Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Gaji termahal pemain bola sepak dunia

View previous topic View next topic Go down

Gaji termahal pemain bola sepak dunia

Post by Karl on Wed Mar 21, 2012 2:05 am









Gaji Messi termahal
PARIS: Pemain Argentina, Lionel Messi muncul pemain bola sepak yang menerima bayaran paling lumayan di dunia, diikuti David Beckham dari England dan Cristiano Ronaldo dari Portugal, menurut laporan majalah France Football.

Tonggak utama Barcelona itu meraih kira-kira 33 juta euro (RM133.86 juta) setahun dengan 10.5 juta euro (RM42.6 juta) bayaran gaji, 1.5 juta euro (RM6.09 juta) dalam bentuk bonus dan 21 juta euro (RM85.3 juta) diraih daripada pendapatan pengiklanan dan kontrak lain.


Beckham, bekas pemain tengah Manchester United yang kini bermain dengan Los Angeles Galaxy, membawa pulang 31.5 juta euro (RM127.9 juta) setahun, kebanyakannya hasil bayaran pengiklanan dan kontrak sokongan lain bernilai 26 juta euro (RM105.6 juta).

Penyerang Real Madrid, Ronaldo pula meraih pendapatan tahunan 29.2 juta euro (RM118.6 juta), pecahan daripada 13.7 juta euro (RM55.6 juta) gaji tahunan dan 15.5 juta euro (RM62.9 juta) pendapatan di luar padang, menurut France Foot- ball dalam satu artikel yang disiarkan semalam.


Jurulatih Ronaldo di Bernabeu, Jose Mourinho dari Portugal muncul pengurus berpendapatan paling lumayan dengan 14.8 juta euro (RM60.1 juta) setahun diikuti jurulatih Paris Saint-Germain, Carlo Ancelotti, 13.5 juta euro (RM54.8 juta). - AFP

--- HARIAN METRO

Karl
co-Admin
co-Admin

Negeri:
Posts: 51
Points: 135
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum