pasti diturunkan atau tidak pada aksi pertama menentang Sime Darby di Selayang minggu depan.

"Buat masa ini, saya masih menanti perkembangan Nizaruddin serta Marlon bagi mencari gandingan sesuai buat Hairuddin Omar menerajui jentera serangan ATM," kata Sathianathan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jelas Sathianathan, selain Nizaruddin, 33, tonggak pertahanan, Amirizwan Taj Tajuddin, 27, juga masih 'berehat' akibat kecederaan ketika mewakili Harimau Malaya dalam aksi menentang Barcelona minggu lalu.

"Aksi persahabatan dengan Kelantan adalah perlawanan pemanas badan terakhir kami sebelum bermulanya Piala Malaysia.

"Sebelum ini, kami menghadapi aksi persahabatan dengan beberapa pasukan dan kami telah memperoleh keputusan positif dalam kesemua aksi tersebut," jelasnya.

Pada 31 Julai lalu, ATM melakar kemenangan 3-2 ke atas juara Liga Premier, Sarawak sebelum seri 1-1 dengan Perak pada 3 Ogos lalu.
Minggu lalu, anak-anak buah Sathianathan merakamkan kemenangan 3-0 ketika menentang Negeri Sembilan.
Pada kempen Piala Malaysia musim ini, ATM diundi dalam Kumpulan A bersama Selangor, Sime Darby serta Johor.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum