Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

FAM jangan hanya 'berdiam diri'

View previous topic View next topic Go down

FAM jangan hanya 'berdiam diri'

Post by Park Deen on Mon Jul 08, 2013 7:23 am

Oleh RADIAH SAORI

PENYERANG Johor DT, Norshahrul Idlan Talaha diasak pemain Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin.




PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) diminta untuk memberi jawapan atas semua aduan yang telah dibuat mengenai mutu pengadilan sepanjang saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan (gambar kecil), sehingga kini Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) telah membuat lebih daripada lima aduan rasmi kepada FAM, namun tiada satu jawapan yang diterima daripada badan induk itu.

“Saya difahamkan sudah banyak aduan yang telah dibuat mengenai mutu pengadilan bola sepak dan bukan setakat laporan bertulis, PBNJ turut sertakan bukti dalam bentuk rakaman video.

“Namun sehingga kini, FAM langsung tidak memberikan jawapan. Saya harap FAM dapat ambil tindakan drastik kerana mutu pengadilan sangat lemah dan banyak keputusan yang dibuat boleh dipertikaikan,” kata Zulkurnain pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam.

Zulkurnain berkata demikian selepas beliau sekali lagi tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan ketika aksi Liga Super antara Johor Darul Takzim (Johor DT) dan Selangor di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin.

Jelas Zulkurnain, pada pertembungan yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 1-1 itu, Johor DT dilihat seperti menjadi mangsa apabila banyak keputusan tidak berpihak kepada skuad Harimau Selatan.

Katanya, perkara tersebut bukan hanya terjadi pada perlawanan kelmarin tetapi dalam beberapa lagi aksi melibatkan Johor DT termasuk ketika menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 22 Jun lalu.

“Saya turut berada di Stadium Larkin semalam (kelmarin) dan menyaksikan sendiri bagaimana mutu pengadilan yang sangat lemah. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.

“Penonton bayar tiket untuk masuk ke stadium dan mereka berhak untuk menyaksikan perlawanan yang adil.
“Perkara ini perlu diperbetulkan segera kerana jika tiada tindakan drastik daripada FAM, saya bimbang penonton dan pemain sendiri akan mula hilang kepercayaan,” katanya.

Justeru, Zulkurnain berharap Setiausaha Agung FAM yang baharu, Datuk Hamidin Mohd. Amin memainkan peranan utama untuk mengubah situasi bola sepak negara ke arah yang lebih baik.

“Saya harap beliau (Hamidin) dapat membuat perubahan terutama mengenai mutu pengadilan. Isu ini bukan perkara baharu. FAM perlu mengambil kira pandangan persatuan negeri, kerajaan negeri mahupun masyarakat,” katanya.

Pada aksi kelmarin, Johor DT mendahului pada minit ke-22 menerusi jaringan Leonel Nunez sebelum penyerang import Selangor, Forkey Doe menyamakan kedudukan enam minit selepas babak kedua bermula hasil sepakan percuma.

Dengan keputusan tersebut, Johor DT menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga, sekali gus gagal untuk melayakkan diri ke saingan Piala AFC tahun hadapan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum