Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Mana RM15,000 satu perlawanan?

Go down

Mana RM15,000 satu perlawanan?

Post by Park Deen on Thu Jun 06, 2013 5:28 am







TUNKU ISMAIL melahirkan rasa kecewa terhadap FAM menerusi satu kenyataan rasmi semalam.




TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) melahirkan
rasa hairan apabila mendedahkan bahawa Persatuan Bola Sepak Negeri Johor
(PBNJ) masih belum menerima dana RM15,000 satu perlawanan bagi hak
penyiaran.

Tuntutan Tunku Ismail itu hadir selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) sebelum ini meng- umumkan akan memberikan imbuhan tersebut kepada
tuan rumah yang diberikan hak siaran langsung perlawanan.

Menerusi satu kenyataan rasmi, Tunku Ismail bertitah, baginda kesal
kerana sehingga kini dana tersebut masih belum diterima oleh PBNJ.

"Satu lagi perkara yang saya ingin sentuh adalah berkaitan dengan
pendapatan daripada siaran langsung perlawanan bola sepak oleh Astro.

"Saya dimaklumkan bahawa untuk setiap perlawanan yang ditayangkan
secara langsung di televisyen, persatuan bola sepak tuan rumah akan
menerima RM15,000.

"Sehingga kini, saya masih belum melihat satu sen pun daripada hasil
tersebut," titah baginda dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, FAM telah bersetuju untuk memberikan
dana kepada pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang menjadi tuan rumah untuk
liputan siaran langsung, April lalu.

FAM mengumumkan insentif itu menerusi Mesyuarat Exco FAM, dana
bernilai RM15,000 akan diberikan kepada tuan rumah manakala RM5,000 akan
diserahkan kepada pasukan pelawat.

Untuk rekod, Tunku Ismail pernah digantung enam bulan dan didenda
RM18,000 selepas didapati bersalah melanggar Artikel 88 Status FAM
kerana mengkritik mutu pengadilan bola sepak tempatan yang disifatkannya
tidak mencapai standard yang diharapkan, Mac lalu.

Baginda antara lain menggesa FAM untuk mengkaji kelemahan tersebut agar mutu pengadilan dalam Liga M lebih efisien.

Dalam perkembangan berkaitan, Tunku Ismail turut menyuarakan tentang mutu pengadilan perlawanan bola sepak tempatan.

"Pada masa kini, pengadil perlawanan bola sepak liga tempatan adalah
berstatus semi-profesional dan dengan itu, boleh dikatakan berada pada
tahap amatur.

"Oleh kerana menyuarakan berkenaan isu tersebut, saya telah didenda dan digantung.

"Ramai sebelum saya juga telah menerima nasib yang sama, semua kerana
memberikan pendapat dan cadangan bagi mempertingkatkan mutu bola sepak
negara ini," ujar beliau lagi.

Tunku Ismail turut mempersoalkan tentang FAM tidak membenarkan
persatuan-persatuan dan individu menyuarakan sebarang pendapat atau
pandangan.

"Jadi, bagaimana saya hendak memberi pandangan dan berkongsi pendapat
berkenaan hal- hal penting berkaitan bolasepak, jika FAM seolah-olah
keberatan untuk bekerjasama?

"Saya telah menulis surat-surat kepada FAM termasuk surat berkaitan
mutu pengadilan di negara ini, namun tidak mendapat maklum balas.

"Saya menyuarakan pendapat saya kepada media kerana rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui situasi sebenar.

"Bola sepak bukan suatu entiti persendirian milik mana-mana individu, ia adalah untuk semua lapisan rakyat," titah baginda.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0606&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2VOo7RhDV

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum