Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Lelaki terkejut doktor beritahu dia sebenarnya wanita

Go down

Lelaki terkejut doktor beritahu dia sebenarnya wanita

Post by Park Deen on Wed Jun 05, 2013 4:36 am





HONG KONG - Seorang lelaki yang berusia 66 tahun dan hidup sebagai
seorang lelaki sepanjang hidupnya telah dikejutkan dengan satu
pemeriksaan perubatan yang mendakwa dia sebenarnya seorang wanita.

Lelaki tersebut menerima berita yang mengejutkan itu selepas dia
berjumpa seorang doktor di Hong Kong kerana mengalami masalah sakit
perut.

Beberapa doktor menyedari pesakit itu merupakan seorang wanita
selepas mereka mendapati bahawa bahagian perut yang sakit itu berpunca
daripada pembentukan sista di bahagian rahimnya, lapor jurnal Hong Kong Medical Journal .

Keadaan itu berlaku adalah hasil daripada kewujudan dua alat kelamin yang luar biasa.

Selain itu, lelaki tersebut turut didapati mengalami sin drom Turner
yang hanya dialami kanak-kanak perempuan dan wanita selain terhasil
daripada satu masalah kromosom.

Masalah itu juga menyebabkan pesakit mempunyai ciri-ciri seperti kemandulan dan tubuh badannya yang lebih kerdil.

Namun, dia juga mempunyai masalah kongenital adrenal hiperplasia
yang menyebabkan peningkatan hormon lelaki pesakit dan seseorang yang
mengalaminya mempunyai janggut dan bulu roma selain menyebabkannya
kelihatan seperti lelaki.

"Jika bukan disebabkan kewujudan sista yang besar dalam rahimnya,
keadaan perubatan yang menarik mengenai diri beliau mungkin tidak pernah
didedahkan," kata tujuh doktor dari dua buah hospital di bandar ini
yang menulis dalam kajian yang diterbitkan kelmarin.

"Lelaki keturunan Vietnam itu memutuskan untuk terus menjadi seorang
lelaki dan dia kemungkinan perlu untuk melakukan penggantian hormon testosteron," menurut jurnal itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2VIkjgIJC

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum