Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

FAM sambut baik usul menerusi EGM

View previous topic View next topic Go down

FAM sambut baik usul menerusi EGM

Post by Park Deen on Sat Jun 08, 2013 5:16 am





SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin
Ahmad menyambut baik cadangan ahli gabungan FAM untuk mengemukakan usul
persatuan itu menerusi mesyuarat luar biasa (EGM) bagi menyelesaikan isu
berbangkit.

Begitupun Azzuddin menyifatkan, jalan terbaik untuk menyelesai
perkara ini adalah meluahkan isu-isu tersebut pada Kongres FAM yang
bakal diadakan pada 17 Ogos depan.

Beliau berpendapat, proses untuk mengadakan EGM itu sedikit lambat
memandangkan ahli-ahli gabungan FAM perlu menghantar notis tiga bulan
sebelum tarikh EGM ditetapkan.

"Tiada masalah untuk mengadakan EGM. Benar, EGM boleh diadakan dengan
memerlukan persetujuan satu perlima daripada ahli gabungan membahaskan
sebarang usul.

"Ahli-ahli gabungan FAM ini sendiri harus menyediakan agenda EGM tersebut sebagaimana ia termaktub dalam Statut FAM.

"Pada masa sama, mereka harus menghantar notis (EGM) itu tiga bulan sebelum menetapkan EGM kepada pihak sekretariat FAM.

"Jadi, ini bermakna Kongres FAM diadakan terlebih dahulu sebelum EGM
ini. Justeru, saya berpendapat mereka sudah boleh bangkitkan isu-isu
dalam Kongres FAM akan datang tanpa mengadakan EGM," katanya ketika
dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! semalam melaporkan, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan
(KAFA), Tan Sri Annuar Musa menggesa ahli-ahli gabungan mengemukakan
usul untuk melakukan EGM.

Annuar memberikan respons sedemikian selepas kewibawaan FAM kini
dikritik hebat oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu
Bakar.

Ia gara-gara FAM dilihat gagal menjelaskan tuntutan Tunku Mahkota
Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mempersoalkan insentif sebagai
penganjur siaran langsung.

Sebelum ini, FAM mengumumkan insentif itu menerusi Mesyuarat Exco FAM
yang mana dana sebanyak RM15,000 diagihkan kepada pasukan tuan rumah
manakala RM5,000 untuk pasukan pelawat untuk satu perlawanan siaran
langsung April lalu.

Mengulas lanjut, Azzuddin menegaskan, ahli-ahli gabungan FAM masih
boleh untuk mengadakan EGM sekiranya mereka sebulat suara mahu
melaksanakan agenda tersebut.

"Seperti yang saya katakan tadi, tiada masalah untuk mengadakan EGM.

"Biarpun pihak sekretariat FAM tidak buat (proses EGM), ahli-ahli gabungan ini masih tetap boleh meneruskan EGM.

"Cuma, Kongres FAM diadakan pada 17 Ogos depan dan jika mereka telah
menghantar notis itu, EGM akan diadakan selepas Kongres FAM berlangsung.

"Terpulang kepada ahli-ahli gabungan FAM untuk meneruskan EGM atau menyelesaikan isu-isu berbangkit pada Kongres FAM," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz2VaSgWMvL

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum