Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Impian peribadi Hairuddin

View previous topic View next topic Go down

Impian peribadi Hairuddin

Post by Park Deen on Mon Jul 29, 2013 11:43 am

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


HAIRUDDIN (kanan) menetapkan sasaran untuk membawa ATM ke final Piala Malaysia 2013.



KETUA pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar menetapkan sasaran untuk membawa skuad The Gladiators ke final Piala Malaysia 2013 yang bakal bermula 20 Ogos depan.

Pemain veteran berusia 33 tahun itu turut mempunyai misi peribadi iaitu untuk bermain pada final buat kali keenam sepanjang kariernya dan kali kelima berturut-turut.

Dalam pada itu, Hairuddin mengakui cukup berpuas hati dengan proses undian Piala Malaysia yang berlangsung kelmarin.
Pada undian itu, ATM diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama Selangor, Sime Darby dan Johor.

“Pada kempen Piala Malaysia kali ini, saya bertekad untuk membawa ATM mara ke pentas final sekali lagi dan saya juga ada misi peribadi iaitu untuk bermain buat kali keenam dalam karier saya serta kelima berturut-turut.

“Secara keseluruhan, saya cukup berpuas hati dalam proses undian kumpulan sebentar tadi (kelmarin) dan pada pendapat saya keempat-empat pasukan dalam Kumpulan A ini mempunyai peluang seimbang serta kesemuanya mampu layak ke pusingan seterusnya,” kata Hairuddin ketika ditemui Kosmo! selepas majlis undian Piala Malaysia di Kuala Lumpur kelmarin.

Bekas pemain Terengganu, Pahang, T-Team, Kelantan dan Negeri Sembilan itu berkata, selain Selangor, cabaran daripada naib juara Liga Premier, Sime Darby serta Johor juga tidak boleh diperlekehkan.

Katanya, sepanjang pemerhatian, pasukan-pasukan dalam Liga Premier juga boleh memberi impak besar pada saingan Piala Malaysia dan mereka mampu memberi cabaran kepada pasukan-pasukan utama Liga Super.

“Saya berkata demikian kerana kami pernah mengalami sendiri musim lalu.

“Hadir dalam kempen Piala Malaysia daripada pasukan Liga Premier, namun dengan semangat juang yang tinggi, kami mampu menjejak kaki ke pentas final.

“Sime Darby memiliki penjaring terbanyak Liga Premier (Karlo Primorac), manakala saya juga mendapat maklumat daripada rakan-rakan di negeri lain bahawa Johor juga merupakan sebuah pasukan yang sukar ditumbangkan.

“Mengenai cabaran Selangor, dalam saingan liga kami menang sekali dan tewas sekali serta seperti diketahui umum, aksi antara ATM-Selangor pada saingan sebelum ini sentiasa ‘panas’. Namun saya berani memberi jaminan dalam kempen Piala Malaysia nanti kami akan bersaing dalam penuh semangat kesukanan,” kata Hairuddin.

Sementara itu, Hairuddin turut percaya matlamat ATM ke pentas final pada kempen kali ini juga akan dipengaruhi dengan tahap kecergasan pemain-pemain utama serta sokongan padu para penyokong setia skuad The Gladiators itu.

Dalam aksi Liga Super musim ini, ATM menggunakan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebagai gelanggang tuan rumah namun, pada kempen Piala Malaysia ini pihak pengurusan ATM sedang berusaha memohon untuk bertukar ke Stadium Selayang.

“Untuk rekod, pada kempen Piala Malaysia musim lalu kami tidak pernah kalah ketika beraksi di Stadium Selayang dan para pemain juga sangat selesa beraksi di sana, manakala peminat-peminat setia sentiasa memenuhi stadium itu berbanding ketika kami beraksi di Paroi,” ujar bekas penyerang kebangsaan yang berasal dari Setiu, Terengganu itu.

Pada final Piala Malaysia musim lalu, ATM tewas 2-3 kepada Kelantan di Stadium Shah Alam.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum