Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Safiq, Safee masih 'laku'

View previous topic View next topic Go down

Safiq, Safee masih 'laku'

Post by Park Deen on Sun Jul 07, 2013 9:49 am

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Safee Sali, Safiq Rahim
KUALA LUMPUR - Dua pemain Kelantan, Ahmad Fakri Saarani dan Azizi Mat Rose kembali menambat pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal untuk diserapkan dalam kumpulan 27 pemain bagi bertemu Chelsea dan Barcelona.

Namun, ketika dua bintang Johor Darul Takzim (Johor DT) yang semakin dilanda kemerosotan prestasi, Safiq Rahim dan Safee Sali - kedua-duanya masih meraih kepercayaan jurulatih berusia 56 tahun itu.

Jangan sebut soal jasa, realitinya kedua-duanya lebih kerap memanaskan bangku simpanan ketika bersama Johor DT, menimbulkan persoalan yang sering ditimbulkan apabila senarai pelatih skuad kebangsaan diumumkan.

Malah, tidak keterlaluan ramai menggelarkan mereka berdua sebagai ‘anak emas’ Rajagobal kerana kerap mendapat tempat secara automatik walaupun prestasi mereka dalam saingan liga boleh dipertikaikan.

Bekas pemain kebangsaan dan penganalisis bola sepak negara, Reduan Abdullah berkata, sebagai jurulatih, dia (Rajagobal) sememangnya berhak memilih sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai mengikut sistem permainannya dan tidak salah memanggil kedua-dua pemain berkenaan.

Cuma berdasarkan pandangan peribadinya, dia berasa itu sebagai satu perkara yang kurang adil bagi pemain-pemain lain yang telah menyerlah dalam saingan liga, namun tidak diberikan kesempatan atas alasan kurang berpengalaman beraksi di pentas antarabangsa.

“Soal penyenaraian pemain, saya rasa biarlah Rajagobal melakukan kerjanya kerana dia lebih arif cuma rasa sedikit hairan kerana pemain yang berterusan tidak menyerlah masih dipanggil dalam pasukan kebangsaan.

“Situasi ini jarang-jarang terjadi sepanjang saya mengikuti skuad kebangsaan semenjak dulu kerana mana-mana pemain yang gagal memperagakan aksi terbaik ketika mewakili pasukan negeri masing-masing pasti akan digugurkan dan diisi pemain baru.

“Bila ini terjadi, barulah ada persaingan yang sihat di kalangan pemain untuk memastikan tempat mereka dalam skuad kebangsaan terjamin dan sentiasa memberikan terbaik di atas padang," katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam masa sama, dia berasa satu kerugian tidak menyenaraikan pemain Johor DT, Nurul Azwan Roya, malah tidak berada pada senarai 14 pemain menunggu jika ada kecederaan melanda pada mana-mana 27 pemain utama yang dipanggil.

“Saya sendiri tidak mengerti pemain berkualiti tinggi seperti Azwan Roya gagal berada dalam pasukan kebangsaan, bukan saya sahaja namun semua orang nampak dia cukup konsisten sepanjang musim ini malahan mampu menjaringkan banyak gol," katanya.

Beberapa nama yang menjadi teras kekuatan pasukan seperti Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak, Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd. Fadhli Shas masih disenaraikan.

Dua bintang Sarawak, Bobby Gonzales dan Putera Nadher Amarhan Maderner berada dalam senarai menunggu 14 pemain jika ada kecederaan melanda 27 pemain utama.

Semua pemain akan mendaftarkan diri menjalani latihan pusat pada 11 Julai iaitu pada bulan Ramadan di Wisma FAM bagi berdepan Chelsea pada 21 Julai ini di Stadium Shah Alam.

Kemudian mereka bakal berangkat ke Tokyo, Jepun pada 23 Julai ini bagi menjalani siri perlawanan persahabatan di sana sebelum mengakhiri persiapan bagi menghadapi kelayakan Piala Asia dengan menentang Barcelona FC, 10 Ogos ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum