Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Mon negeri warga emas

View previous topic View next topic Go down

Mon negeri warga emas

Post by Park Deen on Thu Jun 06, 2013 5:39 am







BAGI menyara kehidupan, warga emas di Mon mengharapkan kiriman wang daripada anak-anak yang bekerja di Thailand.




KEKANGAN ekonomi menyebabkan hampir semua generasi muda di Mon,
sebuah negeri di tenggara Myanmar terpaksa berhijrah mencari rezeki di
luar negara.

Ia menyebabkan hanya golongan tua menjadi penghuni Mon sehingga ia
sinonim dengan panggilan Tanah Warga Emas. Ia merupakan sebuah negeri
yang mempunyai pelbagai konflik dan masalah ekonomi.

Dengan penubuhan kerajaan baharu, harapan pembangunan sedikit sebanyak mula berputik di Mon.

Penduduk tempatan di Ywarthit memberitahu, isi rumah Mon kehilangan
hampir 70 peratus golongan muda hinggakan yang tinggal kini hanyalah
kanan-kanak dan orang tua.

Kebanyakan remaja meninggalkan negeri itu selepas mereka tamat
persekolahan. Mereka menyeberangi sempadan Thailand untuk mencari
pekerjaan di kilang-kilang atau sebagai pembantu rumah di Thailand.

"Hanya golongan ibu, datuk dan nenek menetap Mon yang menjaga anak dan cucu mereka tinggal di sini," ujar Nyein Tin.

Kemiskinan

Nyein Tin mempunyai lima orang anak tetapi kesemuanya bekerja di Thailand.

Menurutnya, dia hanya bergantung kepada wang yang dikirim oleh anak-anaknya itu untuk menjaga lima orang cucu.

"Bagaimana saya hendak meneruskan hidup sekiranya mereka tidak mengirimkan wang?" soalnya yang kini berusia 60 tahun.

Kajian HelpAge International baru- baru ini mendapati, kira-kira satu
perempat daripada isi rumah di Mon dihuni oleh datuk, nenek dan cucu.



MON berdepan pelbagai konflik selain bergelut dengan masalah ekonomi.




Kerajaan separa awam yang telah mengambil tampuk pemerintahan pada
awal 2011 kemudian mengadakan gencatan senjata dengan puak pemberontak
dari Mon dan negeri jiran, Karen tahun lalu.

Ketika berada di bawah pemerintahan majlis itu, Myanmar merupakan
salah sebuah negara termiskin di rantau Asia. Justeru, tarikan kewangan
di negara asing merupakan salah satu faktor menarik golongan belia
bekerja di luar negara.

Menurut aktivis hak asasi pendatang asing, Andy Hall, Thailand kini
mempunyai hampir 1.7 juta pekerja yang berdaftar dari Myanmar manakala
lebih sejuta lagi dikatakan tidak berdaftar.

Pendapatan lebih tinggi

Thailand memerlukan pekerja bergaji rendah untuk meningkatkan sektor
pembinaan, pemprosesan makanan dan industri perikanan. Namun, menurut
Hall, pendatang asing dari Myanmar terdedah kepada penderaan dan
diskriminasi.

"Mereka mahu pulang ke tanah air tetapi perbezaan pendapatan yang
tinggi membuatkan mereka terpaksa melupakan hasrat itu," ujarnya yang
membuat anggaran keseluruhan pekerja asing yang mengirim wang kepada
keluarga di Myanmar adalah berjumlah AS$300 juta (RM915 juta) hingga
AS$2 bilion (RM6.1 bilion) setahun.



PEPERANGAN menyebabkan rakyat Mon hidup dalam keadaan kemiskinan.




Tambahnya lagi, mereka dapat menikmati pendapatan sebanyak AS$200 (RM610) sebulan atau lebih di Thailand.

Terguris hati

Kyaw Thu Ya dan isterinya, Hay Mar bekerja di kilang memproses udang
di Mahachai, Thailand. Di kilang itulah dua pekerja asing yang berasal
dari Mawlamyine, ibu negeri Mon iaitu berkenalan.

Kawasan kilang tersebut merupakan tempat tinggal dan sumber mencari rezeki bagi ribuan warga Myanmar.

"Hati saya terguris apabila melihat negara sendiri tidak seperti
negara lain. Saya amat rindukan keluarga di kampung," keluh Thu Ya.

Jelasnya lagi, keluarganya di Myanmar merupakan petani miskin yang menjalankan kerja-kerja pertanian di sawah padi.

Thu Ya dan isterinya tinggal di bilik sempit bersama rakan-rakan senegaranya kerana tiada pilihan lain.

"Di sini, kami mempunyai pekerjaan. Prasarana seperti jalan raya dan
elektrik amat baik. Di Mon, kami tidak mampu membeli televisyen atau
komputer. Ia merupakan satu perubahan besar," katanya.

Dalam kunjungan aktivis demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi ke
Thailand tahun lalu, beliau berharap pekerja asing di Mahachai pulang ke
tanah air.

Menurut sebuah akhbar tempatan, Than Lwin Times, kebanyakan golongan
belia bekerja sebagai buruh di Mon hanya mendapat bayaran AS$3 (RM9)
sehari.

"Jumlah itu tidak cukup untuk kehidupan mereka dan itu merupakan
faktor utama mereka ke luar negara. Disebabkan itulah, Mon itu hanya
dihuni oleh warga emas," ujarnya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0606&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2VOrHqwVd

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum