Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Cegah kecederaan pada peti suara

View previous topic View next topic Go down

Cegah kecederaan pada peti suara

Post by Park Deen on Sat Jun 08, 2013 5:11 am











PERNAHKAH dalam sehari anda tidak menggunakan suara untuk
berinteraksi bersama rakan-rakan kecuali atas alasan tertentu seperti
anda seorang kelainan upaya? Apakah perasaan anda ketika tekak
dijangkiti kuman dan sukar mengeluarkan suara? Situasi ini sangat
merumitkan lebih-lebih lagi jika pekerjaan harian seseorang itu ialah
penyanyi, ahli politik atau guru sekolah.

Ringkasnya, suara cukup penting dalam kehidupan seharian. Ia
merupakan salah satu medium interaksi utama dengan orang sekeliling.
Namun, tanpa kita sedari, aktiviti sehari-hari yang dilalui sebenarnya
telah menghakis dan memudaratkan suara.

Sewaktu berada di tempat hiburan yang memasang muzik dengan kuat atau
bunyi bernada tinggi, kita sedaya upaya akan menjerit ketika bercakap
bersama teman-teman. Begitu juga ketika meluahkan rasa marah, tanpa
semena-mena vokal bertukar kasar dan suara menjadi keras.

Situasi begini sebenarnya mencederakan peti suara yang mengambil masa untuk kembali pulih seperti biasa.

Disebabkan itu, penjagaan dan rawatan suara perlu difahami bagi mengelakkan kita kehilangan nikmat bersuara secara bebas.

Disebabkan selalu mengikuti pertandingan dan mengadakan persembahan
nyanyian sejak berusia 10 tahun, Siti Mariyah Salmah Johari, 22, mula
mengambil inisiatif untuk memelihara suaranya dalam jangka masa panjang.

"Dahulu saya hanya menyanyi tanpa sebarang teknik atau mempelajari
sebarang cara pernafasan dengan betul. Kadangkala, suara saya akan
mengalami gangguan seperti serak dan tekak menjadi sakit akibat
penggunaan vokal secara terus-menerus.

"Ketika itu, saya tidak mempedulikan situasi tersebut kerana percaya
ia adalah sesuatu yang normal. Bagaimanapun, selepas mempelajari cara
penjagaan suara yang betul, sakit tekak atau serak itu boleh dielakkan.

"Ia boleh dikurangkan melalui pernafasan dan penggunaan vokal dengan betul," ujar Mariyah ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Penjagaan suara

Perubahan besar dari segi penghasilan suara dan penggunaan nafas mula
dirasainya apabila belajar secara formal di Akademi Seni Budaya dan
Warisan Kebangsaan (Aswara).

Segala teknik yang digunakannya selama ini tidak betul dan boleh mengakibatkan kecederaan.

"Baru saya tahu terdapat banyak cara yang boleh diamalkan bagi
mengelakkan berlakunya kecederaan pada peti suara," ujar pelajar Diploma
Muzik di Aswara itu lagi.

Salah satu petua yang sering dilakukan oleh Mariyah adalah dengan
meneguk segelas air selepas menyanyi. Ia penting terutama sekali ketika
mengadakan persembahan besar yang menuntut penggunaan suara pada tahap
optimum.

"Air sangat penting kepada seseorang yang kerap menggunakan suara
seperti penyanyi. Ia boleh melegakan urat-urat kerana tekak yang kering
lebih mudah untuk mengakibatkan kecederaan," ujarnya yang berasal dari
Cheras, Selangor.



TEKNIK penjagaan suara yang betul amat penting untuk seorang penyanyi. - Gambar hiasan




Penjagaan vokal tidak terhad kepada golongan penyanyi sahaja kerana
ia juga bermanfaat kepada mereka yang banyak menggunakan vokal seperti
guru, pengacara, penceramah, pembaca berita atau bilal masjid.

Malah, menurut Ketua Jabatan Seni Suara Aswara, Profesor Siti
Chairani Proehoeman, pembelajaran teknik suara juga perlu kepada ibu
bapa yang mempunyai anak-anak kecil.

"Mungkin mereka tidak perlu belajar secara formal, cukup
perkara-perkara asas sahaja. Sebagai contoh teknik pernafasan, penegasan
suara dan pemilihan cara pengeluaran suara yang betul," ujarnya sewaktu
ditemui pada sambutan Hari Suara Sedunia di Fakulti Sains Kesihatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pembelajaran secara formal mengambil masa selama empat hingga lima tahun untuk menguasai teknik-teknik vokal yang betul.

Katanya, penjagaan suara perlu dilakukan sejak muda lagi terutamanya
bagi golongan penyanyi kerana teknik yang salah akan memendekkan 'jangka
hayat' mereka dalam bidang seni suara.

"Suara yang sakit atau serak jangan dipaksa untuk bekerja kerana
kesannya akan memudaratkan dalam tempoh masa yang lama. Kalau mereka
mahu serius sebagai seorang penyanyi, ambil kursus atau kelas vokal dan
belajar secara formal," jelas vokalis tersohor yang berasal dari
Jakarta, Indonesia itu.

Sebagai contoh dakwaan mengenai tabiat merokok kononnya boleh membuka
rongga pernafasan untuk keselesaan menyanyi adalah tidak benar sama
sekali. Malah tegas Siti Chairani, ia boleh mendatangkan masalah kepada
penyanyi kerana merokok mengakibatkan nafas akibat gangguan pada
paru-paru.

"Malah kalau dilihat kebanyakan penyanyi profesional opera klasik, mereka kurang berbicara dan bercakap jika perlu sahaja.

"Semua ini dilakukan untuk memelihara suara dalam jangka masa yang lama," tambahnya.

Nama Siti Chairani bukan asing dalam dunia seni vokal klasik. Dia
pernah melontarkan suara hebatnya di pentas-pentas agung beberapa buah
negara termasuklah Itali, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat. Malah
dua figura terkenal iaitu Ning Baizura dan Syafinaz merupakan anak didik
kepada Siti Chairani.

Kesedaran masyarakat tempatan masih lagi belum meluas dalam hal
penjagaan dan penggunaan suara dengan betul. Kebanyakan daripada kita
mengambil remeh perkara tersebut dengan sewenang-wenangnya memaksa ia
keluar sehingga pada tahap optimum.

Perkara itu menjadi satu kebimbangan kepada Penyelaras Program Sains
Pertuturan UKM, Prof. Madya Kartini Ahmad yang mengatakan kita
seakan-akan mendera suara dengan menjerit atau bercakap dalam tempoh
lama tanpa henti.



LATIHAN vokal perlu diamalkan tanpa
mengira bidang pekerjaan kerana ia memberi manfaat kepada suara dalam
jangka masa yang panjang.




Masalah-masalah suara

Peti suara merupakan sepasang otot kecil sebesar ibu jari. Ia perlu
dijaga dengan baik agar tidak mengakibatkan kecederaan. Jika otot itu
terus diabaikan, ia boleh mengakibatkan seseorang itu menghidap kanser
tekak," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Fakulti Sains Kesihatan
UKM baru-baru ini.

Proses pengeluaran suara berlaku apabila bunyi yang terhasil daripada
getaran di peti suara disebabkan oleh hembusan udara yang melalui
bahagian larinks. Ia menyebabkan kedua-dua peti suara saling berdekatan
antara satu sama lain.

Masalah-masalah pada suara berlaku apabila seseorang itu mengalami
perubahan ketika bercakap. Simptom-simptom itu boleh diketahui dengan
jelas sekiranya suara bertukar garau, kasar atau parau. Mereka yang
mengalami situasi begini mula merasai perbezaan pada nada suara,
kehilangan suara dan rasa sakit untuk menelan. Lebih serius lagi, tekak
akan mengeluarkan mukus berserta gumpulan darah.

"Situasi sebegini boleh dielakkan apabila kita tahu sejauh mana tahap
kemampuan suara. Penjagaan suara bukan bermakna kita tidak boleh
menggunakan vokal tinggi tetapi kita harus jelas mengapa perlu
melakukannya? Adakah terdapat alternatif selain menjerit atau
meninggikan suara ketika menegur anak-anak?

"Jika boleh, cari alat bantu seperti mikrofon jika anda sedang
memberi ucapan atau ceramah dalam sebuah dewan besar. Ia dapat membantu
menjaga suara daripada terseksa akibat aplikasi yang salah," jelas
Kartini.

Penjagaan suara juga sama penting dengan melestari kesihatan tubuh badan.

Senaman untuk suara tidak memerlukan besi-besi berat di gimnasium
kerana ia cukup sekadar latihan seperti membaca buku atau surat khabar
dengan bersuara atau menyanyi mengikut lagu di corong radio.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2VaRUKvpD

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum