Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Azizi teruja sertai Harimau Malaya

View previous topic View next topic Go down

Azizi teruja sertai Harimau Malaya

Post by Park Deen on Sun Jul 14, 2013 10:35 am


AZIZI (kanan) teruja apabila kembali dipanggil menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya, Khamis lalu.




TONGGAK pertahanan Kelantan, Azizi Matt Rose ternyata teruja apabila kembali dipanggil menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya, lapor YATIMIN ABDULLAH.

Justeru, Azizi bertekad memberikan persembahan terbaik, seterusnya memikat hati jurulatih, Datuk K. Rajagobal untuk meletakkannya sebagai pemain utama.

Menurut Azizi, peluang menyarung jersi Harimau Malaya buat kali kedua merupakan satu suntikan motivasi buatnya untuk terus mempamerkan aksi terbaik.

"Ini peluang terbaik buat saya untuk membuktikan sesuatu kepada jurulatih dan juga pasukan. Sekiranya terpilih untuk berada dalam kesebelasan utama, saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

"Lagipun kecederaan sebelum ini sudah pulih sepenuhnya dan saya kini berada pada prestasi terbaik untuk beraksi dengan skuad negara," kata Azizi yang kali pertama membarisi skuad negara pada tahun 2006.

Bagaimanapun, Azizi mengakui, dia bakal berdepan saingan sengit daripada rakan-rakan sepasukan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

"Walaupun saya beraksi cemerlang bersama Kelantan, ia bukanlah jaminan untuk berada dalam senarai pemain utama.

"Apa yang penting, saya mahu fokus dan memberikan aksi terbaik pada sesi latihan, seterusnya memikat hati jurulatih.

"Ketika ini, saya bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk menghadapi saingan bagi merebut tempat sebagai pemain utama dalam skuad Harimau Malaya," jelasnya.

Selain Azizi, beberapa tonggak The Red Warriors iaitu Ahmad Fakri Saarani, Nik Mohd. Shahrul Azim Ab. Halim, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Nor Farhan Muhammad dan Mohd. Shakir Shaari turut dipanggil untuk memperkuat Harimau Malaya kali ini.

Mengulas mengenai saingan Piala Malaysia, Azizi memasang impian untuk membantu Kelantan mengekalkan piala berprestij itu musim ini.
"Peluang beraksi bersama skuad negara akan saya gunakan sebaik mungkin untuk menimba seberapa banyak pengalaman," jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0714&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz2Z0Gp0IRP
Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum