Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Cerita berbeza dua wanita

View previous topic View next topic Go down

Cerita berbeza dua wanita

Post by Park Deen on Sun Aug 04, 2013 10:48 am

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

ASMAHAN berharap telefon pintar Chili keluaran syarikatnya dapat diterima para pengguna telefon di negara ini.




WANITA ini tidak lekang mengukir senyuman serta ketawa yang mampu memikat sesiapa sahaja.
Namun, dalam senyum, ketegasannya memperjuangkan kepentingan alam semula jadi di negara ini seharusnya dipuji.

Malah, pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) EcoKnights, Yasmin Rasyid yang berumur 38 tahun itu menyatakan wang ringgit tidak menjadi keutamaan.

“Memang wang ringgit itu perlu, saya mengasaskan EcoKnights tanpa mengharapkan imbuhan cuma bertekad ingin memupuk semangat sukarelawan terutama kepada golongan muda,” katanya.

Bertempat di pejabatnya yang terletak di 41, Lorong Burhanuddin Helmi 11, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, wanita yang berasal dari Pasir Putih, Ipoh, Perak ini teruja bercerita mengenai kisah hidupnya.

Wanita yang mempunyai dua orang zuriat ini dilahirkan dalam keluarga campuran Cina dan India Muslim.

Kata Yasmin, minatnya terhadap NGO alam sekitar mula berputik semasa menuntut di Universiti Duke, Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS).
“Saya mengambil ijazah dalam bidang berkaitan biologi marin. Semasa cuti semester, saya sering terlibat dengan aktiviti NGO di AS.

“Tidak dinafikan di AS para aktivis NGO lebih aktif. Namun, banyak NGO di negara ini telah mengikut langkah yang serupa,” ujarnya.
Jelasnya, dia kurang berminat untuk bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Zaman internet
Menurutnya, pada zaman internet, dia boleh membuat kerja di luar pejabat.
“Sekarang zaman internet. Urusan kerja bukan sekadar boleh dilakukan di pejabat semata-mata tetapi juga di mana-mana sahaja.
“Kediaman malah di kedai kopi pun boleh kerja atau tugasan boleh dilakukan asalkan rajin dan ada semangat,” ujarnya.

Prinsip wanita bertubuh langsing itu adalah untuk menyelesaikan setiap urusan secepat mungkin.

“Jika ditangguh berkali-kali, apa sahaja yang kita lakukan tidak dapat diselesaikan,” katanya.

Sepanjang menjadi isteri, ibu dan Pengasas EcoKnights itu bersyukur kerana dia boleh membahagikan masa antara kerja dengan keluarganya.
“Malah, saya mempunyai suami, anak-anak dan rakan sekerja yang banyak mendorong saya,” kata Yasmin.
Lucu


YASMIN banyak belajar menguruskan NGO alam sekitar semasa menuntut di Universiti Duke, Amerika Syarikat.



Ada cerita lucu mengenai Yasmin untuk dikongsikan.

Dahulu, wanita ini tidak mahir berkebun malah untuk menjaga pokok kaktus pun dia tidak tahu.
“Cangkul pun saya anggap sesuatu yang agak aneh,” katanya.

Namun, pengasas NGO alam sekitar itu sanggup belajar dengan mengetepikan perasaan malu.

“Kini, saya mempunyai kebun mini yang sarat dengan pokok-pokok hiasan di rumah,” katanya.

Selain itu, beliau juga boleh memasak makanan tradisional Negeri Sembilan iaitu masak lemak cili api.
Lain pula kisahnya dengan seorang lagi wanita, Asmahan Sulaiman apabila dia tidak sabar menunggu produk sulungnya iaitu telefon bimbit Chili 5 bakal dipasarkan tidak lama lagi.

Sebuah kilang pembuatan telefon itu terletak di Johor.
“Saya sedar Instant Communication yang mengeluarkan telefon pintar Chili perlu bersaing dengan jenama terkenal sedia ada seperti Samsung, HTC dan BlackBerry

“Namun Chili 5 juga hebat, ia ada aplikasi khidmat pesanan ringkas percuma iaitu x-Com sama seperti WeChat, WhatApp dan Line,” ujarnya.
Tambah Asmahan, bateri telefon pintarnya mampu bertahan 40 peratus lebih lama berbanding telefon pintar yang lain.
Menurutnya, ia juga boleh digunakan untuk membuka pintu.

“Malah, perisian yang terdapat dalam telefon itu membolehkan pembayaran dibuat untuk perkhidmatan pengangkutan awam dan tambah nilai telefon bimbit,” katanya.

Dia juga memberikan jawapan tentang soalan kenapa dia menggunakan nama Chili.
Nama itu menggambarkan cabai yang menyebabkan si pemakannya akan berasa pedas.
“Mudah untuk diingati,” katanya.

Menurutnya, dia mendapat idea itu secara kebetulan semasa menjamu selera di sebuah restoran makanan segera bersama suaminya.
Tambah bekas peguam ini, harga yang ditawarkan untuk Chili juga berpatutan iaitu RM550 seunit.

“Warna dan logo telefon pintar itu juga boleh dihasilkan mengikut cita rasa pelanggan,” ujarnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum