Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tunggu 'lampu hijau' Kim Swee

View previous topic View next topic Go down

Tunggu 'lampu hijau' Kim Swee

Post by Park Deen on Tue Jul 30, 2013 5:07 am

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
SETELAH tidak lagi mempertahankan trofi Newspaper Cup yang dimenangi di Vietnam tahun lalu, Harimau Muda dijangka berdepan lawan yang lebih berkualiti dalam usaha mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA di Myanmar Disember depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya sedang menunggu ‘lampu hijau’ daripada pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee bagi mengenal pasti aksi persahabatan yang lebih kompetitif sebaik saingan Pestabola Merdeka berakhir.
Hamidin turut memberikan jaminan bahawa aksi persahabatan itu mampu membuahkan hasil yang positif buat skuad muda negara dalam usaha memburu pingat emas hatrik pada temasya Sukan SEA itu.

“Buat masa ini, masih terlalu awal untuk mendedahkan siapa lawan Harimau Muda kerana aksi persahabatan itu hanya akan berlangsung selepas saingan Pestabola Merdeka berakhir.

“Justeru, pihak FAM akan menunggu laporan penuh daripada Kim Swee terlebih dahulu sebelum mengatur aksi persahabatan tersebut,” kata Hamidin kepada Kosmo! semalam.

Semalam, Kosmo! mendedahkan mengenai keputusan Kim Swee yang tidak mahu mempertahankan trofi Newspaper Cup yang dimenangi mereka buat pertama kalinya tahun lalu.

Kim Swee memerlukan beberapa perlawanan persahabatan yang lebih kompetitif selepas mengharungi Pestabola Merdeka yang dijangka melabuhkan tirainya di Kuantan pada 15 September depan.

Cabaran negara pada kejohanan jemputan yang bakal berlangsung pada Oktober depan itu bakal digalas ‘adik’ mereka iaitu Harimau Muda B yang dibimbing Razip Ismail.

Mengulas lanjut, Hamidin turut tidak menolak kemungkinan pasukan lawan Harimau Muda bakal tergolong dalam kalangan pasukan terbaik di sekitar Eropah dan Asia Tenggara.

“Mungkin dua, mungkin juga tiga perlawanan bergantung kepada keperluan Harimau Muda sebagai persediaan ke Sukan SEA.
“Apa yang pasti, aksi tersebut perlu lebih kompetitif berbanding Newspaper Cup dan mendatangkan hasil yang positif buat skuad muda negara,” jelas Hamidin.

Hari ini, Harimau Muda bakal ‘menutup buku’ di Slovakia berdepan Vion FC dalam aksi persahabatan terakhir sebelum pulang bercuti kira-kira seminggu sempena Aidilfitri di tanah air pada 6 Ogos depan.

Mereka hanya kembali menjalani latihan di ibu negara sebagai persediaan mengharungi Pestabola Merdeka bermula 12 Ogos depan.
Selain itu, skuad kendalian Kim Swee juga berjaya melakar kemenangan pada aksi terakhir mereka sebelum ini setelah mengatasi kelab Divisyen Dua Slovakia, FK Pohronie 3-2 pada 23 Julai lalu sebaik menamatkan saingan pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di tempat kelapan baru-baru ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz2aUUVSUVz
Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum