Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kisah di sebalik perjalanan Rasullulah

View previous topic View next topic Go down

Kisah di sebalik perjalanan Rasullulah

Post by Park Deen on Thu Jun 06, 2013 5:40 am











ISRAK MIKRAJ merupakan salah satu daripada hari kebesaran Islam
selain Maulidur Rasul, Nisfu Syaaban dan Nuzul Quran yang diraikan saban
tahun.

Ia dianggap peristiwa agung yang dialami Nabi Muhammad SAW sekali gus
menzahirkan kekuasaan Allah yang meliputi tiap-tiap sesuatu tanpa
sebarang batasan.

Ayat di atas merupakan firman Allah yang diturunkan bagi menolak kaum
musyrikin yang mendustakan peristiwa Israk tatkala Nabi Muhammad SAW
mengkhabarkannya kepada mereka mengenai perjalanannya dari Masjidilharam
ke Masjid al-Aqsa.

Sementara Mikraj pula merangkumi perjalanan Rasulullah SAW yang naik
ke langit dengan menunggang buraq sehingga sampai ke Sidratul Muntaha.

Peristiwa penting

Menurut pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin, ada tiga
perkara penting yang perlu diketahui dalam peristiwa Israk Mikraj ini.
Pertama tentang pengajaran yang boleh diambil melalui ajaran Nabi SAW
tentang konsep kehidupan yang dilihat.

“Contohnya, Baginda melihat seorang perempuan tua hodoh yang diibarat
sebagai dunia yang sudah terlalu tua. Kemudian, pengajaran bagaimana
Nabi dikejar oleh golongan jin Ifrit dan malaikat Jibril mengajar doa
yang perlu dibaca untuk berlindung daripadanya.

“Selain itu, apabila Nabi sampai di Masjid al-Aqsa, Baginda
dihidangkan dengan dua pilihan minuman iaitu arak dan susu. Akhirnya
Nabi memilih susu.

“Begitu juga dengan solat yang disyariatkan semula kepada Rasulullah
sedangkan ibadat solat ada dalam syariat nabi-nabi terdahulu. Semua itu
merupakan pengajaran dan falsafah hidup yang Nabi ajarkan kepada seluruh
umatnya,” terang Muhammad ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Perkara kedua, ujar beliau, ialah ketika Nabi dibawa melawat syurga
dan neraka. Ia adalah satu bentuk peringatan tentang nasib orang yang
berbuat dosa dan mereka yang taat.



KAWASAN di dalam Masjid as-Sakhra iaitu lokasi terletaknya batu tergantung dalam peristiwa Israk Mikraj.




Tambahnya, perkara ketiga pula ialah peristiwa Israk Mikraj yang
membuktikan kebenaran Islam itu sendiri sekali gus menunjukkan bahawa
Allah itu Maha Berkuasa melakukan apa sahaja hatta perkara yang
disifatkan manusia sebagai mustahil.

Sering berulang-alik ke bumi Palestin untuk membawa rombongan dari
Malaysia dalam program Kembara Universiti Kehidupan Al-Aqsa, Muhammad
memberitahu, kesan peninggalan daripada peristiwa Israk Mikraj memang
berada dalam lingkungan kawasan Masjid al-Aqsa.

“Antaranya ialah tempat tambatan buraq (haiq buraq), batu tergantung
as-Sakhra dan kubah arwah iaitu tempat Nabi SAW solat dengan para nabi
terdahulu.

“Semua lokasi ini masih dipelihara dan dijaga dengan baik. Cuma, ia
menjadi perebutan antara orang Islam dan Yahudi yang mendakwa di situ
terletaknya Temple of Solomon. Tetapi hakikatnya, Masjid al-Aqsa ialah
milik umat Islam yang dipenuhi pelbagai sejarah,” tegas Muhammad.

Bumi anbiya

Sejak tahun 2009, Muhammad sudah membawa ratusan rakyat Malaysia
mengunjungi bumi para anbiya itu. Setiap peserta yang mengikuti program
tersebut akan dibawa ke tempat-tempat istimewa tersebut bagi menunjukkan
kesan peninggalannya.

“Selain bersolat di Masjid al-Aqsa, peserta turut diberi penerangan
khusus mengenai setiap lokasi yang dilawati kerana setiap jengkal bumi
Palestin ini dipenuhi sejarah,” ujar beliau yang bertuah kerana
mengetahui sejarah Palestin daripada Imam I Masjid al-Aqsa, Sheikh
Yusoff Abu Sunainah yang menjadi imam selama 27 tahun di sana.



DI dinding inilah buraq iaitu kenderaan yang dinaiki Rasullulah ke langit ditambat.




Sheikh Yusoff juga tidak keberatan memberi surat bertulis tangan yang
melantik Muhammad sebagai Duta Perjalanan al-Aqsa sebagai tanda
penghargaan kepada beliau.

Sementara itu, Zulkifli Zainudin, 49, yang baru pulang dari Palestin
hujung Mei lalu, mengakui perasaannya seperti tidak percaya kerana
berpeluang menjejaki bumi Baitulmuqaddis.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan terharu kerana dapat menunaikan
solat di dalam Masjid al-Aqsa, salah satu daripada tiga masjid yang
disunatkan oleh Rasulullah untuk menziarahinya.

“Di sana, selain beribadat di masjid, program kami tertumpu pada ziarah dan tabarruk di makam-makam para Nabi dan auliya.

“Kawasan sekitar peninggalan sejarah termasuk dalam peristiwa Israk
Mikraj masih terjaga, namun kemampuan pihak berwajib agak terhad
disebabkan kekangan sumber kewangan,” kata beliau yang berkunjung ke
Palestin bersama agensi pelancongan Sofa Travel di bawah bimbingan Datuk
Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin, Pengerusi Akidah Majlis Agama Islam
Negeri Sembilan.

Ujar Zulkifli lagi, melalui program ziarah tersebut, ia mampu
meningkatkan lagi keyakinan dan keimanan seseorang terhadap kekuasaan
Allah SWT.



ZULKIFLI (kiri, baris tengah) menziarahi makam ulama dan para auliya di Palestin.




Ziarah musafir

“Israk dan Mikraj adalah satu peristiwa yang berkait rapat dengan
tauhid dan kepercayaan kita sebagai umat Islam. Justeru, dengan
menjejaki semula kesan dan tapak peninggalan dalam peristiwa tersebut,
kita dapat menambahkan rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW yang
telah diangkat darjatnya ke peringkat tertinggi daripada sekalian
makhluk-Nya,” ungkap Zulkifli.

Dalam pada itu, angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
Sheikh Mustapha, 41, turut menyeru umat Islam yang berkemampuan agar
melakukan ziarah bermusafir ke bumi Palestin.

Beliau yang berada di sana pada Mei lalu mengakui rasa seronok dan
dapat memahami apa yang berlaku dalam peristiwa Israk Mikraj dengan
lebih mendalam.

“Sebelum ini, kita sering dimomokkan dengan berita kekacauan dan
huru-hara yang berlaku di Palestin sehingga umat Islam di seluruh dunia
dilarang menziarahi Masjid al-Aqsa atas faktor keselamatan.

“Memang benar ada kawalan ketat daripada tentera Israel, tetapi masih
ada ruang untuk kita beribadat di sana. Yakinlah bahawa Allah akan
menjaga kita jika niat kita adalah untuk beribadah di sana,” kata Sheikh
Muszaphar yang pergi ke Palestin bersama rombongan Program Angkasawan
Malaysia kendaliannya.

Beliau turut membawa isterinya, Dr. Halina Mohd. Yunos, 32, serta dua
anaknya, Sophea Isabella, 2, dan Sophea Natasya, empat bulan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0606&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2VOrlr8tW

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum