Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Sudan gergasi gula Afrika

View previous topic View next topic Go down

Sudan gergasi gula Afrika

Post by Park Deen on Wed Jun 05, 2013 4:29 am







SUDAN adalah antara pengeluar gula terbesar di benua Afrika.




RAMAI pekerja kelihatan tergesa-gesa membungkus gula putih halus yang
sentiasa keluar dari beberapa corong di sebuah kilang besar.

Masing-masing tidak menang tangan kerana kesemua bungkusan itu perlu
dimuatkan ke dalam tiga lori besar yang sudah menunggu di luar kilang
itu.

Pengurusan Kenana, syarikat gula terkenal di Sudan, berharap kilang
itu akan lebih sibuk pada tahun hadapan kerana mereka merancang untuk
meningkatkan lagi pengeluaran bagi mengeksport gula ke negara-negara
lain.

Sudan telah kehilangan status pengeluaran petroleum pada tahun 2011,
jadi negara itu kini mencari sumber baharu bagi meningkatkan hasil
pendapatan negara.

"Terdapat banyak tanah sesuai untuk penanaman tebu kerana terdapat
air," kata Ketua Unit Perniagaan Kenana, El Zein Mohammed Doush.

Bagaimanapun, usaha meningkatkan pengeluaran gula juga bersifat
politik. Gula merupakan bahan makanan yang paling penting di dunia.

Jadi, disebabkan itu, harga gula di Afrika merupakan isu sensitif malah ia boleh mencetuskan revolusi.

Bukan itu sahaja, kenaikan harga secara mendadak juga menyebabkan
protes jalanan sehingga membawa kejatuhan bekas Presiden Sudan, Jaafar
Numeiri pada tahun 1985.

Kini, Presiden Sudan Omar Hassan al-Bashir juga tidak terkecuali
berhadapan dengan protes secara kecil-kecilan disebabkan kenaikan harga
makanan.

Ia diburukkan lagi dengan kadar inflasi tahunan mencecah sehingga
41.4 peratus pada bulan April lalu. Begitupun, pengkritik berkata, angka
sebenar adalah lebih tinggi.

Bagi menangani perkara itu, kerajaan Sudan menerima suntikan modal
daripada Arab Saudi dan Kuwait. Suntikan itu membolehkan Kenana
meningkatkan pengeluaran lebih dua kali ganda menjelang tahun 2015.

Tampung permintaan

Langkah tersebut dilihat dapat menampung permintaan domestik sebanyak
1.2 juta tan metrik. Lagipun, pada masa ini, penanam tebu di negara itu
mampu menghasilkan 600,000 hingga 700,000 tan metrik setiap tahun.

Menyedari hakikat itu, pihak Kenana menjangka pengeluaran gula boleh
mencecah 900,000 hingga sejuta tan metrik pada tahun hadapan.

Sudan merupakan salah satu pengeluar gula terbesar di benua Afrika
selepas Mesir dan Afrika Selatan. Oleh itu, Sudan berharap negara
tersebut mampu bersaing dengan pengeluar gula dunia seperti Brazil
menjelang tahun 2020.



PENANAM tebu Sudan kini boleh tersenyum gembira kerana gula menjadi salah satu komoditi utama negara berkenaan.




Negara-negara Afrika berazam menghasilkan sehingga 10 juta tan metrik gula pada tahun 2020.

"Kenana merancang membuka dua buah kilang lagi, manakala pihak
kerajaan telah menjual empat buah kilang kerana memerlukan pemodenan,"
kata Doush.

Menerusi perbincangan dengan pelabur dari negara-negara Teluk Arab,
Kenana dibenarkan mengeksport separuh daripada pengeluaran gula ke
negara-negara jiran seperti Eropah.

Bagi mempelbagaikan produk, Kenana merancang untuk mengeluarkan kira-kira 200 juta liter bahan bakar bio pada tahun 2015.

"Sebanyak 91 peratus bahan api, etanol diimport ke Kesatuan Eropah,
Perancis, Belanda," ujar Ketua Unit Perniagaan Etanol, Ahmed Rabih.

Seorang Pakar Ekonomi dari Universiti Oxford, Harry Verhoeven
berkata, Kenana telah mencatatkan keuntungan yang besar dan memiliki
teknologi canggih untuk mengeluarkan gula.

Namun, negara itu masih berada jauh untuk menjadi pengeluar gula terbesar seperti Brazil dan Turki.

"Kita tahu Kenana menerima berbilion ringgit dalam bentuk subsidi,
tetapi itu tidak bermakna Sudan boleh menjadi pengeluar gula terbesar di
dunia," ujarnya.

Pengeluaran gula

Menurut Verhoeven, kerajaan telah menjejaskan kecekapan sektor gula
dengan mengawal firma gula utama, menghindari persaingan dan memanjakan
mereka dengan subsidi.

Sementara itu, para penganalisis ekonomi berpendapat, nilai pasaran
boleh terganggu apabila kerajaan Sudan menjanjikan harga gula yang dua
kali ganda berbanding harga pengeluaran sekali gus meningkatkan
kemungkinan berlaku rasuah.

Pengkritik juga berkata, industri gula membuat keuntungan besar tetapi masyarakat tempatan masih miskin.

Kenana memiliki rumah tetamu yang mewah dan mengambil pekerja yang tidak mempunyai kemahiran.

Rata-rata pekerja itu tinggal di rumah batu-bata dan jalan menghala
kawasan rumah mereka tidak berturap, bahkan sering kali mengalami
kekurangan air.

Lebih teruk, ahli keluarga mereka terpaksa mengambil air dari tasik yang berhampiran dengan kilang gula itu. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2VIjMLd9L

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum