Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Lima aduan PBNJ sudah selesai

View previous topic View next topic Go down

Lima aduan PBNJ sudah selesai

Post by Park Deen on Tue Jul 09, 2013 9:57 am

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

HAMIDIN (kanan) memaklumkan FAM akan memberi respons terhadap aduan yang dikemukakan mana-mana FA negeri atau kelab.




PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak pernah ‘membisu’ berhubung aduan terhadap mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga M).
Sebaliknya, FAM akan memberikan respons terhadap setiap aduan yang dikemukakan oleh mana-mana persatuan bola sepak (FA) negeri atau kelab.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan meluahkan rasa kesal terhadap mutu pengadilan Liga M.

Zulkurnain berkata demikian sehari selepas menyaksikan perlawanan antara Johor Darul Takzim (Johor DT) dan Selangor pada saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Sabtu lalu.

Menurut Zulkurnain, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) telah membuat lebih daripada lima aduan rasmi kepada FAM, namun tiada satu jawapan yang diterima daripada badan induk itu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin memberitahu, pihaknya telah memberikan penjelasan terhadap setiap aduan yang dikemukakan oleh PBNJ.

“FAM tidak pernah mengambil pendekatan berpeluk tubuh. FAM telah memberikan maklum balas terhadap setiap aduan yang dikemukakan PBNJ.
“Saya telah merujuk kepada jawatankuasa berkenaan (Jawatankuasa Pengadil FAM) dan (bekas Setiausaha Agung FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yang mengesahkan setiap aduan PBNJ telah dijawab.

“Buat masa ini, apa yang boleh saya sahkan bahawa aduan baharu daripada mana-mana pasukan mengenai mutu pengadilan Liga M masih belum diterima,” kata Hamidin ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam perkembangan lain, Hamidin turut mengulas mengenai peraturan pinjaman pemain bagi menghadapi kempen Piala Malaysia 2013 yang akan membuka tirai 17 Ogos depan.

“Mulai musim ini, FAM tidak membenarkan mana-mana pasukan meminjam pemain luar pada kempen Piala Malaysia.
“Peraturan itu telah diumumkan sebelum tirai Liga M bermula musim ini. Jadi, saya berharap tiada sebarang isu ditimbulkan berhubung peraturan ini,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum