Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Azzuddin belum terima arahan

View previous topic View next topic Go down

Azzuddin belum terima arahan

Post by Park Deen on Wed Jun 05, 2013 3:45 am





Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin
Ahmad mendedahkan, beliau akan bertugas di Persekutuan Bola Sepak ASEAN
(AFF) pada pertengahan Jun ini.

Azzuddin berkata, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah perlu mengumumkan
penggantinya (di FAM) sebelum beliau memulakan tugas sebagai Setiausaha
Agung AFF.

Beliau menjangkakan perkara itu akan selesai selepas baginda memilih calon baharu Setiausaha Agung FAM pada pertengahan Jun ini.

"Tuanku masih belum memberikan arahan kepada saya untuk menyertai AFF
kerana baginda masih belum memutuskan pengganti saya di FAM.

"Begitupun, perkara ini telah diumumkan kepada seluruh pegawai AFF
dan saya menjangkakan akan mula bertugas di sana selepas final Piala FA
atau pertengahan Jun ini.

"Ini kerana Tuanku masih belum memilih pengganti saya dan saya masih
belum menerima apa-apa amanat dalam hal ini daripada baginda.

"Buat masa ini, saya masih lagi menggalas tugas selaku Setiausaha
Agung FAM selagi belum dapat arahan daripada Tuanku," katanya ketika
dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Azzuddin telah mengumumkan bakal
meninggalkan FAM pada 1 Jun lalu selepas Sultan Ahmad Shah menamakan
beliau sebagai Setiausaha Agung AFF yang baharu.

Azzuddin meninggalkan FAM selepas menerima tawaran untuk menyertai
AFF bagi menggantikan Datuk Seri Paul Mony Samuel yang meletakkan
jawatan setelah mendapat perkenan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang
juga Presiden AFF.

Begitu pun Azzuddin mendakwa, kelewatan itu tidak seharusnya
dijadikan isu kerana pelanti- kan Setiausaha Agung FAM yang baharu akan
diumumkan secara rasmi kelak.

Untuk rekod, Azzuddin dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada September 2007 bagi menggantikan Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, pengumuman (melepaskan
jawatan sebagai Setiausaha Agung FAM) bakal diketahui selepas baginda
mengumumkan pengganti saya nanti.

"Selagi saya tidak menghantar surat peletakan jawatan, selagi itu
saya kekal di FAM tetapi saya percaya perkara ini akan diumumkan secara
rasmi," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz2VIYCMNiy

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum