Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tradisi minum teh negara Matahari Terbit

View previous topic View next topic Go down

Tradisi minum teh negara Matahari Terbit

Post by Park Deen on Wed Jun 05, 2013 4:33 am







FESTIVAL Teh Jepun mengumpulkan pengeluar dan pencinta teh dari seluruh negeri Matahari Terbit.




DI sebalik kemegahan budaya teh Cina yang tersohor seantero dunia,
siapa sangka teh turut sinonim dalam budaya masyarakat di Jepun.

Malah, setiap tiga tahun sekali ribuan peminat teh di negara itu akan
berkumpul bagi meraikan Festival Teh Dunia yang disambut pada setiap
bulan Mei.

Sepanjang festival itu, pengunjung bukan sahaja berpeluang mengetahui
pelbagai sejarah mengenai teh, malah berpeluang melihat sendiri
keunikan tradisi dan teknik menghidangkan teh dari seluruh dunia.

Sebut apa sahaja, daripada teknik menghidangkan teh menggunakan cerek
tembikar seperti di Jepun atau teh ala Inggeris yang dihidangkan
menggunakan cawan atau piring porselin kepada penggunaan bekas aluminium
yang dikenali sebagai 'samovar' di Rusia.

Tidak ketinggalan teh Turki yang dihidangkan di dalam gelas kecil unik, semuanya boleh dilihat sepanjang festival tersebut.

Di samping itu, pengunjung boleh merasai sendiri aneka rasa teh
ketika menyertai lawatan berpandu yang diketuai pakar-pakar teh ke
kawasan ladang teh yang terdapat di sekitar lereng bukit di Shizuoka,
Jepun.

Jangan terkejut, ada teh yang mempunyai rasa manis, kelat serta
seakan-akan citrus dan harganya pula mampu mencecah 300,000 yen
sekilogram (RM8,812).

Walaupun, kebanyakan harga runcit teh lebih rendah, namun harga yang
ditetapkan oleh Kesatuan Industri Teh Kakegawa Jonan merupakan satu
insentif kepada golongan pekerja.

Ini kerana untuk mendapatkan kira-kira empat kilogram daun teh
terpilih, ia memerlukan seramai 50 pekerja yang terpaksa bekerja
sepanjang hari.

Terdapat juga upacara yang menggunakan serbuk teh Jepun yang berwarna
hijau yang dikacau dengan menggunakan sudu khas yang dibuat daripada
buluh.

Dikenali sebagai 'sado', teknik menghidangkan teh yang unik itu sarat dengan pelbagai simbolik.

Paling penting adalah pergerakan tangan yang mengacau debu-debu halus
teh di dalam cawan selain kek gula berwarna-warni yang dihidangkan
bersama.

Menjadi hidangan wajib setiap hari sama ada dalam bentuk teh asli
atau teh hijau yang jernih, teh menjadi pilihan jutaan masyarakat di
Jepun. Ia dinikmati di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat
atau di dalam botol yang dijual di kedai-kedai runcit.

Teh satu budaya

Mitsuru Shirai yang mengetuai kilang pertanian dan pengeluaran teh
Shizuoka berkata, di sesetengah tempat di Jepun, teh merupakan satu
perniagaan yang dijalankan secara serius.

"Teh sudah menjadi sebahagian daripada masyarakat di negara ini,"
katanya, sambil menyatakan festival tiga tahun sekali itu merupakan
gabungan antara budaya dan industri.

Penanaman teh telah bermula di negara itu sejak 800 tahun lalu. Pada
hari ini, industri itu disokong kira-kira 15,000 petani dan 800 kilang.

Ia menawarkan lebih 100,000 peluang pekerjaan dalam industri yang bernilai lebih RM1.32 bilion.

Shizuoka merupakan antara pengeluar teh terbesar di Jepun dengan
mengeluarkan kira-kira 40 peratus teh kepada 128 juta penduduknya.

Seperti petani, penanam-penanam teh juga tidak dapat lari daripada berkongsi masalah mereka.

Pakar teh, Hidehiro Inagaki berkata, sejak tiga tahun yang lalu
kira-kira 60 peratus ladang teh di Shizuoka terjejas teruk akibat musim
sejuk yang melampau.



WARGA Jepun masih kuat mempertahankan budaya dan teknik minum teh yang sudah diamalkan sejak ratusan tahun.




"Sekiranya cuaca terlalu sejuk, pucuk daun teh tidak akan tumbuh
kerana tumbuhan itu lazimnya menyimpan tenaga untuk memanaskan diri,"
katanya

Disebabkan itu, penanam-penanam teh sanggup meletakkan kipas-kipas
elektrik yang besar bagi menyalurkan udara panas ke ladang mereka. Ia
nyata mencacatkan pemandangan, bagaimanapun dalam kalangan penanam teh,
ia terpaksa dilakukan.

Penyelidikan

Beberapa minggu selepas tragedi di Fukushima pada 2011, apabila
reaktor nuklear di situ mula mencair selepas dilanda tsunami, kepulan
awan radiasi berselerakan di seluruh Jepun.

Sebahagian kawasan ladang teh di sini dikatakan turut terkena
tempiasnya. Satu kes membabitkan kira-kira 162 kilogram daun teh kering
yang dibawa ke Paris, Perancis ditahan di lapangan terbang negara itu
kerana dikesan mempunyai paras radiasi yang tinggi.

Dua tahun selepas tragedi itu, Institut Penyelidikan Teh berterusan
membuat analisis sampel tanah bagi mengesan tanda-tanda pencemaran.

"Pada tahun ini kerajaan persekutuan tidak lagi melakukan ujian,
tetapi kami tetap melakukannya untuk memastikan ia berada pada tahap
terbaik," kata Kazuo Mochizuki, ketua institut berkenaan yang ditubuhkan
pada 1908 bagi melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai variasi
teh secara berterusan.

Biarpun teknologi yang digunakan pada hari ini memudahkan proses
tuaian daun teh di samping baka teh yang tahan lasak dan mengeluarkan
hasil yang tinggi, tetapi bagi penanam teh veteran, Toshiharu Suguira,
sifat semula jadi teh adalah seperti yang berada di depan matanya.

Selepas 40 tahun mengusahakan ladang teh seluas 1.2 hektar itu yang
diwarisi daripada bapanya, kawasan lereng bukit yang subur dengan daun
teh masih kekal seperti sebelumnya. - AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0603&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm#ixzz2VIjYkeVo

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum