Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Metalasia kembali ke pentas konsert

View previous topic View next topic Go down

Metalasia kembali ke pentas konsert

Post by Park Deen on Sat Jun 08, 2013 5:17 am





Oleh HARYATI KARIM


KEMUNCULAN semula band metal yang
dikenali sebagai Metalasia di pentas konsert terbaharu mereka, The
Return of Metal Wars pada malam ini di Black Box Publika, Solaris
Dutamas, Kuala Lumpur pasti mengujakan peminat fanatik mereka.




SELEPAS sekian lama menyepi, kumpulan metal tanah air, Metalasia kini
kembali dengan siri konsert mereka yang terkenal pada tahun 1999 iaitu
Metal Wars.

Kumpulan yang pernah memenangi album Hard Rock Terbaik pada majlis
Anugerah Industri Muzik 2003 menerusi album Silantra: Bermula Sebuah
Epik ini akan kembali dengan siri konsert The Return Of Metal Wars
(Khalifah Alam Maya Vs. Silantra)

Konsert tersebut bakal berlangsung pada 8 Jun, malam ini di Black Box
Publika Solaris, Dutamas, Kuala Lumpur bermula pada pukul 8 malam.

Buat julung-julung kalinya, Metalasia akan menampilkan gabungan
vokalis terdahulu kumpulan itu iaitu CD Naz dan juga vokalis terkini
mereka, Muix.

Ahli lain yang menganggotai kumpulan Metalasia ialah King Shah (gitar
utama), Ritz (gitar kedua), Wan Brakar (bass) dan Sam Maya (drum).

Menariknya, konsert ini diadakan atas permintaan peminat setia yang
sudah lama menantikan konsert mereka untuk menggabungkan dua vokalis
tersebut.

“Sudah banyak permintaan peminat yang mencadangkan kami membikin
sebuah konsert menggabungkan dua orang vokalis daripada album terdahulu.


“Kini, impian mereka dan juga impian kami bakal menjadi kenyataan.
Diharap ramai peminat metal tidak kiralah peminat kumpulan kami atau
kumpulan yang metal yang lain akan datang menyaksikan persembahan kami,”
kata pemain gitar utama Metalasi, King Shah.

Tambahnya: “Selain itu, kami juga akan menampilkan tiga buah kumpulan
metal sebagai persembahan pembuka tirai sebelum Metalasia beraksi di
pentas pada malam ini. Kumpulan tersebut adalah Sepatu 69, Kumpulan V
dan Deja Voodoo Spells.”

Buat peminat yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai konsert
The Return Of Metal Wars, boleh hubungi talian 012-3119 311 atau
dapatkan tiket di hadapan pintu masuk Black Box Publika Solaris Dutamas
Kuala Lumpur.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm#ixzz2VaSvyI1f

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum