Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Anak Patung Hidup

View previous topic View next topic Go down

Anak Patung Hidup

Post by Park Deen on Tue Mar 06, 2012 4:31 am

Anak patung seperti hidup




SESETENGAH orang berpendapat renungan bayi ini menakutkan.




'BAYI' tersebut kelihatan begitu comel. Mata bundarnya merenung tepat
ke arah sesiapa yang memandang. Dia tidak pernah merengek, bahkan
sentiasa tersenyum.

Meskipun mengujakan buat sesiapa yang mendukungnya, bayi itu tidak
bernafas kerana ia adalah sebuah patung bayi atau dikenali sebagai
reborn baby.

Bukan sahaja iras bayi sebenar, sesetengahnya turut direka dengan
ciri-ciri lain seperti mempunyai pemanas yang mengeluarkan haba seperti
manusia dan bunyi rengekan bayi.

Reborn baby berbeza berbanding anak patung biasa kerana ia direka
buat mereka yang mahu memanjakannya. Ia bagaikan bayi sebenar dan
mempunyai tekstur kulit yang menyamai bayi sebenar.

Mula popular sejak tahun 1990-an di Amerika Syarikat, patung itu pada
asalnya sekadar direka oleh mereka yang gemar menghasilkan barangan
seni. Namun kini lebih ramai yang ingin menjadikannya anak angkat.

"Begitu menakjubkan kerana ia kelihatan benar-benar seperti seorang
bayi," kata seorang wanita Singapura, Lilly Tan yang mempunyai tiga
orang cahaya mata mengenai anak patung tersebut.

Peneman

Reborn baby boleh dijadikan peneman buat ibu-ibu yang gagal hamil.
Seorang wanita berusia 36 tahun dari Stourbridge, England, Emma Weaver
mengalami keguguran ketika kandungannya mencapai usia empat bulan.

Sebagai usaha untuk mengembalikan bayi yang ditunggu-tunggunya itu,
dia membeli sebuah reborn baby bagi mengubati perasaan traumanya.

"Kejadian itu membuatkan saya trauma. Untuk mempunyai anak kembali saya mencari-carinya di laman jual-beli eBay.

"Di situ saya temui Bella, anak perempuan terbaharu saya," katanya mengenai anak patung perempuannya.

Tracy Cane, 47, dari Hednesford, England memberitahu bahawa dia menjadi ibu kepada enam orang reborn baby perempuan.

Dia menjadikan 'anak-anaknya' itu sebagai peneman kala kesunyian kerana anak-anak sebenarnya sudah besar.

"Saya ada empat orang anak lelaki dan sekarang mereka sudah besar.
Saya berasa seolah-olah tiada apa lagi bila mereka membesar dan tidak
tahu untuk melakukan apa-apa.

"Kini saya gembira kerana mempunyai enam orang anak perempuan iaitu Sophie, Liver, Layla, Ember, Lily Rose dan Emma.

"Saya seronok dapat memiliki ramai anak perempuan yang comel," katanya.



WANITA Barat yang tidak berpeluang untuk hamil mula beralih kepada anak angkat yang kaku ini.




Biarpun begitu comel, masih ada orang yang tidak menyukai reborn baby kerana menganggapnya sebagai objek yang menakutkan.

Seorang suami kepada pereka reborn baby, Matthew mendakwa dia melihat
bayi palsu tersebut seperti hantu bayi yang memandang tepat ke arahnya.

Sambil merujuk kepada watak patung bernyawa bernama Chucky dalam
filem Child's Play, Mathhew enggan menerima bayi itu sebagai bahan
mainan.

"Ia sangat menakutkan. Wajahnya macam bayi sebenar, tetapi ia kaku dan sentiasa merenung ke arah anda.

"Bayi ini tidak ubah seperti anak patung pembunuh, Chucky," ujar lelaki berusia 50-an tersebut.

Seorang ibu dari Hempshire, England, Rachel, terlalu obses dengan
reborn baby, namun minatnya itu tidak disokong oleh ahli keluarganya.

Mengakui bahawa keluarganya tidak selesa dengan Amy yang sudah lima
bulan tinggal bersama mereka, Rachel berkata, anak perempuannya cemburu
dengan bayi palsu itu.

"Anak saya, Rebecca tidak suka mengikut saya berjalan-jalan jika saya membawa Amy bersama.

"Anak lelaki saya berkata bahawa bayi ini menakutkannya. Saya tidak
mahu anak-anak saya menghadapi masalah tetapi saya belum berhajat
menghentikan minat saya ini.

"Saya ada sebuah bilik khas untuk menempatkan patung bayi ini agar
mereka tidak takut dengannya," kata Rachel, 44. - SYALMIZI HAMID
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum