Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Thailand tegas kuat kuasa lese majeste

View previous topic View next topic Go down

Thailand tegas kuat kuasa lese majeste

Post by Park Deen on Sat Jun 08, 2013 5:10 am











DILAHIRKAN di Thailand, namun Joe Gordon menjadikan Amerika Syarikat
(AS) sebagai rumah pertamanya. Pilihan itu membolehkan Gordon, 56,
menerima kerakyatan AS dengan mudah, apatah lagi dia telah menetap di
negara itu selama lebih 30 tahun.

Barangkali apabila telah terlalu lama mengikut acuan Barat, Gordon
atau nama aslinya, Lerpong Wichaikammart, lupa asal usulnya atau hilang
semangat orang Asia yang selama ini menjunjung tinggi budaya dan adat
resam terutamanya dalam soal institusi beraja.

Mungkin fikiran moden dan keterbukaan Gordon membuatkan dia memilih
untuk mempercayai kebenaran di sebalik buku biografi berjudul The King
Never Smiles hasil tulisan Paul Handley yang diterbitkan pada tahun
2006.

Bagaimanapun, buku berkisar tentang kehidupan Raja Bhumibol
Adulyadej, 86, itu terlebih dahulu diharamkan kerajaan Thailand. Sebagai
orang Thailand, Gordon memang tidak melakukan kesalahan apabila cuba
menelaah kandungan buku kontroversi itu.

Namun, apabila dia bertindak memuat naik pautan terjemahan buku itu
dalam bahasa Thai pada tahun 2007 di Colorado, AS, Gordon tanpa disedari
telah melanggar undang-undang di bawah Artikel 112 Thailand melibatkan
undang-undang yang dinamakan lese majeste.

Lese majeste merupakan perkataan daripada bahasa Perancis yang merujuk kepada kesalahan mencemarkan kedaulatan institusi beraja

"Sebagai rakyat AS, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ia
merupakan hak kebebasan bersuara saya di tanah AS," ujar Gordon kepada
AP.

Namun, Gordon tersilap kerana beberapa tahun kemudian dia kembali ke
Thailand untuk mendapatkan rawatan penyakit artritis dan tekanan darah
tinggi yang dihidapinya. Ketika itulah, undang-undang lese majeste sah
digunakan ke atasnya kerana dia berpijak di tanah Negara Gajah Putih.

Berikutan itu, dia ditahan oleh kira-kira 20 anggota polis di
pangsapurinya di Bangkok pada Mei 2011. Selepas dibicara, Gordon
didapati bersalah dan disumbatkan ke dalam penjara sebelum dibebaskan
pada Julai tahun lalu.

Pembebasannya itu pun selepas mendapat pengampunan Raja Bhumibol
kerana pada asalnya dia sepatutnya meringkuk dalam penjara selama dua
tahun setengah.



MASIH ramai warga Thailand yang menerima undang-undang lese majeste dan mentaati raja mereka.




Lese majeste

Hak kebebasan bersuara menjadi alasan Gordon dan sesetengah rakyat
Thailand menolak lese majeste. Di bawah undang-undang lese majeste,
mana-mana individu yang membuat kenyataan atau komen berbaur fitnah atau
penghinaan ke atas konstitusi monarki Thailand termasuk raja,
permaisuri dan kerabat diraja boleh dikenakan hukuman penjara tiga
hingga 15 tahun.

Hidup dalam acuan Timur yang penuh santun dan berbudi bahasa,
bagaimanapun dilihat Barat sebagai satu bentuk penindasan hak bersuara.

Ketika majoriti rakyat Thailand menyanjungi konstitusi monarkinya
serta menerima undang-undang lese majeste, Kesatuan Eropah dan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melihat ia sebagai satu bentuk
penindasan demokrasi.

Pihak-pihak berideologi Barat menyifatkan undang-undang konvensional
itu sebagai penghalang kepada perkembangan demokrasi di Thailand dan
negara-negara di sekitar Asia.

Meskipun begitu, masih ramai rakyat Thailand khususnya penyokong
kerajaan bertindak mempertahankan undang-undang itu dan tidak mahu
kedaulatan monarki mereka diusik apatah lagi diperlekehkan.

Lantaran itu, kerajaan Thailand sendiri akur untuk menerima lese
majeste dan pihak berkuasa negara berkenaan begitu tegas dalam
menjalankan penguatkuasaan ke atas individu yang menghina Raja Thailand.

Bahkan, mereka tanpa rasa ragu-ragu menguatkuasakan undang-undang itu ke atas warga asing di Thailand.

Baru-baru ini, seorang lelaki warga Singapura yang dijatuhkan hukuman
penjara 15 tahun di bawah lese majeste dibebaskan selepas diberi
pengampunan oleh Raja Bhumibol.

Wanchai Tan, 63, yang bekerja sebagai pemandu pelancong yang telah
menetap di Thailand selama beberapa dekad dibebaskan selepas menjalani
hukuman penjara empat tahun.

Dia ditangkap pada 6 April 2009 atas kesalahan menyebarkan risalah
yang mengutuk undang-undang lese majeste ketika satu demonstrasi
kumpulan Baju Merah.

Negara Barat

Biarpun negara-negara Barat menyifatkan lese majeste amalan Thailand
satu bentuk undang-undang tidak relevan, hakikatnya terdapat empat
negara Eropah yang masih menguatkuasakan undang-undang itu iaitu
Denmark, Belanda, Norway dan Sepanyol.

Hak kebebasan bersuara yang diperjuangkan mereka juga sebenarnya
masih perlu berpandukan keterbatasan terhadap sesuatu perkara
terutamanya hal-hal melibatkan konstitusi monarki.

Belanda, misalnya, pernah menahan seorang wartawan dan jurugambar
majalah Spunk pada tahun 2007 atas kesalahan menghina mantan ketua
negara mereka, Ratu Beatrix. Kedua-duanya didapati bersalah kerana
memakai baju-T dengan tulisan tidak sopan yang merujuk terus kepada
Beatrix.



PERDANA Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra menghadap Ratu Sirikit.




Sepanyol juga pernah mendenda dua kartunis majalah El Jueves pada
tahun 2007 dengan jumlah denda 3,000 euro (RM12,141) setiap seorang. Dua
individu itu didapati bersalah di bawah undang-undang lese majeste
selepas menyiarkan karikatur Putera Asturias bersama isterinya dalam
keadaan tidak sopan.

Di Asia Barat, Kuwait dan Jordan merupakan dua negara yang masih memiliki undang-undang lese majeste.

China, Jepun dan United Kingdom (UK) juga pernah mempunyai lese
majeste, namun telah dihapuskan. China kini menjadi sebuah republik,
manakala Jepun dan UK yang masih mengekalkan sistem beraja menggunakan
undang-undang baharu.

Kes Malaysia

Malaysia tidak terkecuali dihambat isu berkaitan penghinaan ke atas
sistem beraja apabila lahirnya individu yang berfikiran liberal secara
melampau.

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan tindakan berani seorang wanita
yang mengeluarkan komen berbaur sindiran terhadap Yang di-Pertuan
Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Hari Keputeraan Seri Paduka
Baginda.

Ekoran kenyataan itu, wanita berkenaan ditahan pihak polis bagi
membantu siasatan dan telah pun dibebaskan selepas memberi keterangan
pada Rabu lepas.

Tindakan wanita itu jelas menunjukkan betapa ceteknya rasa hormat
yang ditanamkannya terhadap raja yang menjadi lambang perpaduan rakyat
negara ini.

Pensyarah Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof.
Madya Datin Noor Aziah Mohd. Awal menjelaskan, sejak pembukaan Melaka
lagi (zaman Parameswara) rakyat menjunjung tinggi peranan raja sebagai
ketua kerajaan.

"Parameswara memeluk Islam dan ia diikuti seluruh rakyat jelata.
Akhirnya terbentuklah negara Malaysia hari ini yang majoritinya penduduk
beragama Islam. Namun, sayangnya semakin ramai yang hilang rasa hormat
terhadap kedaulatan. Situasi ini disifatkan sebagai kelunturan budaya
tanpa mengambil kira agama atau bangsa seseorang.

"Negara-negara yang masih mempunyai raja di Asia diasak kuasa Barat
yang melihat ia sebagai satu bentuk penghalang perkembangan demokrasi.
Mereka melaung-laungkan kebebasan bersuara adalah hak setiap rakyat
tanpa perlu gentar kepada monarki.

"Akibatnya, kita praktikkan perjuangan mereka dan terlupa bahawa
antara Barat dan Timur masih wujud jurang persefahaman adat dan budaya,"
jelas Noor Aziah kepada Kosmo

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2VaR82rAh

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum