Shabery minta siasat insiden gaduh di Paroi
Page 2 of 1 • Share •
Shabery minta siasat insiden gaduh di Paroi
Shabery minta siasat insiden gaduh di Paroi
KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Datuk
Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
menyiasat insiden pergaduhan membabitkan pasukan Felda United dengan
Negeri Sembilan pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul
Rahman, Paroi Sabtu lepas.
Sambil melahirkan rasa kesal dengan insiden berkenaan, Ahmad Shabery
berkata, insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam liga bola sepak
tempatan.
"Kita mesti memikirkan tindakan terbaik bagi memastikan insiden
tersebut tidak akan berlaku pada masa akan datang," katanya kepada
pemberita selepas melawat Pusat Simulasi Menembak Kementerian Belia dan
Sukan di Bukit Kiara, semalam.
Ahmad Shabery berkata demikian sebagai mengulas insiden tersebut yang
menyebabkan pengadil perlawanan Azman Jamaludin terpaksa melayangkan
tiga kad merah masing-masing kepada seorang pemain tuan rumah, S.
Kunanlan dan dua pemain lawan, Farid Ramli dan Mohd Hardi Jaafar kerana
terlibat dalam pergaduhan. Perlawanan tersebut dimenangi oleh pasukan
tuan rumah 1-0 menerusi jaringan tunggal penyerangnya Shahurain Abu
Samah pada minit ke-53.
Ahmad Shabery berkata, insiden tersebut tidak akan berlaku sekiranya
pemain dan pengurusan kedua-dua pasukan bersikap profesional dan tidak
mengikut emosi ketika berada di dalam stadium.
"Namun bagi saya, yang lebih penting ialah penyokong pasukan juga
harus bersikap profesional dengan tidak terlibat dalam perkara tersebut
kerana sedikit sebanyak akan merosakkan semangat kesukanan," katanya.
Mengulas mengenai pusat simulasi tersebut, Ahmad Shabery berkata
pihaknya menyasarkan sebanyak 1,000 belia berumur 15-40 tahun akan
dilatih setiap tahun bagi memastikan mereka mempunyai tahap kemahiran
yang bersesuaian.
"Pusat ini juga bukan dikhaskan untuk para belia tetapi juga untuk
badan-badan beruniform seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela)," katanya.
Katanya, pusat berkenaan yang kini berada dalam proses akhir
pengubahsuaian dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak pada 28 Januari ini bersempena sambutan ulangtahun ke-40
Rela.

Park Deen- Admin

- Negeri:

Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

Similar topics» Nak minta pendapat pasal kereta 2nd hand....
» Surat Minta Kerja
» Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN
» Clooney & Fabio gaduh di restoran..
» [Minta Pendapat] Baju hujan yg best

Page 2 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum

» Medan menebus kekecewaan
» Ronaldinho tekad robek Kelantan
» Chelsea, Bayern kongsi skrip
» Nasri buat pilihan tepat sarung jersi Manchester City
» Perhitungan terakhir
» PBSNT buka pintu rundingan
» Info FAM
» Man. City juara baharu?