Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

FAM nafi naikkan harga tiket

View previous topic View next topic Go down

FAM nafi naikkan harga tiket

Post by Park Deen on Thu Jun 06, 2013 5:29 am





Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


ORANG ramai dinasihatkan agar tidak
percaya dengan khabar angin daripada laman sosial dan blog mengenai
harga tiket aksi final Piala FA dinaikkan. - Gambar hiasan




PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan bahawa harga
tiket bagi aksi final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim
(Johor DT) dinaikkan seperti yang diuar-uarkan sesetengah pihak melalui
laman sosial dan blog.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar kecil)
menjelaskan, tiket bagi aksi final tersebut kekal pada harga RM40 bagi
dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Katanya, pihaknya tidak pernah membuat sebarang persetujuan untuk
menaikkan harga tiket tersebut, sekali gus menepis dakwaan yang
mengatakan tiket untuk aksi final itu akan dijual pada harga RM45.

Azzuddin memberitahu, harga tiket final Piala FA tersebut telah ditetapkan selepas perbincangan bersama pada awal musim 2012.

“Saya tidak tahu mengenai perkara ini (harga tiket final Piala FA berharga RM45).

“Dakwaan tersebut tidak benar kerana FAM tidak pernah membuat sebarang kenaikan harga.

“Sejak dari awal musim 2012, kami telah memutuskan bahawa harga tiket
untuk aksi final Piala FA adalah sebanyak RM40 bagi dewasa dan RM5
untuk kanak- kanak.

“Saya berharap, peminat- peminat tidak tertipu dengan sebarang
laporan tidak rasmi ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini
semalam.

Kelmarin, peminat-peminat bola sepak tempatan terkejut dengan
laporan menerusi beberapa laman sosial dan blog bahawa tiket bagi aksi
final Piala FA yang bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil
pada 29 Jun ini ditetapkan pada harga RM45.

Laporan tersebut sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap imej FAM yang dikatakan mahu mengaut keuntungan.

Mengulas lanjut, Azzud- din berharap peminat-peminat bola sepak
tempatan tidak terburu-buru membuat sebarang spekulasi tanpa pengumuman
rasmi daripada FAM.

“Perkara seperti ini akan menjejaskan kredibiliti FAM. Pihak kami akan mengambil tindakan serius terhadap laporan tersebut.

“Penyokong-penyokong bola sepak dinasihatkan supaya tidak mudah
mempercayai sebarang laporan tanpa pengumuman rasmi daripada pihak FAM.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0606&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2VOosGckt

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum