Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

'Mana wang yang diterima FAM?'

Go down

'Mana wang yang diterima FAM?'

Post by Park Deen on Sat Jun 15, 2013 10:38 am


ANNUAR MUSA




PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa semalam mempersoalkan wang berjumlah RM30 juta setahun yang diterima Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi penjualan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia (Liga M).

Annuar berkata, jumlah tersebut sepatutnya digunakan bagi membantu persatuan negeri yang menghadapi masalah kewangan.
"Apabila saya merundingkan tajaan bagi Liga Malaysia menerusi MSL (Malaysian Super League), kita menjual segala hak milik negeri yang merupakan pihak yang beraksi menjayakan liga, matlamat kita ialah untuk menjana pendapatan lebih tinggi kepada negeri-negeri.

"Sekarang, kita harus tahu ke mana tajaan RM30 juta setahun itu dibelanja dan dibelanjakan di 'dapur' mana? Ia satu kesalahan kalau dianggap tajaan itu milik FAM, ia milik liga dan sebahagian besar hasil tersebut adalah untuk memajukan liga.

"Kalau dibiar peserta liga mati, akhirnya Liga Malaysia juga akan mati. Dapur persatuan negeri juga adalah dapur FAM," kata Annuar dalam laman sosial Facebook beliau semalam.

Kelmarin, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata, bukan tugas badan induk itu 'menjaga dapur orang lain' dan FAM sudah melakukan apa yang sepatutnya termasuk pemberian geran tahunan kepada setiap pasukan yang bertanding dalam Liga Super dan Liga Premier.
"90 peratus punca pendapatan FAM datangnya daripada persatuan bola sepak negeri dan tidak adil jika FAM tidak mengambil tahu masalah mereka.

"Persatuan bola sepak negeri adalah 'dapur' FAM kerana daripada merekalah, FAM kutip hasil dari denda, levi dan bayaran penajaan," katanya yang juga bekas Timbalan Presiden FAM.

Dalam pada itu, Annuar terus 'berperang' dengan Azzuddin yang dianggapnya bersikap seperti seorang 'jeneral tentera' dalam FAM.
Annuar berkata, masalah yang berlaku dalam FAM sekarang adalah kerana Leftenan Jeneral bersara itu berasakan masih berkhidmat dalam tentera walaupun sudah lama bersara.

"FAM bukan batalion tentera, sebaliknya ia lebih unik daripada itu. Dalam FAM, ada exco yang dipilih dan dalam bola sepak juga ada pemegang kepentingan termasuk penyokong, penaja, kementerian, ahli gabungan dan lain-lain yang cukup berbeza dengan tentera," katanya.

Annuar berkata, jawatan Setiausaha Agung FAM bukan dipilih menerusi pengundian daripada exco FAM, sebaliknya ia dilantik dan dibayar gaji.
"Justeru, tanggungjawab (Setiausaha Agung) bukan sekadar kepada presiden tetapi kemajuan keseluruhan bola sepak itu sendiri kerana dalam ketiadaan kongres dan exco, urusetialah yang berkuasa," katanya. - Bernama
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum