Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Pahlawan Merah terima ‘duit raya’

View previous topic View next topic Go down

Pahlawan Merah terima ‘duit raya’

Post by Park Deen on Tue Aug 06, 2013 5:31 am

Oleh YATIMIN ABDULLLAH
sukan@kosmo.com.my


ANNUAR (kanan) bergurau dengan kapten Kelantan, Mohd. Badhri Radzhi pada majlis berbuka puasa di Kota Bharu malam kelmarin.



MENJELANG Aidilfitri yang bakal disambut beberapa hari lagi, barisan pemain dan pegawai skuad bola sepak Kelantan pastinya mampu tersenyum gembira.

Ini kerana mereka menerima 'duit raya' apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengagihkan bonus berjumlah RM600,000 hasil kejayaan menjuarai Piala FA bagi musim kedua berturut-turut selain sekali lagi mengesahkan tempat dalam saingan Piala AFC musim depan.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemberian bonus tersebut sebagai penghargaan kepada barisan pemain yang telah bertungkus-lumus menaikan nama pasukan dengan mengekalkan kejuaraan Piala FA sekali lagi musim ini.

Beliau berkata, jumlah tersebut adalah yang tertinggi setakat ini pernah diberikan oleh KAFA kepada barisan pemain The Red Warriors selepas menolak segala perbelanjaan pengurusan untuk final Piala FA.

Menurutnya, agihan bonus tersebut diberikan kepada setiap pemain The Red Warriors sama ada yang beraksi di pentas final atau tidak.
"Seramai 14 pemain yang beraksi pada final Piala FA menerima agihan bonus berjumlah RM30,000 setiap seorang membabitkan peruntukan berjumlah RM420,00.

"Baki selebihnya daripada bonus tersebut diberikan mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh pihak KAFA. Ini merupakan agihan bonus tunai terbesar yang pernah dibuat oleh KAFA setakat ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama The Red Warriors dan pengamal media Kelantan di Kota Bharu malam kelmarin.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Presiden KAFA, Datuk Affandi Hamzah, Naib Presiden KAFA, Datuk Ismail Mohd. Nor, Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim dan barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Bojan Hodak.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh turut melahirkan rasa lega kerana agihan bonus tersebut dapat dilunaskan sebelum sambutan Aidilfitri seterusnya membolehkan barisan pemain membuat persiapan untuk menyambut hari lebaran tersebut yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

"Saya berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana dapat melunaskan pembayaran dan membolehkan KAFA mengagihkan bonus ini sebelum sambutan Aidilfitri," ujranya.

Annuar turut mengingatkan barisan pemainya supaya berjimat cermat dan tidak boros dengan bonus tersebut bagi memastikan ia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin demi masa depan mereka.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum